Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jari kedua


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Puan Faridah memasukkan dua______garam ke dalam masakannya. A. Cubit B. Jemput Apakah perbezaan antara kedua-dua pilihan di atas? Bolehkah terima kedua-dua pilihan ini?Sejemput bermaksud sebanyak yang dapat diambil dengan hujung jari, manakala secubit ialah sebanyak yang dapat disepit dgn ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain. Oleh itu, sejemput garam lebih banyak kuantitinya daripada secubit garam.Makna26.08.2014
Bagaimana boleh saya tukarkan ayat ini kepada bahasa melayu? Teks asal dari bahasa indonesia. -Baginda mengangkat kedua tangan dengan jari-jemarinya direntangkan, (tidak merenggangkan antara jari jemari tersebut dan juga tidak mengepalkannya)Sekiranya bersesuaian dengan konteks ayat, kami mencadangkan ayat berikut:

"Baginda mengangkat kedua-dua tangannya dan direntangkan."
Lain-lain16.02.2022
Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk tebu ? Adakah batang atau ruas?, atau kedua-dua boleh digunakan. Berdasarkan soalan latihan buku aktiviti murid Tahun 3, gambar menunjukkan gambar tebu yang dipotong sederhana pendek. Terima kasih...Batang dan ruas adalah penjodoh bilangan yang sesuai untuk tebu tetapi penggunaannya perlu merujuk  konteks ayat. Batang bermaksud  bahagian pokok yang tumbuh daripada akar manakala ruas bermaksud bahagian di antara buku dengan buku seperti yang terdapat pada buluh, jari, tebu dan sebagainya. Berdasarkan soalan encik yang merujuk gambar tebu yang dipotong sederhana pendek maka penjodoh bilangan yang sesuai digunakan ialah ruas tebu.Tatabahasa18.01.2018
yang mana betul 1. Tahun Baharu Cina atau Tahun Baru Cina 2. Jawaban atau jawapan 3. Ahmad melangkah atau melangkahi longkang 4.Tolong gerakkan atau gerak akan jari anda 5. Murid itu ketiduran atau tidur dahulu sebelum membaca buku

1. Tahun Baharu Cina atau Tahun Baru Cina - kedua-duanya betul kerana kata baru atau baharu adalah terjemahan kata new (chinese new year) dalam bahasa Melayu

2. Jawaban atau jawapan - kedua-duanya betul, dalam proses pengimbuhan kata dasar jawab + -an menghasilkan kata terbitan jawaban, tetapi kita biasa menyebutnya sebagai jawapan.

Ayat yang betul ialah: 3. Ahmad melangkahi longkang; 4.Tolong gerakkan jari anda; dan 5. Murid itu ketiduran/tidur dahulu sebelum membaca buku. - ketiduran dan tidur, kedua-duanya betul mengikut konteks ayat atau maksud yang hendak disampaikan.

Tatabahasa31.01.2011
betul ke cahaya mata diguna pakai kembali menggantikan "cahaya hati". pohon penjelasan.Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Kedua-dua istilah ini boleh digunakan kerana cahaya mata membawa maksud a) kilau mata, sinar mata; b) kekasih, buah hati; dan juga c) anak. Manakala cahaya hati merujuk kepada pengunaan dalam bidang sastera yang bersifat metafora yang menujukkan kebaikan, kebeningan akhlak, dan maksud khusus daripada pengkarya. Molek kiranya dijadikan http://prpm.dbp.gov.my/ sebagai teman setia di hujung jari.Lain-lain05.02.2014
1. Sila bina ayat untuk membezakan rangkai kata ~'ayam kari' dan 'kari ayam'. 2. Adakah ayat ini betul~Dahlan telah menyarungkan Salmiah sebentuk cincin emas. a. ayat ini boleh mempunyai dua objek? b. Adakah kita boleh menukarkan ayat ini kepada~ 'Dahlan telah menyarung sebentuk cincin emas di jari manis Salmiah' 3. Apakah maksud 'bermesyuarah'? 4. Yang manakah betul~'Klinik Pergigian Mansor' ATAU 'Klinik Gigi Mansor'?1. Pola yang betul ialah kari, iaitu yang diterangkan ialah kari dan yang menerangkan (jenis) ialah ayam. Ayam kari mungkin betul apabila merujuk sejenis ayam seperti ayam hutan.

2. Ayat yang betul ialah Dahlan menyarungkan sebentuk cincin emas di jari Salmah, cincin (objek tepat) dan Salmah (objek sipi) 

3. Perkataan yang betul ialah bermesyuarat. 

4. Klinik Pergigian Mansor dan Klinik Gigi Mansorkedua-dua bentuk frasa ini betul. 
Tatabahasa11.09.2015
1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mengikut" dengan betul. I. Kenderaan berat tidak dibenarkan mengikut laluan itu. II. Asri memetik jari mengikut alunan muzik. III. Zahari mengikut sahaja apa-apa arahan majikannya. IV. Syahirah mengikut jawapan rakannya semasa ujian itu. A. I, II dan III sahaja B. I, III dan IV sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II dan IV sahaja Terima kasih.Ayat tersebuat semua betul. Makna mengikut ialah 1. pergi bersama-sama dgn, menurut, mengiring, menyertai (di belakang): budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung; ramai budak yg ~ perarakan itu; 2. meniru, mencontohi: kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; tahun ini ramai orang kampung yg ~ Amin menanam padi dua kali setahun; 3. mematuhi (perintah, nasihat, dll), menganut (ajaran, faham): dgn mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; sebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Syafii; 4. melalui (jalan dll): orang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dgn menggunakan perahu; dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yg dekat; 5. menurut, sesuai dgn, selaras dgn: contoh jentera yg dibuat ~ skala 1 inci; ~ teori Darwin, manusia itu berasal drpd beruk; suaranya keluar teratur ~ irama muzik; ~ hati menurut kehendak hati; ~ jejak meniru perbuatan orang yg dahulu; ~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk; bagai tekukur ~ kata prb anak angkat yg mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat).Tatabahasa12.04.2010
Salam sejahtera Apakah istilah baku untuk 'thumb drive' atau 'pen drive' dalam BM? Terima kasih.Secara amnya thumb drive dan pendrive drive sama sahaja fungsinya dan pada wal penggunaannya kedua-dua alat itu diberi padanan pemacu pena. Walau bagaimanpun melihat kepada bentuk yang berbeza kedua-duanya kini diberikan padanan yang berbeza, thumb drive ialah pemacu jari, manakala pen drive ialah pemacu pena.Istilah26.01.2011
Selamat petang. Perbezaan antara membimbit dan menjinjing adalah membimbit digunakan untuk benda yang lebih berat seperti beg bimbit manakala menjinjing digunakan untuk benda yang lebih ringan seperti beg plastik. Adakah penjelasan ini betul?Untuk makluman, “membimbit” dan “menjinjing” membawa maksud yang sama, iaitu membawa sesuatu dengan tangan yang terhulur ke bawah atau membawa sesuatu dengan jari. Tidak ada perbezaaan sama ada barang yang dibawa itu ringan ataupun berat. Sehubungan dengan itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan secara bersilih ganti.Tatabahasa23.05.2020
Apakah perbezaan perkataan-perkataan berikut: 1.bena,bina2.colek,culik3.dokong,dukung4.endah,indah5.golong,gulung6.kendaraan,keinderaan7.lancong,lancung8.lengkung,lingkung9.kesal,sesal10.undang,undang-undang11.satu,suatu12.mesti,pasti12.fakto,faktor13.babit,libat14.fanatik,pejuang15.tentang,mengenai Yang manakah betul mengambil perhatian atau memberikan perhatian ? Yang manakah betul,pendingin hawa atau pengawa dingin atau penyaman udara ? Yang manakah betul,walaubagaimanapun atau walau bagaimanapun ?1. Bena
Maksud bena ialah peduli; acuh: Janganlah buat tak ~ kpd anak yatim piatu itu. ~ tak ~ acuh tak acuh; tidak peduli. membenakan mengambil sikap mahu mengetahui; mempedulikan: Sbg orang yg berani, ia tidak ~ lawannya.
   Bina
Maksud bina ialah  membina 1 membuat sesuatu bangunan, spt rumah supaya tegak berdiri: Siapakah yg ~ masjid yg seindah ini? 2 mengusahakan supaya maju dan lebih baik; membaiki: Kita mesti bekerja keras utk menyusun dan ~ suatu masyarakat yg adil dan makmur. binaan sesuatu yg dibina; hasil drpd membina: Taj Mahal merupakan ~ yg terindah di dunia. pembinaan perbuatan atau hal membina; pembangunan: ~ masjid itu memakan masa lebih kurang dua tahun. pembina orang yg membina; pembangun: Siapakah ~ bangunan Taj Mahal yg masyhur itu?

2. Colek
Maksud colek ialah /colék/; mencolek 1. mencalit (mengambil, menyentuh) dgn hujung jari: ~ kapur. 2. mencecah kuah, sambal dsb dgn sesuatu (spt ketupat, ulam dll): Dia ~ sambal belacan itu dgn ulam petai. 3. mencungkil (dgn hujung jari dll utk mengeluarkan sesuatu): ~ tahi telinga. ~ hati menggelikan hati (kerana lucu atau jenaka). mencolekkan 1. mencalitkan sesuatu pd; memalitkan. 2. mencecahkan barang makanan (spt ketupat, ulam dll) pd kuahnya, sambal dsb: ~ ketupat pd rendang daging. secolek sebanyak yg dipalit atau disentuh dgn hujung jari dsb.
   Culik
Maksud culik ialah menculik melarikan orang (anak-anak atau orang dewasa) dgn paksaan utk tujuan memperoleh wang tebusan dsb. penculikan perbuatan menculik. penculik orang yg menculik.

DBP hanya boleh memberikan beberapa makna sahaja. Makna dan perbezaan untuk perkataan-perkataan lain boleh dicari dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.

Bagi perkataan pendingin hawa, penghawa dingin dan penyaman udara, perkataan yang tepat ialah penyaman udara.
Yang akhir sekali perkataan yang betul ialah "walau bagaimanapun".

Mengambil perhatian dan memberikan perhatian, kedua-duanya betul bergantung kepada konteks ayat.
Lain-lain07.10.2014
12

Kembali ke atas