Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.ba/] | جبق

Definisi : = jebakan 1. sj alat (sangkar) utk menangkap burung (binatang dll), perangkap; 2. muslihat utk menipu (menggoda dll); me­masang ~ memasang perangkap, memikat utk menipu (menggoda dll) orang; menjebak menangkap dgn jebak, memikat utk menipu (menggoda dll): ~ burung; terjebak 1. termasuk ke dlm perangkap (jebak), terperangkap, terpikat; 2. ki ter­perangkap atau tercebur ke dlm sesuatu ke­adaan yg tidak baik (keji, mengongkong, dsb); penjebakan 1. perihal menjebak; 2. tempat utk memerangkap musuh dll; penjebak 1. orang yg menjebak; 2. alat utk menjebak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.ba/] | جبق

Definisi : Kl; berjebak-jebak 1. meleleh keluar; 2. terlampau banyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.ba/] | جبق

Definisi : , = penjebak alat utk menangkap burung (bintang dll); perangkap. menjebak 1 menangkap dgn jebak: Abang pergi ~ burung di tepi hutan. 2 memikat utk menipu; menggoda: Gadis itu mencuba ~ saya dgn gayanya yg manja. terjebak termasuk dlm perangkap (muslihat dsb). penjebak 1 jebak. 2 orang yg menjebak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jebak
Rujuk :perangkap

Puisi
 

Jebak kambing tidur di kandang,
     Jebaknya luruh sampai ke tanah;
Sedaplah kelih adik di jalan,
     Ambo nak turut sampai ke rumah.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Di kampung saya, Sungai Dulang, Perak, kami menggunakan perkataan "jebak" untuk merujuk kepada "cop", sejenis alat kebun untuk mengorek lubang. Kenapa saya tidak jumpa entri dalam Kamus Dewan untuk jebak yang merujuk pada makna ini?Kata "jebak" yang membawa maksud alat yang digunakan untuk mengorek lubang ini berkemungkinan kata yang terdiri daripada kata dialek atau subdialek di Perak. Kata ini dengan makna tersebut berkemungkinan tidak digunakan dengan meluas dalam penulisan atau wacana umum masyarakat di Malaysia. 

Kami mencadangkan pihak tuan/puan merakam kata dan makna tersebut dalam ruangan yang disediakan oleh PRPM, iaitu di ruangan Saran Kata (http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx) supaya kata dengan makna tersebut dapat dicalonkan sebagai kata masukan dalam kamus-kamus terbitan DBP.
Lain-lain03.03.2024

Kembali ke atas