Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.rum] | جاروم

Definisi : 1. keluli halus yg tajam hujungnya dan pangkalnya berlubang (tempat me­masukkan benang) utk menjahit dll; seni ~ kepandaian mempergunakan jarum dan benang (utk menjahit dll); 2. benda tajam dan panjang yg menyerupai jarum jahit (utk mencucuk, menyuntik, menunjuk waktu pd jam): doktor itu menyuntik dgn ~ kasar; ~ jam menunjukkan pukul tujuh; 3. ki tipu muslihat yg halus: Presiden Nasser pula me­mainkan ~nya mengenai pengiriman sen­jata-senjata oleh Jerman Barat kpd Israel; ~ biku jarum peniti; ~ guni (karung) jarum kasar utk menjahit guni (karung); ~ jahit jarum utk menjahit; ~ kait jarum yg berkait (utk membuat renda dll); ~ layar jarum besar utk menjahit layar; ~ panjang jarum yg menunjukkan minit; ~ pendek jarum yg menunjukkan jam; ~ peniti = ~ penyemat jarum utk menyemat baju dll; ~ tisik jarum utk menisik; jarum-jarum jarum penunjuk pd alat tim­bang; berjarum 1. ada memakai jarum; 2. Id sedang disuntik; menjarum 1. mencucuk (membuat lubang, menyemat) dgn jarum; 2. Id menyuntik; 3. sesuatu yg menyerupai jarum (spt rumput, padi, rambut); menjarumi ki meresap masuk ke dlm, menusuk: yg dapat saya lakukan hanyalah merenung surat-surat yg tidak sempurna itu dan cuba mengusir kesedihan yg mulai ~ perasaan; terjarum 1. tersemat, tercucuk; 2. tertipu (dgn cara halus); jaruman 1. jahitan; 2. tipu daya yg sangat halus; 3. = penjaruman barua, muncikari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.rum] | جاروم

Definisi : ; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), kayu tajam, segading jantan, meroyan, Ixora grandifolia; ~ merah sj tumbuhan (pokok renek), mata pelanduk, kepayang air, Ixora arguta; bunga ~ sj tumbuhan (pokok), jarum-jarum, gading-gading, Pavetta indica; rumput ~ sj rumput yg buahnya tajam-tajam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.rum] | جاروم

Definisi : 1 besi halus yg tajam hujungnya dan berlubang pangkalnya utk menjahit: Saya selalu menolong emak mencucukkan benang pd ~ utk menjahit. 2 sesuatu yg tajam dan panjang yg menyerupai jarum jahit (utk mencucuk, memasukkan ubat dll): Doktor telah menyuntiknya dgn ~ yg kasar. ~ peniti (penyemat) jarum utk menyemat kertas atau kain. 3 alat penunjuk pd jam atau pd alat penimbang: ~ pendek menunjukkan pukul dua belas. 4 ki tipu muslihat secara halus: Sungguh pandai dia menjalankan ~nya utk melagakan pasangan suami isteri itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jarum

Puisi
 

Jarum panjang kerat nangka,
     Betik masak tepi penanggah;
Jangan tuan syak wasangka,
     Keris pendek seorang sebilah.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Ada jarum hendaklah ada benangnya.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada laut, ada perampok, b. Ada ulam hendaklah ada sambalnya).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jarum-jarumjarum-jarumPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Dysoxylum spp. daripada famili Meliaceae. Nama piawai kayu ini ialah membalun, yang berasal dari Indonesia. Nama tempatannya di Sabah ialah buah-buahan, dan spesies utamanya Dysoxylum acutanglum, D. arborescens, D. cauliflorum, D. corneri, dan D. venolosum. Gubal kayu jarum-jarum berwarna kuning muda, dan dapat dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna merah jingga atau merah bata, dan menjadi lebih gelap apabila terdedah. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 590 hingga 910 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras hingga keras, dan sederhana berat hingga berat. Kayu ini digunakan dalam kerja binaan sederhana dan berat, untuk dinding dan panel, dan dalam pembuatan perabot dan kotak kayu.
acupunctureakupunkturPerubatanTiadaKaedah pengubatan dengan mencucuk jarum-jarum ke dalam kulit atau tisu untuk melegakan kesakitan
tinjau belukartinjau belukarPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi pokok dan kayu Randia spp. daripada famili Rubiaceae. Nama tempatan di Semenanjung ialah jarum-jarum dan kelumpang gajah, dan di Sabah ialah bembalur. Spesies utamanya kayu ini ialah Randia anisophylla, R. racemosa, dan R. scortechinii. Gubal kayu tinjau belukar sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat muda. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 545 hingga 850 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras hingga keras dan sederhana berat. Kayu mudah diproses dan dikemas siap, dan sederhana tahan. Kayu ini boleh digunakan untuk tiang pagar, rasuk, dan peralatan kayu.
jarumjarumKesenianTiadaBesi yang tajam hujungnya dan pangkalnya berlubang, digunakan untuk menjahit bahagian tepi hasil anyaman dengan menggunakan helai pandan yang halus, biasanya 3.3 mm.
art needle workkarya seni jarumKesenianTiadaHasil pelbagai jenis kerja tangan yang menggunakan jarum seperti sulam tuntung jarum, kroset dan lain-lain.
blunt-bevel needlejarum serong tumpulPerubatanTiadaJarum khas yang hujungnya berbentuk serong dan tumpul, seperti jarum yang digunakan untuk penyekatan saraf periferi, iaitu sekatan saraf femoral dan aksilari. Tujuan jarum tersebut direka sedemikian adalah untuk mengenal pasti kedudukan lapisan tisu saraf semasa prosedur penyekatan saraf.
jarum colekjarum colekKesenianTiadaAlat tenun halus daripada buluh, dawai, tembaga dan lain-lain yang hujungnya bercangkuk untuk mengait benang lungsin semasa proses menyampak.
baiting needlejarum umpanPerikananTiadaJarum panjang yang mempunyai pelbagai bentuk seperti huruf J atau berlubang di hujungnya. Jarum umpan digunakan untuk mengikat ikan yang mati atau umpan bersaiz besar pada tali kail.
needle desensitizationpenyahpekaan jarumPergigianTiadaKaedah pengurusan sikap pesakit yang takut kepada suntikan. Kaedah ini melibatkan beberapa langkah iaitu pertama, meletakkan jarum yang tertutup ke gusi pesakit. Kedua, penggunaan bius topikal diikuti dengan peletakan semula jarum tertutup ke gusi pesakit dan seterusnya penutup jarum dibuka dan suntikan dibuat. Tujuan kaedah ini untuk menenangkan pesakit supaya percaya kepada perawat dan menerima kaedah rawatan tersebut. Seterusnya pesakit akan membiasakan diri dengan rangsangan yang menyakitkan.
point turquesulam TurkiKesenianTiadaJahit sulam dengan menggunakan benang halus dan jarum kasar, setelah jarum menembusi fabrik, benang ditarik kuat untuk menghasilkan lubang yang menyerupai jahit tepi sapu tangan. Digunakan pada bahagian-bahagian yang melengkung. Ia merupakan siri jahit segi tiga yang berselang-seli.
12345678910...

Kembali ke atas