Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.ri.tan] | جريتن

Definisi : 1. panggilan atau teriakan yg kuat (kerana kesukaran, kesakitan, ketakutan, dll), teriakan, pekikan: diperintahnya anak itu dgn ~; 2. keluh-kesah (kerana menderita sesuatu yg berat spt kesakitan, kemiskinan, dll): mereka tidak mengendahkan ~ kaum ibu utk kebebasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.ri.tan] | جريتن

Definisi : 1 panggilan yg kuat (kerana kesakitan, ketakutan dll); teriakan; pekikan: Kedengaran ~ perempuan dr bilik yg gelap itu. 2 keluh-kesah yg terlalu (kerana menderita sakit, miskin dll): ~ rakyat jelata menuntut kemerdekaan makin menghebat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jeritan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jeritan Mak Cik Minah yang memanggil anaknya yang sedang mandi di sungai itu jelas kedengaran hingga rumah saya. (Adakah perkataan "yang" di atas digunakan dengan tepat?)

Saudara,

Ayat tersebut boleh digunakan. Ayat itu boleh juga dibina  tanpa perkataan 'yang' selepas perkataan 'Minah'. 

Tatabahasa07.07.2010
Adakah "semua" boleh digunakan di hadapan kata nama yang tidak boleh dibilang? Contoh: "All that screaming." <-- Semua jeritan itu. Atau "Jeritan itu" sudah mencukupi?

Frasa "Jeritan itu" sudah mencukupi.

Ejaan10.02.2022
1. Saya terdengar akan jeritan tersebut(Ayat aktif tak transitif). 2. Jeritan tersebut terdengar oleh saya(ayat pasif) ~Bukankah kata kerja tak transitif (a)tiada objek, DAN (b) tidak boleh ditukarkan kepada ayat pasifAyat yang betul untuk Ayat Aktif Tak Transitif ialah "Saya mendengar jeritan tersebut." Manakala ayat yang betul untuk Ayat Pasif pula ialah "Jeritan tersebut saya dengar."Tatabahasa22.04.2022
"Emak kata pergi!" jeritan bak halilintar itu menghentikan lamunan Razak. @ "Emak kata pergi!" Jeritan bak halilintar itu menghentikan lamunan Razak."Emak kata pergi," jeritan bak halilintar itu menghentikan lamunan Razak. Tidak ada kata seru dalam ayat tersebut untuk memasukkan tanda seru. Kami cadangkan puan dapatkan buku Gaya Dewan, terbitan DBP sebagai panduan untuk menulis tanda baca yang betul dalam penulisan.Ejaan13.10.2011
Salam Sejahtera, saya ingin pastikan jawapan bagi soalan yang dikemukakan di bawah, Ayat yang mana satu merupakan ayat yang betul? kalau terdapat ayat yang salah, minta tolong jelaskan kesalahan tersebut. 1 Helmi menerima hadiah daripada guru. 2 Saya terkejut apabila terdengar jeritan yang menakutkan. 3 Mereka yang melanggar peraturan akan dihukum. 4 Beberapa buah tembakan telah dilepaskan ke arah perompak itu. Sekian, terima kasih.

Ayat yang salah ialah Beberapa das tembakan telah dilepaskan ke arah perompak itu.

Tatabahasa21.05.2014
Boleh jelaskan perbezaan antara melontarkan dan melemparkan? Sekian

Menurut Kamus Dewan Perdana, tidak ada perbezaan makna antara perkataan melontarkan dan melemparkan. Kedua-duanya membawa maksud membalingkan, melemparkan sesuatu (batu, kayu dan lain-lain) dan maksud kiasan iaitu memberikan, menyatakan atau mengemukakan (pendapat, kritikan, soalan dan lain-lain), mengarahkan (pandangan, penglihatan, senyuman) kepada seseorang atau sesuatu tempat, mengeluarkan suara atau jeritan,  menyatakan atau meluah perasaan, mengingatkan semula atau menghapuskan ingatan terhadap sesuatu dan menyebabkan seseorang berada di sesuatu tempat atau keadaan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Kamus Dewan Perdana halaman 1292 dan 1349.

Tatabahasa07.10.2021
Boleh saya tahu adakah DBP ada buku atau buku istilah tentang "bunyi" sesuatu perkara dalam bentuk perkataan? Contohnya bunyi binatang, atau "pong" merujuk kepada "bunyi barang dll yg jatuh di air." Terima kasihSetakat ini DBP tidak ada menerbitkan buku berkaitan bunyi.  Yang ada segelintir jenis bunyi dalam kamus.Contoh:   siut I 1. bunyi spt bunyi wisel yg nyaring; 2. bunyi spt bunyi orang menyiuk (kerana ke­pedasan dll); 3. bunyi spt bunyi rotan dll di­sebatkan di udara; 4. bunyi spt bunyi api di­siram dgn air; bersiut berbunyi siut, berbunyi spt orang menyiuk (kerana kepedasan dll); siutan bunyi siut yg berkali-kali.  Kamus Dewan Edisi Keempat   lentung Ibunyi spt bunyi kelentung (loceng dll); ~-lentang = lentang-~ bunyi spt bunyi orang bertukang dll, bunyi berdentang; melentung berbunyi spt bunyi kelentung; lentungan bunyi melentung: di bawah keriang-keriut dan ~ roda pedati.  Kamus Dewan Edisi Keempat  mad Ar pemanjangan bunyi, bunyi pendek di­jadikan bunyi panjang; maddah.  Kamus Dewan Edisi Keempat   lepuk bunyi spt bunyi orang bertepuk tangan, bunyi yg lebih besar drpd bunyi lepak; ~-lepak bunyi lepuk yg berulang-ulang: kemudian aku dengar juga ~-lepak bunyi lembu kena pukul; melepuk memukul, menampar; ®lapuk II.   Kamus Dewan Edisi Keempat   gedebuk bunyi spt bunyi benda berat jatuh; bunyi spt bunyi pukulan pd belakang seseorang dll.   Kamus Pelajar Edisi Kedua   lentang bunyi spt bunyi tin dipukul; ~-lentung bunyi kuat spt bunyi tin dipukul berulang­ulang, bunyi berdentang-dentang.   Kamus Dewan Edisi Keempat   uak II   bunyi spt bunyi kerbau (katak dll); menguak mengeluarkan bunyi spt bunyi kerbau (katak dll): kambing mengembek, kerbau ~; uakan bunyi uak: seekor kuda meringkik diiringi ~ beberapa ekor lembu.   Kamus Dewan Edisi Keempat   rak I   1. bunyi spt bunyi pena yg digoreskan; 2. bunyi spt bunyi kayu patah dll; ~-rok bunyi pokok yg patah; ® derak.   Kamus Dewan Edisi Keempat   siul   = siulan 1 bunyi spt bunyi suling yg dibuat dgn mulut. 2 bunyi burung. bersiul 1 membuat bunyi spt bunyi suling dgn mulut. 2 berbunyi (bkn burung).   Kamus Pelajar Edisi Kedua   lengking   bunyi spt bunyi besi dipukul, bunyi yg kuat: sebanyak desus dan ~ kereta api sebanyak itu pula debar jantung Poniem; melengking berbunyi dgn kuat (bunyi besi dipukul, orang menjerit, dll): sebentar kemudian terdengar benda jatuh dan berikutannya ~ pula suara jeritan seorang perempuan; lengkingan suara atau bunyi melengking (jeritan dll): bunyi ~ kapak sayup-sayup terdengar dr pondokku; tiada kedengaran ~ anak-anak muda yg bergumal.   Kamus Dewan Edisi KeempatLain-lain09.05.2014

Kembali ke atas