Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jelas (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: nyata, ketara, pasti, jali, curai, izhar, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan lunas: selesai, langsai, habis, beres, impas,

Kata Terbitan : berjelas-jelas, menjelaskan, kejelasan, penjelasan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
developmental disabilitykecacatan perkembanganGerontologiTiadaKecacatan fizikal atau mental, atau kedua-duanya sekali yang jelas kelihatan sebelum meningkat usia dewasa dan berkemungkinan akan berterusan. Keadaan ini akan menghalang fungsi kehidupan seharian.
numerical aperturebukaan berangkaFizikOptikUkuran kuasa pembeza jelas bagi kanta objek mikroskop, iaitu sama dengan hasil darab indeks biasan medium di hadapan kanta objek dan sinus sudut di antara paksi optik dengan sinar di sebelah luar sekali yang memasuki kanta tersebut.
cleft palatelelangit rekahPergigianTiadaRekah yang berlaku kepada lelangit bayi. Rekahan boleh melibatkan lelangit keras atau lelangit lembut ataupun kedua-duanya sekali. Rekahan ini berlaku disebabkan gangguan ketika proses percantuman lelangit bayi semasa dalam kandungan. Rekahan ini boleh menyebabkan susu atau makanan masuk ke rongga hidung semasa pesakit makan atau minum. Pesakit juga akan mengalami kesukaran untuk bercakap dengan jelas. Rekahan ini juga boleh mengganggu jajaran gigi dan mengakibatkan susunan gigi tidak teratur. Lelangit rekah dirawat dengan pembedahan bagi mencantumkan semula rahang tersebut dan rawatan ortodontik untuk membetulkan jajaran gigi.
lacunosuslakunosusMeteorologiMeteorologi PerhubunganVarieti awan yang terdiri daripada tompokan lapisan atau hamparan awan yang lazimnya nipis, ditandai oleh lubang-lubang yang tersebar secara sekata dengan kebanyakannya berjumbai. Unsur awan dan ruang yang jelas selalunya tersusun sehingga berupa jaring atau indung madu. Awan ini terdapat pada sirokumulus dan altokumulus, dan jarang-jarang sekali, pada stratokumulus.
lacunosuslakunosusSainsHidrometeorologiJenis awan berbentuk kelompok, bambangan atau lapisan awan, selalunya agak nipis, dicirikan oleh lubang-lubang bulat (perkataan Latin lacunosus bermaksud berlubang-lubang) yang tersebar agak teratur dan kebanyakannya mempunyai tepi yang berjumbai. Unsur awan dan ruang yang jelas selalunya tersusun sehingga berupa jaring atau indung madu. Istilah ini digunakan terutamanya untuk sirokumulus dan altokumulus dan juga boleh digunakan, walaupun jarang-jarang sekali, bagi stratokumulus.
flashbackimbas kembaliKesenianDrama dan TeaterTeknik penceritaan yang digunakan dalam drama atau teater untuk memasukkan peristiwa atau kejadian yang telah berlaku sebelum bermulanya cerita yang sedang dikisahkan. Penggunaan imbas kembali membolehkan penulis memberikan maklumat yang menjadi latar belakang kepada cerita yang sedang dikisahkan. Teknik ini membolehkan cerita bermula di tengah-tengah, kemudian menyorot kebelakang dan seterusnya menyambung cerita semula. Dengan cara ini, jalinan atau sambungan cerita lebih jelas antara peristiwa yang lalu, sekarang, dan akan datang, sekali gus dapat menyerlahkan kesan rentetan kronologi yang utuh. Imbas kembali boleh dilaksanakan melalui mimpi, kenangan kembali, khayalan atau perbualan.
flashbackimbas kembaliKesusasteraanTiadaTeknik penceritaan yang digunakan dalam naratif atau drama untuk memasukkan peristiwa atau kejadian yang telah berlaku sebelum bermulanya cerita yang sedang dikisahkan. Penggunaan imbas kembali membolehkan penulis memberikan maklumat yang menjadi latar belakang kepada cerita yang sedang dikisahkan. Teknik ini membolehkan cerita bermula di tengah-tengah, kemudian menyorot ke belakang dan seterusnya menyambung cerita semula. Dengan cara ini, jalinan atau sambungan cerita lebih jelas antara peristiwa yang lalu, sekarang, dan akan datang, sekali gus dapat menyerlahkan kesan rentetan kronologi yang utuh. Imbas kembali boleh dilaksanakan melalui mimpi, kenangan kembali, khayalan atau perbulan. Contoh imbas kembali ditemui dalam novel Azmah Nordin berjudul Mega Nisaa, Halusinasi dan Singgahmata. Teknik imbas kembali juga terdapat dalam filem. Lihat juga in medias res.
militarismfahaman ketenteraanSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang merujuk kepada dominasi tentera dan ketenteraan dalam sesebuah pemerintahan. Fahaman ini merendah-rendahkan pemerintahan awam dan menganggap pemerintahan tentera sahaja yang sesuai dilaksanakan dalam pentadbiran. Fahaman ini juga melambangkan pemerintahan yang agresif, keras, menggunakan undang-undang tentera dan tidak demokratik. Dalam sistem pemerintahan ini, pegawai tentera memegang jawatan penting dan orang awam dipaksa akur dengan pemerintahannya. Kebebasan dan penyertaan orang awam disekat manakala kedudukan pembangkang dan NGO sangat terbatas. Dalam kebanyakan negara yang mengamalkan fahaman ini, kedudukan pembangkang atau parti politik dan NGO politik tidak dibenarkan sama sekali. Pemerintahan secara ketenteraan ini memiliki disiplin, imej kecekapan, sepadu, patuh kepada arahan, memiliki hierarki yang jelas dan tersusun serta kemas dalam perancangan dan pengurusan logistik.

Kembali ke atas