Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ti] | جاتي

Definisi : = sejati asli, murni, tulen, tidak ber­campur, yg sebenarnya: Encik Hasan ini bukan ~ Johor, dia kacukan Kelantan dan Melaka; Hamidah seorang wanita ~; kejatian, kesejatian perihal jati (asli, benar, murni, dll): bahasa ini diperbahasakan orang dgn ~nya yg sempurna dlm negeri Kedah; Carl Rogers mentafsirkan ~ sbg ciri-ciri yg mengandungi kenyataan jujur atau­pun asli; penjatian perihal menganggap jati (asli, benar, murni, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ti] | جاتي

Definisi : sj tumbuhan (pokok) yg kayunya baik utk dibuat perkakas rumah dll, Tectona grandis; hutan ~ hutan yg terdiri drpd pokok jati; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), kayu cina, Podocarpus neriifolius; ~ laut sj tumbuhan (pokok), se(n)tada, Podocarpus polysta­chyus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ti] | جاتي

Definisi : , = sejati sebenarnya; tidak palsu atau bukan campuran; tulen; asli: Dia ini bukan orang kacukan tetapi orang Melayu ~. kejatian, = kesejatian keadaan, sifat dsb jati atau sejati; ketulenan; keaslian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ja.ti] | جاتي

Definisi : nama sj pokok yg kayunya sangat bagus utk dibuat perkakas rumah dll, Tectona grandis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jati (adjektif)
Bersinonim dengan sejati, asli, murni, tulen, yang sebenarnya, betul, bukan peranakan, totok, kudrati;,
Kata Terbitan : kejatian,

Puisi
 

Tanjung jati melambung pukat,
     Buluh perindu tidak berdahan;
Sayu hati memandang tempat,
     Hati rindu tidak tertahan.


Lihat selanjutnya...(82)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jati (In)jatiKesenianTiadaPembahagian mod asas dalam muzik India.
constraintkekanganFizikMekanikHad kepada darjah kebebasan jati sesuatu sistem. Bilangan kekangan ialah perbezaan antara bilangan darjah kebebasan jati dengan bilangan sebenar darjah kebebasan.
native appsapp jatiTeknologi Maklumate-PembelajaranPerisian aplikasi yang dibangunkan khusus untuk kegunaan pada platform atau peranti mudah alih tertentu dan biasanya dipasang siap atau perlu dimuat turun secara dalam talian daripada stor app. App jati ini biasanya tidak boleh dinyahpasang, tetapi boleh dinaik taraf. Contohnya, app kamera dan app jam.
teakkayu jatiGeografiTiadaTiada
teakkayu jatiPerhutananTiadaTiada
teakkayu jatiBiologiUmumTiada
digital nativejati digitalTeknologi Maklumate-PembelajaranSeseorang yang sejak kecil lagi hidup dalam persekitaran teknologi digital ataupun seseorang yang "bahasa ibundanya" ialah bahasa digital bagi komputer, Internet dan peranti bergerak. Mereka selalu pantas dan tidak kekok untuk mendapat, mengolah dan menyebar maklumat digital. Mereka memerlukan persekitaran pembelajaran kaya-media untuk mengekalkan tumpuan. Banding imigran digital.
native paraffinparafin jatiGeologiTiadaLilin parafin berwarna perang hingga hitam jet, terdapat di dalam telerang tak sekata, larut di dalam kloroform, dan mempunyai takat lebur yang berubah-ubah.
native officerparafin jatiGeologiTiadaTiada
native asphaltasfalt jatiGeologiTiadaAsfalt yang terdapat dalam bentuk semula jadi.
123456

Kembali ke atas