Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.sad] | جسد

Definisi : 1. tubuh atau badan (manusia) yg wujud (sbg lawan roh): hanya ~nya di sini, tetapi fikirannya melayang teringatkan anak isteri­nya di kampung; 2. Ar tubuh atau badan yg tidak bernyawa lagi: ~nya terbujur di per­baringan; 3. (Fiz) sesuatu yg wujud yg boleh dipegang atau dilihat: meteoroid ialah ~ kecil di angkasa lepas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.sad] | جسد

Definisi : sesuatu yg wujud dan dpt dipegang dan dilihat; badan; tubuh: ~ saja yg ada tetapi rohnya sudah melayang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jasad (kata nama)
Bersinonim dengan badan, tubuh, jisim;,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cytorrhyctessitoriktesPerubatanTiadaKandungan sel yang merupakan jasad-jasad yang terdiri daripada jasad asas virus yang terkandung di dalam maktriks.
inclusion bodyjasad rangkumanPerubatanTiadaJasad-jasad yang terbendung dalam sitoplasma sel dan nukleus. Biasa tidak bernyawa dan terjadi secara sementara akibat jangkitan virus.
perturbationusikanKejuruteraanTiadaPerubahan daripada biasa bagi gerakan orbit planet, komet dan jasad-jasad lain, disebabkan gangguan daya graviti suatu jasad lain.
cryogenic periodkala kriogenikGeologiTiadaSela masa dalam sejarah geologi yang sewaktunya jasad-jasad ais yang besar terdapat di kutub atau hampir dengannya dan iklim bumi umumnya sesuai untuk pertumbuhan glasier benua.
hydraulic connectionsambungan hidraulikGeografiTiadaSifat keselanjaran keupayaan gerakan air di antara jasad-jasad air tanah yang dipisahkan setempat oleh bahan yang kurang telap dan badan air yang berdampingan dengan sungai.
electrometricelektrometrikKimiaTiadaBerkenaan pengesanan atau penentuan beza keupayaan atau cas antara jasad-jasad bercas dengan menggunakan elektrometer.
restitution impulsededenyut pemulihanKejuruteraanTiadaDedenyut yang bertindak pada permukaan sentuh jadad-jasad yang berhentaman, semasa berlakunya proses pemulihan, iaitu proses jasad-jasad tersebut kembali kepada bentuk asalnya.
electrometerelektrometerKimiaTiadaAlat untuk mengesan atau menentukan magnitud beza keupayaan atau cas oleh daya elektrostatik antara jasad-jasad bercas.
damping magnetmagnet redamanKejuruteraanTiadaMagnet kekal yang digunakan untuk menghasilkan redaman dengan mengaruhi arus pusar pada cakera logam atau jasad-jasad lain.
chonolithkonolitosGeologiTiadaRejahan igneus yang mempunyai bentuk yang tidak sekata dan dengan yang demikian tidak dapat dikelaskan sebagai lakolitos, korok, sil, atau jasad-jasad yang lainnya.
12345678910...

Kembali ke atas