Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jer.nih] | جرنيه

Definisi : 1. boleh dilihat menerusinya (bkn air atau kaca), hening, bening, tidak keruh (bkn air): air yg ~; 2. manis dan berseri (bkn air muka), tidak muram: muka yg ~; 3. bersih drpd sebarang amalan salah, keburukan, niat jahat, dll; 4. tidak huru-hara (bkn sesuatu keadaan), aman: suasana politik yg ~; menjernihkan 1. menjadikan (menyebab­kan dll) jernih, mengheningkan, mem­beningkan: ~ air yg keruh; 2. menjadikan jernih (air muka): berita gembira itu ~ air mukanya; 3. menjadikan jernih (tidak huru-hara): ~ fikiran; ~ suasana menyebabkan suasana atau keadaan jadi tenang (tidak tegang dsb); kejernihan 1. perihal jernih, keheningan, kebeningan: ~ air sungai itu memberi satu rasa ketenangan pd jiwanya; 2. perihal jernih (air muka); 3. perihal jernih (hati dsb), ke­sucian, keikhlasan, kejujuran: ~ fikiran dan kedamaian hati; 4. perihal jernih (keadaan, suasana): orang itu mengancam ~ suasana rumah tangganya; penjernihan proses (tindakan dsb) men­jernih­kan: budaya warisan kita memerlukan ~ utk mengikis saki-baki tahyul dan khurafat; sistem ~ air asas diperkenalkan meng­guna­kan tiga penakung yg diisi besi, pasir dan arang utk membuang bahan arsenik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jer.nih] | جرنيه

Definisi : 1 tidak keruh (bkn air); hening; bening: Air perigi itu sangat ~. 2 manis dan berseri (bkn air muka); tidak muram: Air muka gadis itu ~ saja. 3 bersih drpd sebarang niat jahat dll (bkn hati); suci; ikhlas: hati yg ~. 4 tidak huru-hara (bkn keadaan); aman: Pergolakan itu kembali ~ spt sediakala. menjernihkan menjadikan jernih; mengheningkan: ~ fikiran mengheningkan atau menenangkan fikiran; ~ suasana menyebabkan suasana atau keadaan menjadi tenang dan tenteram. kejernihan keadaan jernih (bkn air, suasana, hati dsb): ~ air sungai itu telah tercemar akibat pembuangan bahan-bahan kimia dr kilang itu. penjernihan proses atau perbuatan menjernihkan air dsb: sistem ~ air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jernih (adjektif)
1. Bersinonim dengan hening: bening, terang, jelas,
Berantonim dengan keruh

2. Dalam konteks hati
bersinonim dengan bersih, suci, murni, kudus, putih, khalis, tulus, ikhlas, tulus ikhlas, jujur, safi, sadik, lurus, mustakim, mukhlis, zakiah, tahir, nirmala, mukaddas,
Berantonim dengan bernoda

3. Dalam konteks air muka
bersinonim dengan manis berseri, ceria, riang,
Berantonim dengan muram

Kata Terbitan : menjernihkan, kejernihan,

Puisi
 

Selat Teberau air jernih,
     Banyak mengail ikan gelama;
Pura-pura menumpang kasih,
     Kenangan kita selama-lama.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Air jernih,
     ikannya jinak.

Bermaksud :

Negeri yang aman dan teratur, rakyatnya berbudi bahasa.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
glazeair jernihMeteorologiMeteorologi PerhubunganEndapan ais yang jernih, halus, dan berongga udara, yang terbentuk hasil daripada penyejukbekuan titis gerimis atau titisan hujan yang adisejuk, pada objek yang mempunyai suhu permukaan kurang daripada atau lebih sedidik daripada 0�. Ketumpatan ais jernih boleh mencapai 800 kg/m3 atau 900 kg/m3, dan nilai ini lebih tumpat dan lebih lutsinar berbanding dengan ibun beku.
glazed frostibun jernihGeografiTiadaLapisan ais jernih yang terbentuk bila hujan turun daripada lapisan awan yang mara ke atas permukaan tanah di mana suhu kekal di bawah takat sejuk.
glazed frostibun jernihGeologiTiadaLapisan ais jernih yang terbentuk bila hujan turun daripada lapisan awan yang mara ke atas permukaan tanah di mana suhu kekal di bawah takat sejuk.
clear soupsup jernihPentadbiran PerniagaanTiada2. Brot jernih yang boleh dihidang panas, sejuk, biasa atau pekat.
clear bulbmentol jernihSosiologiTiadaMentol yang bekas kacanya jernih.
clear lamplampu jernihTeknikElektrikLampu filamen yang mentolnya dibuat daripada kaca jernih. Lampu jenis ini mempunyai kilauan yang amat tinggi ini dan kilauan ini mengganggu penglihatan. Sekarang lampu jenis ini jarang digunakan di rumah kecuali untuk lampu suluh atau di tempat yang memerlukan kilauan lebih. Misalnya, lampu untuk projektor lut sinar.
clear liquid dietdiet cecair jernihSains KesihatanTiadaDiet cecair jernih yang diberikan kepada pesakit sebelum dan selepas pembedahan. Contohnya, teh 'O' , kopi 'O' dan minuman glukos.
lucidjernihPerubatanTiadaTiada
lucidusjernihPerubatanTiadaTiada
clarifyjernihPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas