Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.ring] | جريڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya di­jadikan ulam), Pithecellobium jiringa; ~ tupai sj tumbuhan (pokok), saga gajah, Pithecellobium ellipticum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.ring] | جريڠ

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya dpt dibuat ulam), Pithecellobium jiringa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jering

Puisi
 

Pokok jering baru berbuah,
     Mari ambil jual di kedai;
Selagi ada biring bertuah,
     Jalak jangan tunjukkan pandai.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Archidendron jiringajeringHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pokok dalam famili Leguminosae dan berasal dari kawasan Malesia. Jering tumbuh liar di pinggir hutan dan ditanam sebagai sumber makanan. Daunnya berbentuk oblong-eliptik, daun muda lembut dan berwarna ungu pekat. Jambak bunga jenis panikel keluar dari celah daun. Bunganya kecil berwarna putih kehijau-hijauan. Buahnya besar jenis lenggai berwarna perang keungu-unguan. Buah tersusun dalam bentuk lingkaran dan mengandungi biji besar. Bijinya berbentuk bulat, biji muda berwarna hijau cerah dan bertukar perang kemerah-merahan apabila masak. Daunnya digunakan sebagai tampalan untuk merawat kerengsaan kulit dan sakit dada. Air rebusan akar dan kulit batang diminum untuk merawat darah tinggi dan sakit dada. Buah mudanya dimakan mentah sebagai ulam. Buahnya dimakan sebagai sumber antioksidan semula jadi. Pengambilan yang banyak akan menyebabkan sakit pada buah pinggang dan pundi kencing akibat pemendapan asid jenkolik.
jeringa (Pithecellobium jiringa)jering (Pithecellobium jiringa)PertanianTiadaTiada
merbau keramerbau keraPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Crudia. daripada famili Leguminosae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah babi kurus dan jering tupai, dan di Sabah ialah angar-angar. Spesies utamanya termasuk Crudia curtisii, C. reticulata dan scortechinii. Gubal kayu merbau kera berwarna coklat kekuningan, dan sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat tua. Tekstur kayunya agak halus dan tidak sekata, kerana mengandungi terlalu banyak tisu parenkima. Iranya bersimpul atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 930 hingga 1120 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sangat keras dan berat. Kayu ini sukar dikerjakan dan mempunyai ketahanan semula jadi yang rendah. Kayu merbau kera sesuai digunakan untuk hulu alat pemotong, kerja binaan berat, bingkai tingkap, dan lantai.
kungkurkungkurPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Pithecellobium spp. daripada famili Leguminosae. Gubal kayu kungkur berwarna putih atau coklat muda, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna merah coklat, dan menjadi lebih gelap apabila terdedah. Tekstur kayunya agak keras dengan ira yang bersimpul atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 465 hingga 850 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu kungkur mudah dikerjakan tetapi lambat mengering dan mudah diserang kumbang bubuk. Kayu ini sesuai untuk perabot, kayu panel, venir, papan lapis dan untuk ukiran. Beberapa spesies kungkur mengeluarkan buah, yang dimakan sebagai ulam seperti jering, P. jiringa dan kerdas, P. bubalinum.

Kembali ke atas