Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jari kedua


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kokutsu dachilangkah tolehSukanTiadaKedua-dua kaki sebaris, sebelah lutut bengkok, sebelah lagi lurus, jari kedua-dua kaki menghala 45 darjah dan muka menoleh ke belakang.
right hand ruleaturan tangan kananKejuruteraanTiada1. Aturan bagi pendaraban silang vektor yang menyatakan bahawa hala vektor hasil darab silang bagi dua vektor lain perpadanan dengan hala ibu jari tangan kanan yang terbuka apabila jari-jari yang lain digenggam daripada vektor pertama kepada vektor yang kedua.,2. Aturan bagi dawai membawa arus yang menyatakan bahawa sekirannya jari-jari kecil tangan kanan digenggam di sekeliling dawai dengan ibu jari terbuka menghala di arah aliran arus, maka jari-jari kecil menunjuk ke arah medan magnet yang dihasilkan oleh dawai itu.
right-hand ruleperaturan tangan kananMekanikGunaanPeraturan yang menentukan hala bagi vektor hasil darab yang diperoleh apabila dua vektor didarab silang. Peraturan ini menyatakan bahawa hala vektor hasil darab yang berkenaan berpadanan dengan hala ibu jari tangan kanan yang terbuka apabila jari-jari yang lain digenggam daripada vektor pertama kepada vektor yang kedua [Rajah P8]. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 150 RAJAH P8
shiko dachiduduk kaki syikoSukanTiadaKedua-dua kaki renggang selari dengan posisi duduk. Kedua-dua lutut bengkok, tulang betis tegak, jari kaki menghala 45 darjah ke kiri dan ke kanan, belakang tegak.
fifth positionposisi kelimaSukanTiadaMerujuk kepada kedudukan kaki dan tangan. Tumit kaki kerja di hadapan, dan menyentuh ibu jari kaki sokong. Kedua-dua belah tangan melengkung ke atas.
brachydactylybrakidaktiliBiologiGenetikKeadaan jari tangan atau kaki atau kedua-duanya sekali yang sangat pendek.
brachydactylybrakidaktiliKimiaTiadaKeadaan jari tangan atau kaki atau kedua-duanya sekali yang sangat pendek.
pumpuakpumpuakMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aero­foil jenis rid yang tidak terkawal. Pumpuak terdiri daripada sekeping rid yang diperbuat daripada sehelai daun. Rid dipegang di antara kedua-dua ibu jari pemain dan udara ditiup melalui mulut. Apabila rid bergetar, pic tertentu dihasilkan. Alat muzik ini dimainkan khususnya oleh Orang Ulu di Sarawak sebagai hiburan untuk diri sendiri.

amino acidasid aminoSains ForensikTiadaAsid organik yang mengandungi kedua-dua kumpulan amino berbes dan kumpulan karboksil berasid. Satu asid amino dikod oleh gabungan tiga nukleotida dalam templat DNA seperti CCT bagi prolina dan CGT bagi arginina. Asid amino adalah unit asas untuk membentuk protein. Bahan kimia seperti ninhidrin menjadikan asid amino bertukar menjadi warna ungu dan ini digunakan dalam pengesanan cap jari pendam.
gambusgambusMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon, iaitu lut yang dipetik. Gambus yang berasal dari Timur Tengah dikenali sebagai ud. Alat muzik ini diperbuat daripada kayu dan bahagian belakang badan berbentuk bulat. Bahagian hadapan permukaan alat muzik ini rata dengan lehernya yang pendek tanpa fret. Gambus mempunyai lima hingga lapan tali yang disusun dalam dua lapisan serta satu tali bernada tinggi. Pemain akan meletakkan gambus secara melintang dan talinya dipetik dengan jari. Gambus dimainkan dalam ensembel zapin, ghazal dan ronggeng asli. Di Sabah dan di Sarawak, gam­bus dimainkan oleh suku kaum Bajau, suku kaum Kadazan dan kaum Iban. Gambus dari kedua-dua negeri ini diperbuat daripada kayu yang mempunyai kulit pada bahagian hadap­an. Paku tekan digunakan untuk memasang kulit pada badan gambus dan mempunyai tiga tali yang disusun dalam dua la­pisan. Di Sabah, gambus dipetik dengan plektrum yang diper­buat daripada sisik tenggiling, sementara di Sarawak gambus dipetik dengan jari. Suku kaum ini bermain gambus untuk menghiburkan hati selepas bekerja. Lagu yang dimainkan ditiru daripada lagu joget dan zapin.

12

Kembali ke atas