Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ji.ka] | جک

Definisi : , jikalau kata penghubung yg menyatakan syarat (janji), kalau: ~ dibenarkan, tentu saya akan pergi; ~ (se)kiranya seandainya; ® kalau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.ka] | جک

Definisi : , jikalau kata penghubung yg menyatakan syarat (janji); kalau: Saya akan mula bekerja besok ~ tuan membenarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jika (kata tugas)
Bersinonim dengan kalau, sekiranya, seandainya, kalau-kalau, misal kata, katakanlah, senyampang, takdirnya.,

Puisi
 

Makan buah berdulang-dulang,
     Makanan anak si perantau;
Jika tuah berbalik pulang,
     Jika tidak hilang di rantau.


Lihat selanjutnya...(100)
Peribahasa

Jika diturut hati yang geram,
     hilang takut timbul berani.

Bermaksud :

Sebacul-bacul orang apabila telah marah akan menjadi berani.

 

Lihat selanjutnya...(104)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
akasconversePernyataan yang merupakan kebalikan bagi pernyataan yang lain. Contohnya, "Jika A dan B ialah nombor ganjil, maka hasil darab A dengan B ialah nombor ganjil". Akasnya ialah "Jika hasil darab A dengan B ialah nombor ganjil, maka A dan B ialah nombor ganjil".Menengah Atas
penentudeterminantJika A = dan ad - bc ≠ 0, maka penentu bagi A ialah ad - bc. Penentu matriks A disimbolkan dengan |A|.Menengah Atas
antejadianantecedentDalam implikasi "Jika p, maka q", pernyataan p ialah antejadian dan pernyataan q ialah akibat.Menengah Atas
punca kuasa tigacube rootJika a = b × b × b, maka b ialah punca kuasa tiga a. Simbol bagi punca kuasa tiga ialah ∛  . Oleh itu, ∛ a  = b.Menengah Atas
punca kuasa duasquare rootJika a = b × b, maka b ialah punca kuasa dua a. Simbol bagi punca kuasa dua ialah √  . Oleh itu, √ a = b.Menengah Atas
kuasa tigacube"Nilai yang didapati jika satu nombor didarabkan sebanyak 3 kali. Contohnya, kuasa tiga bagi empat ditulis sebagai 4³. 4³ = 4 × 4 × 4 = 64Menengah Atas
hasil tambah puncasum of rootsJika α dan ß ialah dua punca bagi persamaan kuadratik, maka hasil tambah punca ialah α + ß.Menengah Atas
hasil darab puncaproduct of rootsJika α dan ß ialah dua punca bagi persamaan kuadratik, maka hasil darab punca ialah αß.Menengah Atas
sudut positifpositive angleSudut yang terbentuk jika diukur mengikut arah lawan jam bermula dari paksi-x. Lihat rajahMenengah Atas
teorem bakiremainder theoremTeorem yang menyatakan bahawa jika suatu polinomial f(x) dibahagi dengan (x - a), dan a merupakan sebarang nombor nyata, maka bakinya ialah f(a).Menengah Atas
123

Kembali ke atas