Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.rit] | جريت

Definisi : jeritan; menjerit 1. berteriak kuat-kuat, memekik: pencuri itu mengugut hendak membunuhnya kalau ia ~; 2. mengeluh (kerana kesusahan, penderitaan, dll); terjerit-jerit menjerit berulang kali dan dgn tidak menentu, terpekik-pekik: anak itu menangis ~; ~ bagai kucing biang prb perempuan yg tiada malu bercakap dgn suara keras; jeritan 1. panggilan atau teriakan yg kuat (kerana kesukaran, kesakitan, ketakutan, dll), teriakan, pekikan: diperintahnya anak itu dgn ~; 2. keluh-kesah (kerana menderita sesuatu yg berat spt kesakitan, kemiskinan, dll): mereka tidak mengendahkan ~ kaum ibu utk kebebasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.rit] | جريت

Definisi : ; burung ~ sj burung berjambul, belatuk rimba, Platylophus galericulatus ardesicus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.rit] | جريت

Definisi : , = jeritan 1 panggilan yg kuat (kerana kesakitan, ketakutan dll); teriakan; pekikan: Kedengaran ~ perempuan dr bilik yg gelap itu. 2 keluh-kesah yg terlalu (kerana menderita sakit, miskin dll): ~ rakyat jelata menuntut kemerdekaan makin menghebat. menjerit 1 berteriak kuat-kuat; memekik: Ia ~ sekuat-kuat hatinya apabila pencuri itu masuk ke rumahnya. 2 mengeluh (kerana kesusahan dll): Kenaikan harga barang-barang keperluan menyebabkan rakyat sekalian ~. menjeritkan meneriakkan (nama dsb) dgn suara yg kuat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jerit
Rujuk :pekik

Peribahasa

Terjerit-jerit bagai babi kena sembelih.

Bermaksud :

Menjerit ketakutan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lubang jerit (Mal)lubang jeritKesenianTiadaPanggilan lubang ibu jari alat serunai di Kelantan.
kiaijerit lantangSukanTiadaJeritan lantang dari dalam yang mengiringi pelaksanaan pergerakan.

Kembali ke atas