Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jan.ji] | جنجي

Definisi : 1. pernyataan kesediaan utk berbuat atau memberi sesuatu: engkau mesti menepati ~ yg kau buat dahulu; dlm ~ bertunangan; me­nepati ~ membuat (menunaikan) apa yg telah dijanjikan; mengikat ~ membuat janji; pecah ~ tidak dapat menepati janji, me­mung­kiri janji; sampai ~ dapat menepati (me­nunaikan) janji; 2. syarat, ketentuan, tun­tutan; dgn ~ dgn syarat; 3. pengunduran waktu, tangguh, penundaan: kalau awak tidak berkeberatan, saya meminta ~ empat bulan utk membayar hutang awak itu; 4. ajal, had, waktu; sudah sampai ~nya sudah sampai ajalnya, mati; ~ kosong janji yg dibuat tetapi tidak pernah ditunaikan; ~ manis janji yg mengandungi harapan yg indah-indah; ~ palsu janji yg hanya bertujuan utk memperdayakan, menge­lirukan atau menipu orang; ~ temu janji utk bertemu dgn seseorang pd masa dan di tempat yg telah ditetapkan kerana sesuatu urusan dsb; ~ sampai bilangan genap = ~ sampai sukatan penuh prb sudah sampai ajal; adat diisi, ~ dilabuh prb mengerjakan sesuatu hendaklah menurut apa yg telah dibiasakan (diadatkan); berjanji membuat (mengikat) janji: dia ~ akan datang ke rumah saya; menjanjikan 1. berjanji utk memberi (mem­­­­­buat dsb) sesuatu: bapanya ~ satu hadiah istimewa jika dia lulus dlm pe­periksaan itu; 2. memberikan jangkaan atau harapan akan berlakunya (terdapatnya dsb) sesuatu, membuka kemungkinan kpd: jam­batan yg merentangi Sungai Sarawak ~ pembangunan yg lebih pesat; Revolusi Hijau ~ harapan kpd petani; memperjanjikan ark menjanjikan; perjanjian 1. persetujuan yg dibuat antara dua pihak atau lebih, permuafakatan: Malaysia telah menandatangani satu ~ per­da­gangan dgn Korea Selatan; ~ jual beli; ~ program persetujuan bertulis antara dua pihak (biasanya pihak pelaksana aktiviti dsb dgn pihak yg mempunyai kuasa utk meluluskan kewangan) bagi melaksanakan sesuatu aktiviti (program dsb) mengikut jumlah peruntukan yg diluluskan; 2. Id wasiat (kitab suci); Kitab P~ Lama Kitab Taurat; Kitab P~ Baru Kitab Injil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jan.ji] | جنجي

Definisi : 1 persetujuan (secara lisan atau bertulis) utk melaksanakan atau utk memberikan sesuatu: Ayah belum lagi menepati ~nya hendak membelikan saya jam. menepati ~ membuat apa-apa yg telah disetujui; mengikat ~ membuat janji. 2 syarat; tuntutan: Ia memberikan rumah itu kpd anaknya dgn ~ tertentu. 3 had waktu; ajal: Setelah sampai ~nya, pulanglah ia ke rahmatullah. berjanji bersetuju utk membuat atau utk melaksanakan sesuatu; mengikat janji: Ia ~ akan menyekolahkan adiknya. menjanjikan menyatakan kesediaan utk membuat sesuatu; berjanji akan membuat atau akan memberikan sesuatu: Ia ~ sepasang pakaian kpd adiknya jika ia lulus dlm peperiksaan itu. perjanjian 1 hal atau perbuatan berjanji (bersetuju) ttg sesuatu; permuafakatan; persetujuan: ~ perdagangan antara Malaysia dgn Negeri China telah ditandatangani. 2 kontrak; syarat: dgn tiada ~ dgn tidak bersyarat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
janji (kata nama)
1. Bersinonim dengan waad: waadat, komitmen, iltizam, ikrar, sumpah, pengakuan, jaminan,

2. Bersinonim dengan ajal: had, waktu, tempoh, waad,

Kata Terbitan : berjanji, menjanjikan, perjanjian,

Puisi
 

Bagaimana saya nak mandi,
     Buaya besar melintang sungai;
Bagaimana saya nak janji,
     Janji yang besar belum ditunai.


Lihat selanjutnya...(68)
Peribahasa

Janji sampai,
     sukatan penuh.

Bermaksud :

Sudah sampai ajal.

 

Lihat selanjutnya...(26)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
الترهيبḤadīth tarhībAgama IslamHadithḤadīth yang menakutkan daripada melakukan keburukan dengan janji-janji seksa.
breach of promisemungkir janjiUndang-undangTiadaTidak menunaikan janji, biasanya janji untuk berkahwin.
every promise and set of promisetiap-tiap janji dan beberapa janjiUndang-undangTiadaTiada
first mortgagegadai janji pertamainsuransTiadaGadai janji yang mempunyai keutamaan ke atas semua gadai janji yang lain.
partially amortized mortgagegadai janji terlunas separaPentadbiran PerniagaanTiadaGadai janji yang sebahagian daripadanya dibayar balik secara berkala sepanjang tempoh gadai janji manakala bakinya dibayar pada hujung tempoh tersebut.
mortgage-backed certificate securitiessijil sekuriti bersandar gadai janjiPentadbiran PerniagaanTiadaKumpulan sekuriti gadai janji diterbitkan oleh agensi kerajaan atau pemberi pinjaman gadai janji yang menunjukkan pelabur menerima bayaran faedah secara berkala dan pokok pada tarikh matang.
completion bondbon penyempurnaaninsuransTiadaBon ini dikeluarkan untuk menerima gadai janji sebagi jaminan kepada penerima gadai janji bahawa pembinaan yang dikendalikan oleh penggadai janji akan disiapkan dan boleh digunakan sebagai sandaran untuk gadaian apabila pembinaan tersebut telah disempurnakan.
completion bondbon penyempurnaanPentadbiran PerniagaanTiadaBon ini dikeluarkan untuk menerima gadai janji sebagai jaminan kepada penerima gadai janji bahawa pembinaan yang dikendalikan oleh penggadai janji akan disiapkan dan boleh digunakan sebagai sandaran untuk gadaian apabila pembinaan tersebut telah disempurnakan.
lender's bondbon pemberi pinjamPentadbiran PerniagaanTiadaBon ini dikeluarkan untuk menerima gadai janji sebagai jaminan kepada penerima gadai janji bahawa pembinaan yang dikendalikan oleh penggadai janji akan disiapkan dan boleh digunakan sebagai sandaran untuk gadaian apabila pembinaan tersebut telah disempurnakan.
الجعالةjanji berupahAgama IslamFiqhJanji memberi upah kepada sesiapa yang dapat menemui sesuatu barang yang hilang.
12345678910...

Kembali ke atas