Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.wa.tan.kua.sa] | جاوتنکواس

Definisi : sekumpulan orang yg dilantik atau dipilih utk melaksanakan atau mengurus tugas-tugas tertentu, panitia; ~ ad hoc jawatankuasa khas yg ditubuhkan utk sesuatu tujuan tertentu tanpa perancangan awal; ~ induk jawatankuasa utama yg dibentuk bagi mengendalikan sesebuah majlis atau aktiviti, biasanya dianggotai oleh pengerusi jawatankuasa kecil; ~ kecil jawatankuasa yg dibentuk di bawah jawatankuasa induk utk menjalankan tugas tertentu, biasanya jumlah keanggotaannya kecil; ~ pemandu jawatan­kuasa yg berfungsi menentukan tertib ke­giatan tertentu serta mengawasi arah per­jalanannya agar mencapai matlamat yg di­kehendaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.wa.tan.kua.sa] | جاوتنکواس

Definisi : beberapa orang yg dilantik atau yg dipilih utk mengurus sesuatu (dlm persatuan dsb); panitia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jawatankuasa


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
ex officio(bkn pelantikan sso menjadi ahli sst jawatankuasa, organisasi dsb) berdasarkan jawatan atau kedudukan orang tsbKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas