Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jika (kata tugas)
Bersinonim dengan kalau, sekiranya, seandainya, kalau-kalau, misal kata, katakanlah, senyampang, takdirnya.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SALAM, SAYA INGIN MEMBUAT PERTANYAAN. JIKA SEKIRANYA SAYA INGIN MEMPERBAHARUI LESEN PAPAN TANDA DAN MEMERLUKAN KELULUSAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, APAKAH YANG PERLU SAYA DILAMPIRKAN ?.. INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK PIHAK KAMI MEMBUAT PERMOHONAN UNTUK PIHAK DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR. TERIMA KASIH

Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, sila kemukakan permohonan tuan/puan melalui Laman web dbpsahbahasa.my dengan memuat naik visual iklan yang hendak disahkan.  Untuk permohonan kali pertama tuan/puan perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. Sila rujuk panduan pendaftaran  dan paparan video yang disediakan melalui laman web tersebut.   

Lain-lain14.01.2021
Percayalah, apa yang dirasakan anda tentang sesuatu perkara itu hasil daripada cara mana anda memikirkan tentang perkara itu. Jika sekiranya anda menukar cara anda berfikir, bermakna anda juga telah mengubah apa yang dirasakan oleh anda. Mereka membincangkan tentang masalah hedonisme yang semakin berleluasa di kalangan remaja dewasa kini walaupun pelbagai-bagai langkah telah kerajaan ambil bagi mengatasi masalah tersebut. Pertanyaan:saya harap encik dapat mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam ayat-ayat di atas beserta dengan alasan-alasannya.Terima kasihSdr, berikut adalah pembetulan yang dapat difikirkan ketika ini. untuk alasannya rujuk buku Tatabahasa Nahu Melayu Mutakhir oleh Prof Datuk Dr. Asmah Hj. Omar .Terima kasih Ejaan yang salah – merialisasikan -merealisasikan Menganalisa - menganalisis Berserta - berserta. Percayalah, apa yang anda rasakan tentang sesuatu perkara itu adalah hasil daripada cara anda memikirkannya. Jika sekiranya anda menukar cara anda berfikir, bermakna anda juga telah mengubah apa yang dirasakan oleh anda. Mereka membincangkan tentang hedonisme yang semakin berleluasa dalam kalangan remaja dewasa kini walaupun pelbagai langkah telah ambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut. Pertanyaan:saya harap encik dapat mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam ayat-ayat di atas berserta dengan alasan-alasannya.Terima kasihTatabahasa26.09.2007
Tuan, Kata sendi seperti demi untuk, dan kata hubung jika sekiranya memang tidak boleh digunakan serentak. Soalan saya bolehkah kita menggunakan kata sendirti 'hingga ke' atau 'hingga kepada' secara serentak untuk tujuan penegasan? Adakah ayat-ayat yang berikut gramatis? Ali masih belum bertaubat hingga ke hari ini. Nasib malangnya berlanjutkan hingga kepada anak isterinya. Sekian, terima kasih. Chan Soon AunPengguna kata sendi nama "hingga ke" berbentuk lewah dan tidak boleh hadir secara berturutan. Sila gunakan salah satu sahaja.  Sila ruku buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 267 dan 284 untuk keterangan lanjut.Tatabahasa08.07.2010
Selamat sejahtera, Adakah "salinan selindung" boleh disingkatkan kepada "SS" atau "SKS" (dijumpai di website Microsoft)? Jika sekiranya tidak, sila nyatakan sekiranya "Bcc" boleh digunakan atau jika pihak DBP mempunyai sebarang cadangan yang lain. Terima kasih.Salinan selindung ialah terjemahan blind carbon copy dan dalam bentuk singkatan ditulis bcc. Sila klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=carbon+copy untuk maklumat lanjut.Tatabahasa20.05.2015
Kekeliruan tentang penggunaan 'kau' (Kata Nama Diri Kedua) dan Kata Kerja dalam ayat misalnya (a) kau balas surat ini. (b) kaubalas surat ini. Antara dua ayat (a) dan (b) manakan yang betul? jika sekiranya 'kau' dan kata kerja bercantum bagaimana dengan contoh 'kauubah' atau 'kau ubah'?...minta penjelasan dengan memberikan contoh yang sesuai.

Kata ganti nama ku dan kau ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya; ku, mu, dan nya ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya. Cara penulisan yang betul bagi pertanyaan puan ialah kaubalas dan kauubah. Sila rujuk Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu.

Tatabahasa04.11.2014
Terima Kasih atas jawapan daripada pihak tuan tentang royaliti novel Desa Pingitan.Namun demikian ada beberapa perkara yang perlu saya maklumkan : 1. Pihak kami perlukan penyata bertulis daripada pihak DBP untuk urusan pihak mahkamah syariah. 2. Selepas ini jika sekiranya ada royaliti untuk novel tersebut,siapakah penama yang boleh menuntut. 3. Bolehkah pihak kami menarik balik hak mencetak daripada DBP untuk Novel tersebut?Mohon waris penulis buku Desa Pingitan menulis surat secara rasmi kepada Ketua Bahagian Harta Intelek Dewan Bahasa dan Pustaka tentang hal ini. Insya-Allah, kami akan uruskan sebaik-baiknya. Lain-lain29.02.2012
saya ingin mengetahui mengenai kosakata dan makna-maknanya. begitu jg dengan peribahasa dan banyak lagi bahasa-bahasa yang tidak dapat dijawab oleh saya sekiranya. anak-anak bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan. saya ingin bantuan pihak tuan, jika sekiranya ada kerja-kerja rumah yg diberikan oleh guru-guru di sekolah anak saya.

Kosa kata ialah keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa atau dinamai juga perbendaharaan kata. Untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang saudara perlukan, sila layari laman web DBP.

Lain-lain02.03.2010
Salam DBP. Saya keliru dengan penggunaan perkataan "HEMAT" dan "JIMAT" seperti ayat di bawah: 1. Belajar Hemat Bayar Pun Jimat 2. Belajar Biar Hemat Bayaran Pun Jimat. 3. Belajar Hemat Bayar Tetap Jimat. Mohon DBP dapat mencadangkan Kosa Kata yang lebih baik jika sekiranya ayat di atas tidak kena pada konteksnya. Terima kasih DBP.Untuk pengesahan visual iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain30.08.2016
Apakah perbezaan penggunaan "jika" dan "sekiranya" dalam ayat? Boleh bagi contoh?Kedua-dua jika dan sekiranya ialah kata penghubung yang boleh bertukar ganti. Contoh ayat: “Pertunjukan itu akan ditangguhkan jika tiada sambutan”. “Pertunjukan itu akan ditangguhkan sekiranya tiada sambutan”.Tatabahasa21.06.2007
salam, saya ingin bertanya. yang manakah ayat yang betul? Justeru itu, pihak kerajaan perlu menyatakan prosedur-prosedur untuk diikuti bagi mendaftarkan kewarganegaraan bagi pihak wanita yang berkahwin dengan warga asing, setelah itu pihak Jawatankuasa Antarabangsa akan menghormati peruntukan tersebut maka reservasi boleh ditarik balik atau Justeru itu, pihak kerajaan perlulah menyatakan prosedur-prosedur untuk diikuti bagi mendaftarkan kewarganegaraan bagi pihak wanita yang berkahwin dengan warga asing, kemudian pihak Jawatankuasa Antarabangsa akan menghormati peruntukan tersebut maka reservasi boleh ditarik balik

Justeru, pihak kerajaan perlu menyatakan prosedur-prosedur yang harus diikuti untuk pendaftaran kewarganegaraan bagi wanita yang mahu berkahwin dengan warga asing. Jika/sekiranya pihak Jawatankuasa Antarabangsa tidak menghormati peruntukan tersebut maka reservasi boleh ditarik balik.

Ejaan03.04.2019
12345678910...

Kembali ke atas