Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ri.ngan] | جاريڠن

Definisi : 1. sesuatu yg menyerupai jaring, jala-jala; 2. Id bahagian-bahagian hidupan yg terdiri drpd sel-sel yg serupa (tela); ilmu ~ tubuh ilmu bkn jaringan; 3. bilangan gol yg telah masuk (dlm) jaring; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ri.ngan] | جاريڠن

Definisi : (bilangan) gol (yg telah masuk ke dlm jaring): Pasukan A mengalahkan pasukan B dgn lima ~ tanpa balas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jaringan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Apakah maksud yang tepat bagi frasa ini? Konteks adalah berkenaan langkah pencegahan bencana banjir. "Flood/Inundation Mesh Model" - Model Jaringan Banjir/Pembanjiran - Model Jaringan Banjir/Limpahan - Model Mesh Banjir/Limpahan

Berdasarkan rujukan kami, perkataan flood dan inundation mempunyai makna yang hampir sama. Dalam data kami terdapat istilah inundation yang dipadankan dengan pembanjiran. Pembanjiran bermaksud; 1. Pelimpahan air mengatasi tebing biasa sungai atau badan air lain atau pengumpulan air, melalui saliran pada kawasan yang biasanya tidak ditenggelami air.,2. Pelamparan air secara terkawal untuk pengairan dan sebagainya yang digunakan dalam bidang geografi.

Sehubungan itu, cadangan kami bagi perkataan Flood/Inundation Mesh Model ialah Model Jaringan Pembanjiran jika bersesuaian.

Penyemakan dan penterjemahan20.08.2018
Abdul Hakam Iklan Jawatan Kosong yang disiarkan dalam FB DBP. Salam. Boleh berikan saya jaringan sesawang bagi permohonan jawatan ini. Saya sudah buka laman sesawang DBP tetapi saya tidak jumpa dengan jaringan ini. Maaf, atas laras bahasa saya guna di atas kerana menggunakan laras bahasa spontan. Saya mohon pertolongan agar pihak tuan dapat berikan jaringan sesawang bagi permohonan jawatan berkenaan. Sekian, terima kasih.Pihak tuan boleh melayari laman sesawang kami http://laman.dbp.gov.my/lamandbp/ untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan jawatan kekosongan tersebut. Sila klik pada menu "Tawaran Kerja Kosong". Terima kasih.Lain-lain27.11.2016
Salam sejahtera. Apakah perbezaan perkataan-perkataan berikut: 1) yang mana vs di mana 2) jaringan vs penjaringan 3) akhbar vs suratkhabar

1. Perkataan yang mana dan di mana tidak digunakan kerana frasa ini lebih merupakan terjemahan langsung bagi perkataan which dan where dalam ayat penyata bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu.Kata 'di mana' hanya sesuai digunakan sebagai kata tanya, contoh : Di mana awak tinggal?
Frasa "yang mana" pula tidak digunakan memandangkan bahawa frasa ini lebih merupakan terjemahan langsung bagi perkataan where dalam bahasa Inggeris.

2. Dalam data kami jaringan bermaksud sesuatu yang menyerupai jaring, jala-jala; 2. Id bahagian-bahagian hidupan yang terdiri daripada sel-sel yang serupa (tela); ilmu ~ tubuh ilmu bkn jaringan; 3. bilangan gol yang telah masuk (dlm) jaring; Jaringan bagi maksud ini  merupakan padanan bagi shooting dalam bahasa Inggeris. Manakala jaringan yang kedua merupakan padanan juga bagi perkataan networking yang membawa maksud jajaran atau hubungan dalam sesuatu. Manakala penjaringan pula ialah perbuatan (hal dsb) menjaring atau menjaringkan.

 

3. Perkataan surat khabar bermaksud naskhah (lembar­an kertas) yang mengandungi berbagai-bagai berita dan diterbitkan tiap-tiap hari, manakala akhbar (Arab) (jamak bagi khabar) berita, warta; .


Penyemakan dan penterjemahan07.09.2016
Apakah maksud berikut: "Set and choose suitable network from the WiFi and network settings"? (konteks komputer/IT) Bolehkah jika ia diterjemahkan sebagai "Tetapkan dan pilih rangkaian/jaringan bersesuaian daripada tetapan WiFi dan rangkaian/jaringan"? Terima kasih.

Set dan pilih rangkaian yang bersesuaian daripada wi-fi dan pengesetan rangkaian.

Penyemakan dan penterjemahan21.05.2014
Internet? Adakah perkataan Internet kata nama khas? atau Jaringan Internet sahaja kata nama khas?Selamat ptg.

Internet merupakan kata nama khas.

Sekain, terima kasih.
Tatabahasa17.11.2016
Assalamualaikum dan Salam Hormat, Saya merujuk email terdahulu berkaitan istilah ‘inter-empire trade’. Secara ringkasnya ‘inter-empire trade’ merujuk kepada jaringan perdagangan dalam kalangan tanah jajahan dalam empayar (dalam kes ini merujuk kepada empayar British). Saya petik daripada dokumen Persidangan Imperial British pada tahun 1920-an, “Canada is a great exporter to South Africa, and I hope it may be possible, not only with regard to Canada but also with regard to Australia and New Zealand and other portions of the Empire, to make arrangements which will be mutually beneficial and helpful in fostering inter-Empire trade.” Sekian, terima kasih.Berdasarkan penerangan yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah perdagangan antara empayar.Istilah15.02.2017
Apakah beza antara penumbuhan dengan pertumbuhan?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,

penumbuhan - perihal menumbuhkan. 
Contoh: Jaringan itu tidak akan bererti kalau usaha penumbuhan bahasa itu sendiri tidak berjalan dengan sewajarnya.

pertumbuhan - perihal tumbuh/berkembang.
Contoh: Pokok yang tidak cukup baja dan air itu akan terbantut pertumbuhannya.
Istilah30.01.2020
Tuan / Puan, adakah istilah "baharu" merupakan bentuk lama untuk istilah "baru"? Akan tetapi, ada pandangan kini yang mengatakan istilah "baharu" digunakan untuk merujuk "sesuatu benda atau ciptaan yang baharu", manakala istilah "baru" untuk merujukkan "sesuatu (peristiwa) yang baru berlaku", adakah ini betul? Contohnya, laman jaringan sosial adalah satu medium komunikasi yang "baru" atau "baharu"? Terima Kasih. (Daripada Soo Yew Phong)

Puan Soo,

Perkataan baharu /baru( padanan bahasa Inggeris "new") digunakan dalam konteks tahun baharau/baru; rumah baharu/baru, iaitu sebagai kata sifat, manakala perkataan baru(padanan bahasa Inggeris "just" atau "recently") digunakan dalam konteks  baru tiba ; baru-baru ini, iaitu sebagai kata bantu. 

Tatabahasa27.12.2010
Tuan, Tumpang bertanya bagaimana hendak membezakan "website" dan "webpage" dalam bahasa Melayu. Sekian, terima kasih.Padanan website ialah tapak web, manakala web page ialah laman web dan kedua-duanya membawa makna yang sama iaitu suatu laman atau fail jaringan sejagat (www) yang biasanya ditulis dalam format HTML, JavaScript, ASP atau PHP. Laman web dipaparkan pada monitor dengan menggunakan pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox atau HotJava. Laman web boleh mengandungi teks, grafik, animasi, imej, video, audio dan pautan kepada laman web lain. Contohnya seperti www.dbp.gov.my/kamus/istilah.htm.Tatabahasa07.05.2010
BERDEKATANMerujuk lampiran notis yang diberi oleh pihak tuan/puan, sila buat pembetulan berdasarkan cadangan daripada pihak kami seperti yang berikut:

TANAH LOT UNTUK DIJUAL (rapatkan ejaan DIJUAL)
1. DI KAWASAN BETING TINGGI.
2. BERDEKATAN DENGAN KAWASAN INDUSTRI.
3. BERDEKATAN DENGAN KAWASAN PERUMAHAN.
4. BERDEKATAN DENGAN PUSAT PENGAJIAN TINGGI UITM
5. BERDEKATAN DENGAN JARINGAN LEBUH RAYA BAHARU.
6. BERDEKATAN DENGAN KAWASAN PERKAMPUNGAN.
7. BERDEKATAN DENGAN PEKAN KUALA PILAH.
8. BERDEKATAN DENGAN KEMUDAHAN ASAS SEPERTI KLINIK KESIHATAN, BALAI RAYA, STESEN MINYAK, MASJID DAN LAIN-LAIN.
9. KELUASAN DARIPADA 5150 KPS.
10. HARGA DARIPADA RM8 PER KPS.
11. GERAN INDIVIDU
12. HARGA DARIPADA RM8 PER KPS.

JIKA BERMINAT, SILA HUBUNGI:XXX

Jika pihak tuan/puan ingin mendapatkan pengesahan bahasa berkenaan iklan ini, sila layari laman web www.dbpsahbahasa.my, kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan seperti di atas setelah pembetulan dilakukan.
Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain24.01.2018
12

Kembali ke atas