Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.ja.ri] | ججاري

Definisi : 1. bilah besi yg menghubungkan pusat roda dgn rim, terutamanya basikal: ~ basikal; 2. garis lurus dr pusat ke keliling bulatan; ~ atom a) jarak di antara nukleus atom dgn elektron valens atom tersebut; b) jarak yg me­rupakan setengah jarak di antara nukleus dua atom yg serupa; ~ ikan kepingan daging ikan tanpa tulang yg berbentuk empat segi bujur dan disaluti serbuk roti, biasanya di­panggang atau digoreng; ~ ion nilai jejari bagi ion dlm pepejal ionik berhablur (berdasarkan andaian bahawa ion berbentuk sfera dan ber­saiz tertentu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.ja.ri] | ججاري

Definisi : jari-jari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[je.ja.ri] | ججاري

Definisi : 1 = jari-jari kisi-kisi pd pintu atau pd jendela. 2 = jari-jari besi atau kayu yg dipasang dr pusat roda hingga ke lingkarannya. 3 garis lurus dr pusat bulatan ke lilitannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jejari


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sektorsectorBahagian satu bulatan yang dibatasi oleh dua jejari dan lengkok yang menyambungkan titik hujung dua jejari itu. Lihat rajahMenengah Atas
sektorsectorBahagian dalam bulatan yang dibatasi oleh dua jejari dan lengkok yang menyambungkan titik hujung dua jejari itu. Lihat ContohMenengah Rendah
sektorsectorBahagian sesuatu bulatan yang dibatasi oleh dua jejari dan lengkok yang menyambungkan titik hujung dua jejari itu. Lihat ContohSekolah Rendah
jejariradius1. Garis lurus yang menghubungkan pusat dengan titik pada lilitan bulatan atau permukaan sfera. 2. Jarak di antara pusat dengan titik pada lilitan bulatan atau permukaan sfera. Lihat rajahMenengah Atas
jejariradiusGaris lurus yang menghubungkan pusat bulatan atau sfera dengan titik pada lilitan bulatan atau sfera tersebut. Lihat ContohMenengah Rendah
sudut pusatcentral angleSudut dengan pusat suatu bulatan sebagai bucu dan dua jejari sebagai lengan. Lihat ContohMenengah Rendah

Kembali ke atas