Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ji.lid] | جيليد

Definisi : 1. jahitan buku; bahagian ~ bahagian dlm per­usahaan percetakan tempat buku di­jahit; tukang ~ tukang yg me­nyusun serta men­jahit lembaran kertas men­jadi buku; 2. penggal atau bahagian buku: ~ kedua drpd buku se­jarah itu masih belum terbit lagi; berjilid disusun (dirangkai-rangkaikan) dan dijahit (kertas dijadikan buku); berjilid-jilid beberapa jilid; menjilid menyusun helaian-helaian (buku dsb) dan menjahitnya sehingga berbentuk buku dsb: kami melihat pekerjaan mengatur huruf, memotong kertas, mengecap, dan ~ buku; jilidan hasil drpd menjilid, gabungan helaian-helaian (buku dsb) yg dijahit sehingga ber­bentuk buku dsb; penjilidan perbuatan (kerja-kerja) menjilid; penjilid 1. tukang jilid; 2. sesuatu yg di­gunakan utk menjilid: mesin ~ buku; gam ~ buku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.lid] | جيليد

Definisi : 1 jahitan buku: tukang ~ orang yg menjahit lembaran kertas menjadi buku. 2 penggal atau bahagian buku: Buku Hikayat Hang Tuah edisi Shellabear terdiri drpd empat ~. berjilid dirangkai-rangkaikan dan dijahit menjadi buku (bkn kertas): Majalah Mastika tahun 1970 sudah ~. menjilid merangkai-rangkaikan dan menjahit lembaran kertas menjadi buku; menjahit buku: ~ majalah. penjilid orang yg menjilid; tukang jilid. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jilid


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya telah membeli Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Buku Aktiviti Tahun 3, Jilid 1 & Jilid 2 dan ingin mendapatkan list jawapan untuk buku-buku berkenaan. Sekian terima kasih. DEC 4TH, 5:26PM Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Terima kasih 1:56PM Vicky Salam. Pegawai yang menjawab talian tidak mengetahui patut sambung saya kepada siapa yang in-charged. Email yang saya hantar pula tidak balasan langsung.Kami telah menghubungi Kedai Buku DBP melalui talian yang diberi. Untuk makluman tuan, Kedai Buku hanya menjual buku teks dan buku aktiviti Bahasa Melayu, manakala senarai jawapan (jika ada) boleh diperoleh melalui Bahagian Buku Teks, kementerian Pendidikan Malaysia.Lain-lain22.12.2015
Vicky Chia Nov 25th, 9:55am Salam, Saya telah membeli Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Buku Aktiviti Tahun 3, Jilid 1 & Jilid 2 dan ingin mendapatkan list jawapan untuk buku-buku berkenaan. Sekian terima kasih.Sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com.Lain-lain25.11.2015
Tuan, saya hendak menanyakan bahawa di mana boleh saya dapatkan buku Bimbingan Pelajar Bahasa Kita Jilid 1 dan Jilid 2 yang ditulis oleh Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim? Saya rasa bahawa mungkin buku ini telah lama wujud, jadi mungkin susah untuk dicari.Untuk makluman puan, buku Bimbingan Pelajar Bahasa Kita bukan diterbitkan oleh DBP. Puan boleh menghubungi syarikat K-Publishing Sdn Bhd berkenaan buku tersebut atau kedai-kedai buku di Malaysia.Lain-lain05.07.2014
Perkataan bahasa melayu asal mengikut pendeta Zaaba. T.K.Sila rujuk buku nukilan Za'ba, iaitu Pelita Bahasa (Jilid 1 dan Jilid 2) dan Ilmu Mengarang Melayu. Kedua-duanya diterbitkan oleh DBP.Lain-lain17.01.2008
Penggunaan Jilid pada rujuk fail sekiranya di singkatkan. Adakah ianya betul jika digunakan begini: Contoh: MPL/N1/1970 Jil. 2 - ( ) atau MPL/N1/1970 Jil 2 - ( ). Adakah perlu meletakkan titik atau tidak perlu. Bagaimana pula sekiranya menggunkan HURUF BESAR. Cth: MPL/N1/1970 JIL. 2 - ( ) atau MPL/N1/1970 JIL 2 - ( ). Terima kasih.Dalam penulisan singkatan perkataan,sama ada huruf kecil atau hurif besar, tanda titik perlu diletakkan seperti MPL/N1/1970 JIL. 2 .Tatabahasa20.08.2013
"Hukuman zina kepada yang bukan muhsan adalah dijilid seratus kali dan dibuang negeri sebagimana firman Allah yang bermaksud" Adakah perkataan jilid dalam ayat di atas sesuai dengan konteks ayat ataupun tiada perkataan jilid yang membawa maksud yang sesuai dalam konteks ayat?Dalam data PRPM kami, maksud perkataan "jilid" merujuk buku yang dijahit dalam proses penerbitan dan tiada maksud lain.  Oleh itu perkataan "jilid" tidak sesuai untuk konteks ayat tersebut. Makna22.04.2016
Untuk jilid al-Quran bercetak: Adakah ditulis "mashaf" atau "mushaf"? Merujuk PRPM, mashaf ialah jilid (naskhah) al-Quran yg bertulis tangan. Sedangkah "mushaf" tidak tercatat dalam PRPM. Perkataan "mushaf" banyak digunakan untuk merujuk kepada al-Quran bercetak. Contohnya: Mushaf Qiyam dan Mushaf al-Quran. Merujuk perkataan Arab, "mushaf" bermaksud al-Quran yang dijilidkan. Mohon pencerahan. Terima kasih.Mashaf dan mushaf merujuk naskhah al-Quran yang bertulis tangan, namun Kamus Dewan merakamkan ejaan mashaf dalam entrinya. Maksud mashaf/mushaf betul jika dirujuk etimologi kata dan sejarah peradaban Islam kerana asalnya salinan al-Quran dalam bentuk tulisan tangan. Dalam konteks al-Quran yang ada mutakhir ini lazimnya ditulis nama al-Kitab itu semata, iaitu al-Quran. Tatabahasa27.04.2015
Selamat petang. Adakah cara menulis rujukan dalam ayat berikut betul? "Sumber China, Buku Dinasti Han, Jilid ke-28, Bab “Geografi” telah merekodkan buat pertama kali laluan laut dari pesisir pantai selatan China ke India melalui Semenanjung Melayu. " Terima kasih.

Kaedah penulisan rujukan yang di cadangkan “Dalam sumber China, Buku Dinasti Han, telah merekodkan buat pertama kali laluan laut dari pesisir pantai selatan China ke India melalui Semenanjung Melayu. "

 Rujukan penuh  seperti  jilid dan bab “Jilid ke-28, Bab “Geografi” boleh ditulis sama ada pada nota kaki atau nota bab. 

Lain-lain14.06.2023
Adakah kereta Proton Saga,(kereta) dikehendaki huruf besar?kalau tidak,mengapa? Dalam Buku Aktiviti Jilid 2(m/s 73),kereta Proton Perdana,(kereta)ditulis huruf kecil.Adakah kereta Proton Saga,(kereta) dikehendaki huruf besar?kalau tidak,mengapa? Dalam Buku Aktiviti Jilid 2(m/s 73),kereta Proton Perdana,(kereta)ditulis huruf kecil.

Perkataan 'kereta' termasuk dalam kategori kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit maka ditulis dengan huruf kecil.  Untuk maklumat lanjut rujuk Tatabahasa Dewan, bab 6- Kata Nama.
Tatabahasa15.01.2013
Assalamualaikum wbt Tuan/Puan, Apakah status terkini penerbitan buku Fiqh & Perundangan Islam, wahbah al-zuhaili, terbitan DBP? Adakah telah diputuskan tidak lagi diterbitkan? Tahun terbitan berapakah telah mula terdapat Jilid 8? Apakah tahun terbitan paling terakhir untuk buku tersebut? Bilakah tarikah buku tersebut telah tidak dijual atau tidak dicetak lagi? Adakah pihak tuan/puan mempunyai stok lama atau buku terpakai yang boleh saya beli? Bagaimana saya boleh perolehi untuk bacaan buku tersebut untuk Jilid 8, saya telah mencari dan tidak ada di perpustakaan sekalipun? Bolehkah tuan/puan cadangkan mungkin ada orang perseorangan yang memiliki Jilid 8 supaya mungkin saya boleh pinjam atau beli dari beliau. Mohon maklum balas Sekian, terima kasihSalam tuan,

Penerbitan buku Fiqh & Perundangan Islam, wahbah al-zuhaili

1.    (soalan 1-2) Untuk makluman tuan, buku Fiqh dan Perundangan Islam tidak dapat diterbitkan semula kerana izin terbit buku tersebut telah tamat. Urusan permohonan izin tebit semula buku tersebut telah diuruskan oleh Bahagian Harta Intelek DBP. Walau bagaimanapun, faktor kos yang tinggi untuk mendapatkan semula izin terbit dan terjemahan beberapa jilid tambahan buku berkenaan menyebabkan penerbitannya terpaksa ditangguhkan.

2.     Tahun terbitan bagi jilid 8 adalah pada tahun 2011.

3.     Tahun terbitan terakhir adalah pada tahun 2011.

4.     DBP tidak lagi dapat membekalkan buku ini kerana sudah tiada stok.

5.     Walau bagaimanapun, tuan boleh mendapatkan buku ini di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP, Kuala Lumpur sekiranya ingin membuat rujukan.

6.     Buku ini boleh diperoleh di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur sebagai buku rujukan sahaja. Tuan boleh menghubungi talian 03-21479000.

7.     Soalan nombor 8: Mohon maaf, kerana di luar pengetahuan kami.


Sekian.
Lain-lain25.10.2021
123456

Kembali ke atas