Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.na.yah] | جنايه

Definisi : = perbuatan ~ kejahatan (spt men­curi, merompak, membunuh, dll) yg salah di sisi undang-undang, perbuatan salah (di sisi undang-undang), perbuatan kriminil: polis menganggap perkara itu sbg satu perbuatan ~ yg nekad; ~ harta kejahatan yg bersangkutan dgn harta (spt mencuri, merompak, menipu, pecah ama­nah, dll); ~ kolar putih (perbuatan) jenayah yg dilakukan oleh mereka yg bertugas dlm bidang pengurusan (profesional dsb), biasanya oleh mereka yg berkedudukan pen­ting dlm perkhidmatan awam (syarikat dll); ~ komputer jenayah yg dilakukan dgn meng­gunakan sistem komputer utk mencuri mak­lumat atau wang; kesalahan ~ kesalahan kerana melakukan perbuatan jenayah; penjenayah orang yg melakukan jenayah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.na.yah] | جنايه

Definisi : , = perbuatan ~ perbuatan yg jahat (membunuh, mencuri dll) dan salah di sisi undang-undang: Polis berhak menangkap orang-orang yg melakukan ~. penjenayah orang yg melakukan jenayah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah perkataan jenayah canggih sesuai digunakan dalam satu-satu ayat. Sila berikan cadangan terbaik bagi ayat berikut: Dimana sekarang dikota jenayah-jenayah besar dan canggih sedang meningkatBerdasarkan konteks ayat yang telah diberikan oleh saudara, "jenayah canggih" tidak sesuai digunakan. Di bawah ini dicadangkan contoh ayat yang sesuai digunakan: Jenayah berlaku secara berleluasa di ibu kota.Lain-lain25.09.2007
Apakah terjemahan bagi transnational crime yang sesuai? Jenayah rentas sempadan, jenayah transnasional, jenayah rentas negara?Dalam sumber rujukan kami, transnational diterjemahkan kepada rentas negeri/negara. Walau bagaimanapun dalam konteks tertentu rentas sempadan juga boleh digunakan. Oleh itu, terjemahan jenayah rentas negara atau jenayah rentas sempadan boleh digunakan.Penyemakan dan penterjemahan16.12.2017
Yang mana betul, "sifar jenayah" atau "jenayah sifar"?

Jenayah Sifar” kerana mengikut  Hukum DM; Diterangkan (jenayah) merupakan unsur inti, dan menerangkan (Sifar) merupakan unsur penerang kepada unsur inti, sama halnya dengan  “zero defect”  iaitu, kesilapan sifar.

Tatabahasa08.04.2014
Perbezaan di antara jenayah indeks dan indeks jenayah. Bila merujuk dalam Program Transformasi Kerajaan ada menggunakan kedua-duanya, adakah mempunyai maksud atau penggunaan yang berbeza?

Dalam tatabahasa bahasa Melayu terdapat hukum DM, iaitu Diterangkan dan Menerangkan. Bagi indeks jenayah yang diterangkan ialah indeks dan jenayah menerangkan indeks, manakala bagi jenayah indeks yang diterangkan ialah jenayah dan indeks menerangkan jenayah. Kedua-duanya berbeza.

Lain-lain02.12.2011
salam, "jenayah syariah" atau "Jenayah Syariah"? terima kasih.Dalam bentuk kata umum ejaan yang betul ialah jenayah syariah.Ejaan29.03.2012
PERGERTIAN JENAYAH BERAT DIKALANGAN PELAJAR SEKOLAHSila rujuk bahan ini : Imbangan antara melindungi masyarakat dengan kepentingan penjenayah A. M. Nizam Dewan Masyarakat 01/10/1996 Jenayah tidak lagi bersifat tempatan" [Diwawancara oleh A. Zaidel A. Jamil] Musa Datuk Haji Hassan, Tan Sri, Dewan Masyarakat Jangan biarkan jenayah terus meningkat Hasan Baseri Budiman Dewan Masyarakat 01/08/1998 Jenayah di kalangan pelajar Dewan Siswa 01/07/1987 . Jenayah pelajar meningkat Aidilnur Ahmad Wahiduddin Dewan Siswa 01/06/1993 . Jenayah remaja meningkat? Noha Abdullah Dewan Siswa 01/04/1990 Terperinci Jenayah remaja, siapa bersalah? Zuraida Jaafar Dewan Siswa 01/08/1983 Punca peningkatan kes jenayah Dewan Masyarakat 01/01/2005 Terperinci Remaja dan jenayah Amiruddin Md. Akhir Dewan Siswa 01/07/1995Lain-lain08.09.2007
jenayah bukan indeks

Mohon maaf, pertanyaan saudari tidak jelas. Harap dapat dikirimkan kembali persoalan yang lebih jelas.

Terima Kasih.

Lain-lain28.05.2010
definisi jenayahSecara umumnya jenayah ialah perbuatan yang menyalahi peraturan.Makna17.10.2011
maksud jenayah juvana, peraturan, komuniti, undang-undang dan akta mahkamah juvana 1974 daripada kamus dewan.Juvenil ialah anak muda yang belum matang (mentah), atau yang lazim disebut ialah budak-budak. Oleh itu jenayah juvana merujuk perbuatan jenayah yang pelakunya terdiri daripada kalangan anak muda yang belum matang. Peraturan bermaksud segala yang telah ditentukan (ditetapkan dan lain-lain) dan harus diturut atau dipatuhi. Komuniti bermaksud kumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah atau negara. Undang-undang bermaksud sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan. Akta mahkamah juvana 1974 tidak membawa maksud lain selain daripada aktabtersebut.Makna13.05.2009
DEFINASI PENCEGAHAN JENAYAH DAN DEFINASI PERUMAHAN BERTINGKATPerbuatan jenayah bermaksud hal yang berkaitan dengan perbuatan menegah daripada berlakunya jenayah, manakala perumahan bertingkat dalam konteks umum merujuk kepada tingkat-tingkat yang terdapat dalam projek perumahan yang dibangunkan. Walau bagaimanapun saudara perlu merujuk kepada pihak perbandaran jika hal ini berkaitan dengan sesuatu projek khusus yang dibangunkan oleh pihak tertentu. Makna26.10.2010
123456

Kembali ke atas