Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jau.har] | جاوهر

Definisi : Ar 1. sl permata, intan; 2. ark mani, benih manusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jauhar
Rujuk :permata


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SULTAN ALAUDDIN JAUHAR AL-ALAM SYAH

SULTAN ALAUDDIN JAUHAR AL-ALAM SYAH (1795 – 1823), Sultan Aceh (1805 – 1814, 1819 – 1823).  Baginda berusia sembilan tahun ketika ayahandanya Sultan Alauddin Muhammad Syah mangkat.  Bapa saudara sebelah ibunya, Tuanku Raja, memerintah sebagai pemangku raja.  Baginda pernah dihantar oleh ayahandanya menetap seketika di seberang laut, di sebuah kapal British bernama ‘Nonsuch’.  Baginda memperoleh pengetahuan ketenteraan laut, kemahiran tentang pengurusan kapal dan pengetahuan bahasa Inggeris.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TAJUS SALATIN

TAJUS SALATIN, kitab daripada genre sastera ketatanegaraan.  Tajus Salatin menjadi pegangan kepada raja dan pembesar negara Islam mentadbir negara masing-masing.  Tajus Salatin juga dikenal dengan nama Mahkota Segala Raja-raja.  Terdapat beberapa pendapat mengenai pengarang sebenar kitab ini.  Menurut R.O. Winstedt, kitab ini adalah hasil kesusasteraan Parsi dan pengarangnya ialah seorang jauhar (saudagar permata) dari Bokhara.  Kitab ini disadurnya ke dalam bahasa Melayu pada tahun 1603 di Aceh.  Rouffiaer (seorang sarjana Belanda) mengatakan bahawa jauhar adalah Johor dan fakta ini diperkuatkan lagi oleh Roorda van Eijsinga yang mengatakan pengarangnya adalah Bokhari dari Johor.  Berdasarkan pendapat ini, pengarang Tajus Salatin dipercayai ialah Bukhari al-Jauhari, seorang tokoh kesusasteraan Melayu klasik yang hidup pada awal abad ke-16.  pendapat lain juga dikemukakan oleh Hooykaas, Ronkel, Valentyn dan de Hollander.

SASTERAKarya

Kembali ke atas