Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jel.ma] | جلما

Definisi : ; menjelma 1. lahir (kembali): orang Hindu percaya bahawa orang yg mati itu akan ~ balik; 2. masuk ke dlm (tubuh manusia, binatang, dll): jiwanya ~ dlm tubuh seekor kera; 3. muncul (di dlm hati, ingatan, dll), timbul atau muncul (bkn sesuatu kejadian dll): ada perasaan lain lebih dahulu yg ~ ke dlm hatinya; wajah ibunya sedikit demi sedikit datang ~ ke dlm ingatannya; kemakmuran ini menjadi latar kpd malapetaka yg akan ~; 4. berubah menjadi makhluk (benda) yg lain, bertukar bentuk (rupa dll): Krishna ~ menjadi Rama; ulat ~ menjadi kupu-kupu; menjelmakan ark 1. melahirkan sesuatu di dlm, memasukkan sesuatu ke dlm: faham politiknya dijelmakan dlm novel-novelnya; 2. melahirkan, mewujudkan, mencipta (karya dll): penulis-penulis muda itu belum lagi dapat ~ suatu karya yg bermutu; terjelma termasuk (ke dlm sesuatu), terlahir (di dlm sesuatu), tercipta, terwujud; jelmaan sesuatu yg telah menjelma, hasil drpd menjelma; batu ~ (Geo) sj batu yg telah berubah ben­tuknya (rupanya dll) akibat kuasa mata­hari dan air serta udara dll; penjelmaan 1. perihal menjelma, perihal lahir (kembali), tubuh atau benda yg terjadi drpd jiwa yg menjelma: di dlm hatinya ia berfikir entahkan mereka ini dewa-dewa dlm ~; 2. perihal masuknya jiwa ke dlm (tubuh manusia, binatang, dll); 3. (Bio) perihal perubahan bentuk (rupa, corak, dll) drpd sesuatu: perubahan rupa mulai drpd telur menjadi serangga itu dipanggil ~; 4. perihal menjelmakan (mewujudkan) cita-cita dll, pelaksanaan: sistem pelajaran sekarang ini adalah ~ sistem pelajaran Inggeris yg sangat merugikan kita; 5. ciptaan, karya, per­wujudan cita-cita: novelnya yg pertama itu merupakan ~ seluruh peribadinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jel.ma] | جلما

Definisi : ; menjelma 1 berubah menjadi sesuatu yg lain; merupakan diri sbg sesuatu; mengambil bentuk atau rupa yg lain: Ulat itu ~ menjadi kupu-kupu. Orang itu dpt ~ sbg harimau. 2 ki muncul dlm ingatan atau dlm hati: Kadang-kadang wajah adiknya yg baru meninggal dunia itu datang ~ dlm ingatannya. menjelmakan 1 menukarkan diri menjadi sesuatu yg lain: Ahli sihir itu ~ dirinya sbg orang muda. 2 memasukkan jiwa atau perasaan dlm sesuatu: Ia ~ fahaman-fahaman politiknya dlm novelnya. jelmaan sesuatu yg telah menjelma; hasil drpd menjelma: Mengikut kepercayaan, ketiga-tiga anak raja itu ialah ~ dewa-dewa. batu ~ batu yg telah berubah bentuknya (rupanya dll) akibat kuasa matahari, air dsb. penjelmaan perbuatan (hal dsb) menjelma atau menjelmakan: ~nya menjadi harimau tidak diketahui oleh isterinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jelma
Kata Terbitan : menjelma, menjelmakan, terjelma,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reincarnatejelma semulaSejarahTiadaTiada
flash upjelma pantasKomunikasi MassaTiadaTiada
fade to whitejelma putih; lenyap putihKomunikasiTiadaTiada
fade to blackjelma hitam; lenyap hitamKomunikasiTiadaTiada
fade inresap jelmaKomunikasiTiadaArahan yang diberikan oleh pengarah atau penerbit kepada juruaudio atau juruvisual supaya memasukkan bunyi atau visual secara perlahan-lahan dan terakam. Contohnya, memasukkan bunyi muzik secara perlahan-lahan ke dalam rancangan.
dropping in titletajuk jelmaKomunikasiTiadaTiada
progressive JPEGJPEG progresifTeknologi MaklumatTiadaSpesifikasi fail grafik JPEG yang telah ditambah/ditingkatkan dan setara dengan GIF selang-seli. Paparan imej JPEG progresif beransur-ansur meresap jelma pada pelayar Web. Paparan imej semakin bertambah jelas sehingga keseluruhan fail selesai dimuat turun. Jenis grafik ini sesuai digunakan untuk menghantar imej dengan menggunakan modem (kelajuan rendah).

Kembali ke atas