Titian biasa lapuk, janji biasa mungkir. | Jangan percaya benar kepada janji, kerana janji biasa dimungkiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Janji sampai, sukatan penuh. | Sudah sampai ajal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat diisi, janji dilabuh. | Adat harus dijalankan, persetujuan harus ditepati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kata tidak dipegangnya, janji tidak ditepatinya. | Orang yang suka mungkir janji. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alah mahu, bertimbang enggan; cungkil merih akan pembayar. | Tidak menepati janji dan menentang balik orang yang diberinya janji itu. merih = pembuluh nafas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sembahyang diberi berwaktu, janji diberi berketika. | Sesuatu pekerjaan hendaklah ditentukan waktunya, supaya selamat dan sempurna. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ya sepanjang hari, janji sepanjang jalan. | Mudah berjanji, tetapi sukar menepatinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kata biarlah kota. | Janji hendaklah ditepati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tegak berpaling, duduk berkisar. | Janji yang tidak ditepati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Barang yang dikata, itulah kota. | Janji hendaklah ditepati. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa yang berkata harus berkota). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |