Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.wa.tan.kua.sa] | جاوتنکواس

Definisi : sekumpulan orang yg dilantik atau dipilih utk melaksanakan atau mengurus tugas-tugas tertentu, panitia; ~ ad hoc jawatankuasa khas yg ditubuhkan utk sesuatu tujuan tertentu tanpa perancangan awal; ~ induk jawatankuasa utama yg dibentuk bagi mengendalikan sesebuah majlis atau aktiviti, biasanya dianggotai oleh pengerusi jawatankuasa kecil; ~ kecil jawatankuasa yg dibentuk di bawah jawatankuasa induk utk menjalankan tugas tertentu, biasanya jumlah keanggotaannya kecil; ~ pemandu jawatan­kuasa yg berfungsi menentukan tertib ke­giatan tertentu serta mengawasi arah per­jalanannya agar mencapai matlamat yg di­kehendaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.wa.tan.kua.sa] | جاوتنکواس

Definisi : beberapa orang yg dilantik atau yg dipilih utk mengurus sesuatu (dlm persatuan dsb); panitia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jawatankuasa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Committee of InspectionJawatankuasa Penyelia; Jawatankuasa PemeriksaanEkonomiTiadaTiada
Committee of InspectionJawatankuasa Penyelia; Jawatankuasa PemeriksaanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
Committee of InspectionJawatankuasa Penyelia; Jawatankuasa PemeriksaanPentadbiranTiadaTiada
Committee of InspectionJawatankuasa Penyelia; Jawatankuasa PemeriksaanUndang-undangTiadaTiada
subcommitteejawatankuasa kecilSukanTiadaJawatankuasa yang bertanggungjawab kepada jawatankuasa pengurusan.
shariah committeejawatankuasa syariahEkonomiEkonomi IslamJawatankuasa yang dianggotai oleh pakar dalam bidang syariah, perbankan dan perundangan serta dilantik oleh sebuah institusi kewangan Islam. Jawatankuasa ini berperanan untuk mengkaji dan meluluskan produk kewangan Islam yang baru. Di samping itu, jawatankuasa ini juga berperanan memantau operasi institusi kewangan Islam bagi memastikan kepatuhan terhadap peraturan syariah, dan garis panduan dan keputusan yang telah ditetapkan. Selain itu, jawatankuasa ini berperanan sebagai tempat rujukan kepada sebarang institusi yang berhasrat menawarkan produk kewangan Islam.
ad hoc committeejawatankuasa ad hocSains PolitikPolitik PerbandinganJawatankuasa yang dibentuk bagi menangani sesuatu perkara atau masalah yang memerlukan penyelesaian atau pengurusan yang segera. Jawatankuasa ini dibentuk bagi memelihara kepentingan sesebuah masyarakat. Komuniti ini bersifat sementara dan keabsahannya hanya wujud dalam tempoh melaksanakan sesuatu tugas. Jawatankuasa ini akan dibubar setelah tugas yang diberi selesai. Contohnya, jawatankuasa ad hoc yang ditubuhkan bagi menangani kesan wabak SARS (sindrom pernafasan akut yang teruk).
advisory committeejawatankuasa penasihatUndang-undangUndang-undang AntarabangsaJawatankuasa yang berperanan memberi pendapat kepada sesuatu badan. Contohnya, Jawatankuasa Penasihat Majlis Hak Asasi Manusia yang berfungsi sebagai pemikir dengan melakukan penyelidikan dan mengemukakan cadangan kepada Majlis Hak Asasi Manusia.
Al-Quds (Jerusalem) CommitteeJawatankuasa BaitulmuqaddisUndang-undangUndang-undang AntarabangsaJawatankuasa tetap Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang ditubuhkan hasil Persidangan Menteri-Menteri Luar Islam Ke-6 pada Julai 1975. Jawatankuasa ini bertujuan mengkaji keadaan di Baitulmuqaddis dan meletakkan resolusi OIC atau resolusi pertubuhan antarabangsa lain yang selari dengan pendirian OIC mengenai konflik Baitulmuqaddis. Negara yang menganggotai jawatankuasa ini dipilih oleh Majlis Menteri-Menteri Luar bagi tempoh tiga tahun.
ethics committeejawatankuasa etikaPerubatanTiadaJawatankuasa yang dibentuk oleh sesebuah institusi untuk mengawal selia penyelidikan dari segi etika agar penyelidikan tersebut tidak bertentangan dengan nilai-nilai peradaban, moral, agama dan norma sesuatu tempat sama ada yang melibatkan manusia atau binatang. Jawatankuasa ini dianggotai oleh ahli daripada pelbagai bidang seperti sains, perubatan, undang-undang, agama, sosial serta orang awam agar semua aspek etika penyelidikan dapat diteliti. Setiap penyelidikan terhadap manusia atau binatang perlu mendapat kelulusan daripada jawatankuasa etika sebelum dimulakan.
12345678910...

Kembali ke atas