Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jem.ba.lang] | جمبالڠ

Definisi : sj hantu (hantu tanah) yg kadang-kadang merupakan diri spt rusa (kerbau dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jem.ba.lang] | جمبالڠ

Definisi : sj hantu yg kononnya dpt merupakan dirinya spt binatang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jembalang

Puisi
 

Sapu tangan jatuh ke laman,
     Tiba di laman berisi bunga;
Celaka tangan jembalang tangan,
     Dalam tangan orang punya.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
manteramanteraKesusasteraanPuisiBentuk puisi yang susunan diksinya dalam baris-baris ada mengandungi unsur-unsur atau ciri-ciri puisi, seperti rima dan irama. Contohnya, Hei! om pali, Hei! hantu tanah, Jembalang bumi, Kau pergi mengambil semangat roh si anu, Bawa gila kepada aku, Menyala seperti api, seperti nasi mendidih.
melodramamelodramaKesusasteraanTiadaBentuk drama yang mempersembahkan hiburan yang bersifat sensasi dan penuh dengan emosi. Persembahan biasanya secara berlebih-lebihan dengan gambaran aksi ganas dan berdarah, berlatarkan gurun dan petir serta memaparkan makhluk sihir, hantu dan jembalang. Watak utama bersifat hitam putih dengan watak baik terlalu suci murni, sementara watak jahat pula terlalu durjana. Bentuk drama ini berasal dari Peancis dalam dekad 1760-an dan berkembang di Jerman beberapa tahun kemudian. Kebanyakan drama televisyen dan filem masa kini menggunakan bentuk drama ini, terutama sekali filem Hindustan. Antara contoh melodrama ialah Sweeney Todd: The Domon Barber of Fleet Street dan Under the Gaslight.
melodramamelodramaKesenianDrama dan TeaterBentuk drama yang mempersembahkan hiburan yang bersifat sensasi dan penuh dengan emosi. Persembahan biasanya secara berlebih-lebihan dengan gambaran aksi ganas dan berdarah, berlatarkan guruh dan petir serta memaparkan makhluk sihir, hantu dan jembalang.

Kembali ke atas