Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ji.lat] | جيلت

Definisi : ; berjilat menghulurkan lidah utk merasai sesuatu; ~ besi menghulurkan lidah mengenai besi hangat (utk menentukan apakah se­seorang itu bersalah ataupun tidak); menjilat 1. merasa (mengambil) makanan dll dgn lidah: susu yg tumpah itu habis dijilat kucing; 2. (bkn api) makin bertambah besar dan mulai memakan: api dr rumah sebelah sudah mulai ~ atap pondok Pak Mat; 3. = ~ pantat Id mengangkat, melakukan sesuatu utk menyukakan hati orang atasan dll (utk mendapat pangkat, pujian, dll); menjilat-jilat menjilat berkali-kali;~ cak Kl, bk mati; ~ tapak tangan ki sesuatu (benda dll) yg diharap-harapkan, tetapi tidak didapatinya; sudah diludah, dijilat kembali prb sudah dicela (dibuang) dipuji (dipungut) kembali; jilatan 1. perihal menjilat; 2. barang apa yg dijilat; penjilat orang yg menjilat (mengangkat se­seorang), tukang angkat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.lat] | جيلت

Definisi : ; menjilat 1 menjulurkan lidah utk merasa atau utk mengambil makanan: Kuching itu ~ susu yg tertumpah. 2 mula memakan (bkn api); menyenggau: Api itu pun segera ~ atap. 3 ki berbuat sesuatu utk mendapat pujian (dinaikkan pangkat dll); mengangkat; mengampu. ~ keluan ki keadaan orang yg kecewa kerana sesuatu yg sangat diharapkannya telah diambil orang. penjilat ki orang yg menjilat; tukang ampu (angkat). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jilat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
salt lickgaram jilatVeterinarTiadaBahan penambah dalam bentuk blok atau bongkah yang mengandungi pelbagai jenis unsur dan digunakan untuk mengatasi masalah kekurangan garam dan pelbagai mineral lain. Bahan ini dijilat sedikit demi sedikit untuk mengelakkan keracunan dan diambil dalam tempoh yang panjang bagi membekalkan nutrien tersebut. Biasanya, bahan ini mengandungi sejumlah besar natrium klorida, fosforus, kalsium, magnesium, kuprum dan unsur-unsur surih yang lain.
correction blockblok pembetulanVeterinarTiadaBahan yang berupa blok garam atau garam jilat yang menampung kekurangan sesuatu nutrien yang telah dikenal pasti. Contohnya, blok kobalt yang mengandungi unsur kobalt akan diberi kepada ternakan yang mengalami kekurangan kobalt. Selain unsur mineral, blok pembetulan juga biasanya mengandungi nutrien-nutrien lain seperti protein, lemak, vitamin dan tenaga. Contohnya, blok multinutrien turut mengandungi nutrien seperti urea, molases dan garam.
iodineiodinVeterinarTiadaSimbol: I. Unsur bukan logam berwarna ungu gelap yang diperlukan sebagai unsur surih pada organisma hidup. Pada haiwan, unsur ini terdapat banyak dalam kelenjar tiroid dan merupakan komponen dalam hormon tiroksin. Walau bagaimananapun, unsur ini tidak digunakan dalam bentuk yang tulen. Selalunya, larutan iodin merupakan ubat luka atau kudis yang mengandungi 2.5% iodin. Kekurangan iodin ditunjukkan melalui simptom goiter (beguk). Keadaan ini boleh diatasi dengan memberikan garam jilat yang mengandungi iodin. Sumber makanan daripada laut seperti mil ikan, mil udang dan silaj ikan mempunyai kandungan iodin yang tinggi.

Kembali ke atas