Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jéng.kél] | جيڠکيل

Definisi : (jéngkél) berasa sangat kesal (kerana tidak sampai maksud dll), sebal hati, men­dongkol: ~ hatiku melihat kelakuan gadis itu; menjengkeli sebal hati terhadap: ke­ba­nyakan orang kampung ~nya kerana tingkah lakunya; menjengkelkan 1. berasa jengkel tentang sesuatu hal, mengesalkan hati: tidaklah ini membosankan dan ~ hati; 2. menyebabkan kesal (sebal dll): perbuatan Ahmad ~ orang tuanya; kejengkelan perihal jengkel (sebal dll): tin­dakan yg diambil itu ialah akibat ~nya melihat keadaan yg serba tidak terurus itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jéng.kél] | جيڠکيل

Definisi : /jéngkél/ berasa sakit hati atau kesal kerana permintaannya ditolak (nasihatnya tidak dipedulikan orang dll); sebal hati: Kalau aku sudah ~, aku tidak mahu melihat mukanya lagi. menjengkeli berasa jengkel pd: Orang ramai ~nya kerana perangainya yg keras kepala. menjengkelkan menimbulkan rasa jengkel; menyebabkan berasa jengkel: Perangai pemuda-pemuda liar di kampung itu ~ hati Datuk Penghulu. kejengkelan keadaan atau rasa jengkel: ~nya tidak dihiraukan oleh teman-temannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jengkel
Rujuk :marah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan bagi 'eye-rolling' yang menunjukkan rasa jengkel, tidak bersetuju atau tidak percaya melalui isyarat mata?Istilah eye-rolling masih belum ada dalam pangkalan data kami. Istilah ini akan kami panjangkan ke Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan terjemahan yang sesuai dan tepat.
Sekian terima kasih
Makna14.01.2019
yang menjengkelkan?

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, menjengkelkan bermaksud berasa jengkel tentang sesuatu hal, mengesalkan hati. Soalan saudara/ saudari tidak jelas.

Makna05.03.2009
apakah beza perkataan sesal dan kesalMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, sesal bermakna perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg tidak baik (dosa dll), keinsafan telah bersalah. Kesal pula ialah berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan, dll), berasa sebal, berasa jengkel. Untuk ketarangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna11.05.2009
Assalam Tuan Saya ada sedikit kemusykilan di sini .. Apakah perbezaan antara perkataan sesal dan kesal. Dan abila mendapat imbuhan me-N ...i adakah sesal akan menjadi menyesali dan kesal akan menjadi mengesali? Terima kasih. Azura

Sesal bermakna perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg tidak baik seperti dosa dan lain-lain. Kesal pula ialah berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan dan sebagainya), berasa sebal, berasa jengkel. Kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama.

Kata akar bagi mengesali ialah kesal manakala sesal merupakan kata akar menyesali.

Tatabahasa19.04.2020

Kembali ke atas