Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jan.nah] | جنة

Definisi : , jannat Ar syurga, taman firdaus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jannah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nurul Jannah 9:48AM Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Dewan Bahasa dan Pustaka ada menyediakan biasiswa untuk pelajar universiti yang mengambil jurusan bahasa Melayu?Segala program yang berkaitan dengan kursus, latihan industri dan biasiswa (jika ada) diuruskan oleh Akademi DBP. Sila hubungi Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur melalui Puan Dr. Dahlina binti Daut melalui telefon/e-mel o3-21479224/dahlina@dbp.gov.my .Lain-lain01.09.2016
Saya Suwaibah Walohtae, sedang belajar di Universiti Fatoni kelas dasar. Saya ingin bertanya DBP perkataan "Jannah" berasal dari bahasa apa? dan apakah maknanya? Terima kasih.

Kata ‘jannah’ ialah kata pinjaman daripada kata Arab yang bermaksud syurga, taman firdaus.

Makna24.09.2014
MAKNA DIAGNOSIS

Puan Nurul Jannah,

Makna diagnosis ialah perbuatan mengenal pasti sesuatu penyakit daripada tanda dan gejalanya.

Makna05.05.2010
Saya Muminah Saleah, sedang belajar Universiti Fatoni. Saya ingin bertanya DBP, perkataan "MAHKOTA" Berasal dari bahasa apa? dan apa makna? Terima kasih.Kata ‘jannah’ ialah kata pinjaman daripada kata Arab  yang mempunyai 5 maksud iaitu, 1. tajuk kebesaran raja. 2. Kiasan untuk orang yang  meme­rintah, raja 3. gelaran untuk  orang besar-besar     4. perhiasan kepala seperti yang  biasa dipakai oleh pengantin perempuan (pe­menang peraduan ratu cantik); 5. Kiasan untuk kekasih.Makna24.09.2014
saya ingin mendapatkan senarai karya-karya yang dikatakan sebagai karya agung atau karya-karya yang diterbitkan oleh Yayasan Karyawan. t.kasihBerhubung dengan pertanyaan tersebut, sdr. boleh merujuk kepada Yayasan Karyawan beralamat pejabat di Lot 14 & 15, Paras 3, Blok G (Utara), Pusat Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur. No. Telefon 03 - 20952745 atau faks 03 - 20952787. Pegawai atau editor yang boleh dihubungi ialah Puan Hajah Nor Jannah Adam. Selamat berjaya dan Wassalam.Lain-lain15.03.2009
Saya sedang menterjemah beberapa teks bahasa arab berkaitan Rasulullah. soalan saya, adakah sesuai saya menterjemah "Anta" yang ditujukan kepada Rasulullah dengan "Paduka Tuan". seterusnya, adakah sesuai sekiranya perkataan "syurga" dalam konotasi Islam saya terjemahkan sebagai inderaloka. terima kasih.

Untuk konteks terjemahan yang melibatkan Rasulullah, "Paduka Tuan" tidak sesuai digunakan. Gelaran ini lebih sesuai dengan contoh teks berlatarbelakangkan Alam Melayu atau Nusantara. Pihak kami mencadangkan penggunaan gelaran ”Ya Rasulullah”, atau nama sahaja seperti “Wahai Muhammad” bergantung pada kesesuaian konteks ayat.

 

Untuk "syurga" juga tidak sesuai dipadankan dengan “inderaloka” kerana istilah ini juga lebih sesuai untuk teks yang berlatarbelakangkan Alam Melayu atau Nusantara. Pihak kami mencadangkan untuk kekal menggunakan istilah “syurga” atau “jannah”.

Penyemakan dan penterjemahan05.09.2023

Kembali ke atas