Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jarang (adjektif)
1. Bersinonim dengan renggang: berjarak, bersela, tidak rapat, tidak kedap, serau, serang,
Berantonim dengan rapat

2. Dalam konteks rambut
bersinonim dengan nipis, tidak lebat, tidak padat, sedikit,
Berantonim dengan lebat

Kata Terbitan : jarang-jarang, menjarangkan,

Puisi
 

Ada satu anak Semarang,
     Pakai cukin kain jarang;
Kalau tidak tunas di batang,
     Pokok yang mana boleh dicabang?


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Jaras katanya raga jarang.

Bermaksud :

Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. (Peribahasa lain yang sama makna: Jaras dikatakan raga jarang).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hyetal regionwilayah hietalSainsHidrometeorologiWilayah yang dalamnya jumlah dan perubahan musiman hujan adalah daripada jenis tertentu. Mengikut Koppen, dalam pengelasan iklimnya, jenis utama wilayah hietal ialah; gurun, dengan hujan jarang-jarang dan tak tetap; musim sejuk kering, dengan musim panas yang mencirikan iklim monsun; musim panas kering, dengan musim hujan pada musim sejuk, seperti iklim Mediterranean; hujan pada semua musim, tetapi taburannya tidak sama rata sepanjang tahun; hujan pada lebih setengah bilangan hari pada setiap bulan. Jenis yang kurang penting boleh dibezakan dengan musim maksimum hujan yang sama ada dipisahkan oleh musim kering pendek atau teralih menjelang musim bunga atau musim luruh.
warm front wavegelombang perenggan panasSainsHidrometeorologiLekukan gelombang sekunder yang terbentuk pada suatu perenggan tambahan di suatu titik yang agak jauh, lebih kurang 1500 km, dari lekukan induk. Selepas terbentuk, ia bergerak dengn cepat ke timur atau timur laut menjauhi lekukan induk. Lekukan jenis ini, jarang-jarang menjadi dalam tetapi bertanggungjawab terhadap peluasan penyebaran dan kelebatan kerpasan perenggan panas. Pembentukannya mungkin dibantu sama ada oleh herotan perenggan yang disebabkan oleh banjaran bukit atau oleh gerakan ke arah suatu genting.
monologueekacakapKesusasteraanPuisiPertuturan yang dilakukan oleh seorang watak sama ada ia ditujukan kepada dirinya sendiri mahupun kepada pembaca. Sebenarnya dalam puisi, penggunaan unsur monolog jarang ditemui kerana dalam puisi penyair jarang memunculkan watak. Walau bagaimanapun sesebuah puisi yang telah diciptakan itu ialah hasil daripada monolog penyair setelah berhadapan dengan sesuatu peristiwa. Contohnya, dalam puisi "Pengantin Laut" dan "Aku Nelayan" karya J.M. Aziz. Sinonim monolog.
conflictpertikaianKesusasteraanPuisiPertentangan yang ada kalanya bersifat lahiriah dan ada kalanya bersifat batiniah. Dalam puisi, pertikaian secara lahiriah ini jarang sekali dimunculkan oleh penyairnya berbanding dengan prosa. Kebiasaannya seseorang penyair itu lebih banyak menyuarakan perasaan hatinya apabila berhadapan dengan sesuatu yang kurang disenanginya. Contohnya, petikan daripada puisi "Perspektif' dalam antologi Bunga Gerimis karya Firdaus Abdu llah. malam bersama menung tidak berhujung siang bersama sesal seribu pangkal.
natal tooth/birth toothgigi natalPergigianTiadaGigi yang terdapat dalam mulut bayi yang baru lahir. Gigi natal berkemungkinan gigi desidus atau gigi supernumerari. Insiden gigi natal jarang berlaku dan sekiranya ada, biasanya ialah gigi insisor bawah dan kadang-kadang gigi insisor atas. Keadaan ini terjadi disebabkan kedudukan ektopik germa gigi semasa fetus terbentuk. Gigi natal boleh didapati dalam keadaan seperti sindrom Ellis-van Creveld atau mungkin berlaku secara spontan. Gigi natal ini selalunya goyah, dan boleh mengganggu proses penyusuan, menyebabkan inflamasi di sekeliling gingiva dan kecederaan pada bahagian lantai lidah. Sekiranya mengganggu, gigi natal akan dicabut menggunakan anestesia topikal.
distribution of populationtaburan pendudukGeografiTiadaTaburan ruangan dan masa penduduk di sesebuah kawasan yang akan menggambarkan sama ada kawasan itu mempunyai penduduk yang padat atau jarang.
prologueprologMuzikTiada

 Adegan pengenalan plot sesuatu opera. Kandungan prolog berdasarkan tema opera sama ada secara langsung atau tidak langsung. Prolog merupakan salah satu ciri biasa yang terdapat dalam opera Zaman Barok. Walaupun prolog jarang terdapat dalam opera Zaman Klasik dan Zaman Romantik, namun masih dikekalkan dalam beberapa opera Romantik dan opera abad ke-20. Contoh opera yang mengandungi prolog ialah L'incoronazione di Poppea (1642) oleh Monteverdi, Romeo et Juliette (1867) oleh Gounod, Oedipus rex (1927) oleh Stra­vinsky dan Lulu (1928 -1935) oleh Berg.

petaipetaiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Parkia spp. daripada famili Leguminosae. Nama tempatannya di Sabah ialah kupang. Spesies utamanya termasuk Parkia javanica, P. speciosa, dan P. singularis. Gubal kayu petai berwarna putih atau kuning coklat, dan biasanya sangat lebar. Teras kayunya jarang terdapat dan sekiranya ada, biasanya berwarna coklat tua. Tekstur kayunya kasar dan tidak sekata, dengan ira yang lurus dan agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 415 hingga 815 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu petai sesuai untuk kotak, venir dan papan lapis. Parkia spp. lebih terkenal sebagai pokok yang menghasilkan buah petai.
masculine rhymerima ekasukuKesusasteraanPuisiRima yang terbentuk kesan daripada penggunaan diksi atau kata yang terdiri daripada ekasuku. Umpamanya penyair menggunakan kata jam, bah, pun, nun, yang, tak ,Jin dan lain� lain sama ada dalam baris mahupun di akhir baris sesebuah sajak. Namun dalam proses penciptaan sesebuah puisi itu, penyair jarang sekali menggunakan kata-kata yang terdiri daripada ekasuku itu bagi tujuan memunculkan unsur rima sama ada di tengah atau di akhir. Tambahan pula dalam kosa kata bahasa Melayu kata-kata yang terdiri daripada ekasuku itu jumlahnya amat kecil.
authorial omniscient voicesuara pengarang serba tahuKesusasteraanTiadaAlat penceritaan yang digunakan dalam novel untuk merujuk kepada suara pengisah yang tahu serba-serbi tentang cerita yang dikisahkan. Oleh sebab kedudukannya yang serba tahu, maka sesuatu yang diperkatakan sama ada ulasannya tentang watak ataupun pandangannya terhadap cerita secara keseluruhannya dianggap sebagai maklumat yang benar dan berwibawa. Suara yang digunakan untuk menyampaikan maklumat biasanya jarang bernada intim tetapi lebih bersifat autoritatif. Istilah ini dicipta oleh John Gardener. Lihat juga pnegisahan bermediasi, pengisah ketara, pengisah saksi, pengisah utama.
12

Kembali ke atas