Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.las] | جلس

Definisi : jelas I 1. terang (perkataan, pemandangan, dll), tidak kabur (mengelirukan dsb), nyata: suara itu tidak ~ pd pendengarannya; ke­terangan yg diberikan itu tidak begitu ~; 2. habis, selesai, beres (pekerjaan, hutang, dll): dlm sehari boleh ~ pekerjaan ini; hutangnya di kedai itu masih belum ~; sejelas-jelasnya cukup jelas, amat jelas: rancangan itu akan diterima oleh rakyat setelah penerangan yg ~ diberikan kpd mereka; berjelas-jelas berterang-terang, tidak ber­sem­bunyi-sembunyi: aku ini hendak ~ da­hulu sebelum aku sampaikan amanat orang; menjelasi Mn meminta keterangan yg lebih jelas (lebih lanjut); menjelaskan 1. menerangkan (lebih lanjut), menghuraikan (sehingga jelas), menyatakan (utk memberikan penerangan): seorang pe­gawai kerajaan ~ bahawa undang-undang yg baru diluluskan itu hanyalah utk se­mentara waktu sahaja; 2. menyelesaikan (pekerjaan, pembayaran hutang, dll), meng­habiskan, membereskan: dia sekarang ber­cermat-cermat kerana hendak ~ harga mo­tokar itu; memperjelas membuat lebih jelas: kita akan ~ keadaan ini dgn memberi dua contoh; kejelasan perihal (sifat, keadaan) jelas, nyatanya, terangnya: ~ imej pd keseluruhan skrin; ~ objektif utk belajar; ~ amat penting bagi borang dan penerangan yg disertakan; penjelasan 1. keterangan (yg lebih jelas), huraian: Ali meminta ~ sebab-sebab per­buatan adiknya; 2. penyelesaian (pekerjaan, pembayaran hutang, dll); ~ bank (Eko) penyelesaian pembayaran cek dll antara bank; rumah ~ (Eko) tempat menye­­lesaikan pembayaran cek dll antara bank; penjelas 1. orang yg menjelaskan; 2. benda utk menjelaskan (hutang dll): wang ~ hutang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.las] | جلس

Definisi : sj tumbuhan (pokok), bidara merah (pahit), lempedu pahit, Enrycoma longifolia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.las] | جلس

Definisi : 1 terang pd pendengaran atau pd penglihatan; nyata: Suara budak menangis dr rumah itu ~ kedengaran. Penerangan yg diberikan itu tidak berapa ~. 2 selesai atau beres (ttg hutang, pekerjaan dll): Hutangnya di kedai kain itu sudah ~. menjelaskan 1 menerangkan atau menghuraikan supaya jelas: Dia tidak mahu ~ maksud surat itu. 2 menyelesaikan (hutang, pekerjaan dll); menghabiskan; menyudahkan: Siapa yg akan ~ hutang itu nanti? kejelasan keadaan jelas: ~ makna adalah penting. penjelasan 1 keterangan yg lebih lanjut: Ia meminta ~ drpd gurunya sekali lagi. 2 perbuatan atau hal menjelaskan; penerangan. 3 penyelesaian ttg hutang atau pekerjaan. penjelas 1 orang yg menjelaskan sesuatu. 2 apa-apa yg digunakan utk menjelaskan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jelas (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: nyata, ketara, pasti, jali, curai, izhar, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan lunas: selesai, langsai, habis, beres, impas,

Kata Terbitan : berjelas-jelas, menjelaskan, kejelasan, penjelasan,

Peribahasa

Seperti tabuhan di dalam tukil.

Bermaksud :

Gema suara yang kurang jelas hujung pangkalnya.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lucidjelasKesusasteraanTiadaJelas: Mudah difahami, dimengerti, dan terang.
fair viewpandang jelasSukanTiadaHak mendapat pandangan jelas kepada pemain. Seorang pemain mesti keluar dari laluan lawan supaya lawannya dapat melihat bola dan melakukan pukulan.
crushingpenghancuran; penggerusanKejuruteraanTiada1. Penghancuran: Kuantiti bijih terhancur dan terpecah semasa suatu operasi tunggal dalam pemprosesan.,2. Pengherotan beza jelas pada gambar yang dihasilkan semula dengan susutan beza jelas di kawasan atas dan bawah skala beza jelas.
fissurerekahanSains MarinTiadaKesan belahan yang dalam, memanjang dan sempit yang jelas kelihatan sempit dengan suatu kesan retakan jelas seperti dalam batu atau di dalam tanah (bumi). Kata ini berasal daripada perkataan latin fissura yang bermaksud rekahan. Contoh rekahan geologikal yang terbesar dapat dilihat di San Andreas Fault, California yang menganjur dari San Diego sehinggalah ke San Fransisco yang terjadi disebabkan oleh beberapa siri gempa bumi.
renunciationpelepasan hakSains PolitikHubungan AntarabangsaTindakan penyerahan hak yang boleh dilakukan secara jelas seperti melalui surat atau secara tidak jelas oleh sesuatu negara yang sebenarnya mempunyai hak terhadap sesuatu tetapi hak tersebut telah dicerobohi oleh pihak lain. Contohnya, sekiranya terdapat bahagian tertentu wilayah sesebuah negara diduduki negara lain dan negara pemilik membiarkannya, maka negara tersebut dianggap telah melepaskan haknya terhadap wilayah tersebut.
positivepositifKejuruteraanTiadaTitik pada litar elektrik yang upayanya lebih tinggi daripada bumi. yang mempunyai skala beza jelas yang sama dengan objek asal.,yang mempunyai skala beza jelas yang sama dengan objek asal.
unknown pawned itembarang gadaian majhulEkonomiEkonomi IslamBarang yang tidak dinyatakan dengan jelas dan spesifik yang dijadikan barang gadaian. Contohnya, penggadai memiliki dua buah rumah dan ingin menggadaikan salah satu daripadanya. Dalam kontrak gadaian, penggadai tidak menyatakan dengan jelas rumah yang hendak digadai. Oleh itu, kedua-dua rumah tersebut menjadi barang gadaian majhul. Gadaian jenis ini sah mengikut ulama Hanafi tetapi tidak sah mengikut ulama Syafi‘i.
ventriculographyventrikulografiPerubatanTiada1. Radiografi kepala berikutan pengeluaran cecair serebrospina daripada ventrikel serebrum dan penggantian cecair tersebut dengan udara ataupun bahan beza jelas. 2. Radiografi dari ventrikel jantung setelah penyuntikan sejenis bahan beza jelas.
proseprosaKesusasteraanTiadaKarangan yang ditulis dalam bahasa yang biasa dan bersifat pernyataan yang jelas seperti pertuturan seharian. Prosa tidak mempunyai sebarang corak atau bentuk yang tetap dan terkawal seperti yang terdapat dalam sajak, pantun, dan gurindam. Prosa digunakan dalam penulisan esei, cerpen, novel, dan hikayat. Perbezaan antara puisi dengan prosa adalah kurang jelas. Perbezaan yang paling ketara mungkin dapat dilihat dalam bentuknya pada sesuatu muka surat. Puisi dibentangkan dalam bentuk baris-baris yang berbeza panjangnya, diatur dalam bentuk stanza yang distrukturkan, tetapi prosa dibentangkan dalam bentuk yang mengalir dengan bebas, sesekali diganggu oleh pembahagian perenggan. Perkataan prosa atau proversa oratio berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �wacana terus terang�.
distinctjelas; berbezaFizikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas