Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jauh] | جاءوه

Definisi : 1. besar jaraknya, tidak dekat: rumahnya agak ~ dr kedai itu; ~ perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman; 2. tempat yg besar jaraknya (dr tempat tertentu), tempat yg tidak dekat: mereka datang dr ~ dan dekat; 3. jarak, antara: berapa ~ lagi pergi ke Siam dr Alor Star? 4. amat sangat, terlampau sangat: harga kain ~ lebih murah di Pulau Pinang drpd di sini; ~ drpd amat sangat tidak; ~ drpd cukup sangat tidak mencukupi; ~ drpd memuaskan sama sekali tidak memuaskan; ~ malam larut malam; ~ menyayup Kd terlalu jauh; ~ pemandangan luas pemandangan, dalam pengetahuan; lebih ~ selanjutnya, seterusnya; ~ bau bunga, dekat bau tahi prb kalau jauh (kaum keluarga dll) berkasih-kasihan, tetapi kalau berdekatan mereka saling berbantahan; ~ berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa prb orang yg banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas pemandangannya; ~ menyalak kuat, dekat mencawat ekor prb orang yg berani bercakap besar di belakang sahaja; ~ panggang dr api prb jawapan atau sindiran yg tidak tepat; nan ~ tiada terjelang, nan dekat tak tertandangi prb tidak mengunjungi keluarga (sahabat) yg jauh mahupun dekat (kerana sudah tua, banyak pekerjaan, dll); telah ~ maka dipanggil prb telah terlambat; sejauh jauhnya, jaraknya: ia berjalan kaki ~ dua batu; ~ mana had mana, hingga mana; ~-jauh hingga jauhnya; ~ mata memandang dlm jarak yg dapat dipandang oleh mata; jauh-jauh sejauh mungkin, jauh sekali: pergilah ~ agar tiada sesiapa pun boleh mengganggumu; berjauh berada jauh, merenggang: orang yg berpencak itu mula-mula ~, makin lama makin berdekat; ~ hati a) kecil hati, hiba hati; b) segan-segan; berjauhan jauh antara satu sama lain, tidak berdekatan: rumah mereka tidak ~ antara satu sama lain; berjauh-jauhan 1. jauh letaknya (antara satu sama lain), tidak berhampiran: kapal-kapal layar menjalankan perniagaan antara dua buah negeri yg ~; 2. saling berjauh, saling menghindari: mereka kelihatan ~; 3. berebut-rebut siapa yg lebih jauh; menjauh (semakin) menjadi jauh, menghindar (agar jauh); menjauhi menjaga supaya jauh dr, menghindari: orang kampung berdoa supaya dijauhi drpd mara bahaya; menjauhkan 1. menjadikan jauh, merenggangkan, menjarangkan, menjarakkan: berus gigi yg hendak dimasukkan ke dlm mulutnya itu dijauhkannya semula; 2. menghindarkan, menyingkirkan; ~ bencana menghindarkan bencana; ~ diri menyingkirkan (menyisihkan) diri; kejauhan 1. = jauhan tempat (jarak) yg jauh: ombak memecah di ~ dan angin riuh menyapu puncak gunung; 2. terlalu jauh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jauh] | جاءوه

Definisi : 1 jarak (di antara dua tempat): ~ di antara rumah saya dgn rumahnya ialah 10 km. 2 besar atau panjang jaraknya (di antara dua tempat); tidak dekat: Rumah saya ~ dr pejabat. Melaka ~ dr Ipoh. 3 tempat yg besar jaraknya dr sesuatu tempat lain; tempat yg tidak dekat: Dr ~, dia nampak adiknya melambai-lambai kpdnya. berjalan ~ pergi ke tempat yg jauh. 4 terlampau; amat sangat; banyak sekali (bezanya dsb): Harga alat-alat solek ~ lebih rendah di sana drpd di sini. ~ drpd cukup tidak mencukupi langsung. ~ hati merajuk kerana tersinggung oleh perbuatan atau percakapan orang lain dan pergi jauh dr sesuatu keadaan. ~ malam larut malam. ~ pandangan a. banyak pengetahuan. b. ingat akan sesuatu yg akan terjadi. berjauhan berada di tempat yg jauh di antara satu dgn yg lain; tidak berdekatan: Kedua-dua sahabat itu ~ sejak beberapa bulan yg lalu. menjauh semakin jauh; menjadi jauh; menghindar. menjauhi pergi jauh dr; menghindari: Kita mestilah ~ penyalahgunaan dadah. menjauhkan 1 menjadikan jauh; menjarakkan: Ia ~ ikan itu dr kucingnya. 2 menghindarkan diri dr sesuatu; mengelakkan: Utk ~ penyakit, ia selalu makan makanan yg berzat. kejauhan tempat yg jauh; jarak yg jauh. sejauh dlm jarak tertentu; sejarak: Ia dpt memanah ~ 100 ela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jauh (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak dekat: besar jaraknya, dura,
Berantonim dengan dekat

2. Bersinonim dengan amat sangat: terlampau, sangat, terlalu, sungguh, sekali, paling,

Kata Terbitan : berjauh, menjauhi, menjauhkan,

Puisi
 

Pucuk pauh ulam pauh,
     Pauh tidak diidam lagi;
Tuan jauh saya jauh,
     Jauh tidak terulang lagi.


Lihat selanjutnya...(180)
Peribahasa

Jauh panggang dari api.

Bermaksud :

Jawapan atau sindiran yang tidak tepat.

 

Lihat selanjutnya...(48)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
7/8/08 11:45:22 AM 23 turus yang diisi dengan bahan mangkin tanpa sistem penyejuk dan ditebat un- tuk mengelakkan penukaran haba dengan persekitaran. Diameter reaktor ini biasanya jauh lebih besar daripada panjangnya supaya haba yang hilang adalah minimum dan boleh digunakan untuk tindak balas. Bendalir reaktor biasanya dalam profil aliran palam dan kenaikan atau kejatuhan suhu adalah berkadaran atmosfera itu sendiri. Arus ini diwakili gerakan (ke bawah) cas positif ruang di kawasan be- bas ribut-petir di seluruh dunia. Arus konduksi merupakan bahagian terbesar arus udara-bumi dan jauh melebihi sumbangan arus kerpasan dan arus olakan. Magnitudnya lebih kurang 3 × 10 –16 A/cm 2 , atau lebih kurang 1800 ampere, bagi seluruh bumi. Cerapan variasi menegak arus konduksi yang

Kembali ke atas