Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ji.na/] | جينق

Definisi : 1. tidak liar (buas, garang, galak, dll): binatang yg ~; 2. bp tidak takut-takut (malu-malu, segan-segan, dll), ramah: perempuan yg ~; 3. Id tidak bersemangat, tidak revo­lusioner; ~-~ lalat seseorang yg bercampur dgn orang lain tetapi tidak begitu rapat atau mesra; ~-~ merpati perempuan yg ke­lihatannya ramah dan mudah didapat, tetapi apabila didekati menjauhkan diri; berjinak-jinak 1. = berjinak-jinakan be­ramah-tamah, bergaul dgn ramah; 2. ki mengadakan hubungan (pertalian dsb) dgn, bermesra: lambat laun mereka akan mula ~ dgn kedai-kedai lain; semakin hari semakin ramai orang ~ dgn puisi dan madah; menjinaki menegur dgn ramah-tamah, be­ramah-ramah dgn; menjinakkan, memperjinak 1. membuat (melatih dll) supaya jinak: sejak zaman purbakala manusia sudah pandai ~ bina­tang; 2. berusaha supaya menjadi ramah: mereka nampaknya berebut-rebut ~ diri mereka; kejinakan perihal (sifat atau keadaan) jinak: kami leka dgn ~ burung-burung itu; penjinakan perbuatan (usaha dsb) men­jinakkan (binatang): mengikut kajian sejarah, ~ binatang yg ada sekarang ini ke­banyak­annya berlaku di benua Asia dan Eropah; penjinak orang yg menjinakkan binatang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.na/] | جينق

Definisi : 1 tidak liar atau tidak buas (bkn binatang): Binatang yg ~ mudah ditangkap. 2 tidak malu-malu atau tidak takut-takut lagi; ramah: perempuan yg ~. ~-~ lalat tidak begitu rapat atau mesra (bkn pergaulan dsb). ~-~ merpati ramah dan mudah mesra tetapi sukar dipikat (bkn perempuan). berjinak-jinak mencuba-cuba merapatkan diri dgn seseorang dsb; beramah-tamah dgn mesra. menjinaki beramah-tamah dgn (seseorang): Dia pandai ~ orang. menjinakkan melatih sesuatu supaya tidak liar: Manusia sudah lama pandai ~ binatang-binatang spt kerbau, lembu. kejinakan sifat atau keadaan jinak: Kanak-kanak itu hairan melihat ~ haiwan tsb. penjinak orang yg menjinakkan binatang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jinak (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak liar: tidak buas, tidak garang, tidak galak,
Berantonim dengan liar

2. Bersinonim dengan tidak takut-takut: tidak malu-malu, tidak segan-segan, ramah,
Berantonim dengan takut

Kata Terbitan : berjinak-jinak, menjinakkan,

Puisi
 

Ayam denak hujung tualang,
     Hutan batu simpul pulih;
Hak jinak jadi jalang,
     Guna tipu hendak boleh.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Air jernih,
     ikannya jinak.

Bermaksud :

Negeri yang aman dan teratur, rakyatnya berbudi bahasa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila berikan maksud peribahasa berikut: 1) jinak-jinak merpati 2) jinak-jinak lalat 3) berdiri di atas pagar 4) terang-terang tanah 5) menangguk di air keruh 6) mengajar itik berenang 7) berkerat rotan berpatah arang 8) makin murah makin menawar 9) di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung 10) alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan 11) masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak Terima Kasih.

1. perempuan yang kelihatannya ramah dan mudah didapat, tetapi apabila didekati menjauhkan diri. 2. seseorang yang bercampur dengan orang lain tetapi tidak begitu rapat atau mesra. 3. tidak berpihak ke mana-mana 4. pagi-pagi hari ketika tanah mulai kelihatan. 5. mencari keuntungan dll. sementara ada kekacauan.  

bagi peribahasa seterusnya sila rujuk Kamus Simpulan Bahasa Edisi Kedua dan Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Lain-lain05.05.2008
1) Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat di bawah?Mohon pihak tuan jelaskan dengan lebih lanjut kesalahan(jika ada) dalam ayat di bawah. - Sampah-sarap berserakan di tepi bangunan itu. - Kebanyakan haiwan-haiwan di zoo itu jinak-jinak.Ayat pertama betul. Penanda jamak boleh hadir sekali sahaja dalam satu ayat. Ayat yang gramatis ialah "kebanyakan haiwan di zoo itu jinak-jinak".Tatabahasa30.07.2013
Assalamualaikum Saya merupakan penterjemah amatur yang baru berjinak - jinak dalam industri ini SOalnya , saya belum pernah menerbit buku dengan mana - mana syarikat . Apakah pihak DBP punya panduan untuk manuskrip terjemahan untuk dihantar ke pihak penerbit . Terima kasihSalam sejahtera,

Penghantaran manuskrip kepada Dewan Bahasa dan Pustaka

Sesebuah manuskrip untuk tujuan penerbitan buku ilmiah umum kepada DBP perlulah melalui proses kerja seperti ini:

1. Penghantaran manuskrip dialamatkan kepada: Pengarah Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, 50460 Kuala Lumpur.
2. Manuskrip yang diterima akan dinilai secara dalaman bahagian iaitu Jawatankuasa Kualiti Bahagian (JKKB) untuk kelulusan awal kepada peringkat penilaian atau penambahbaikan sesuatu manuksrip, atau manuskrip ditolak.
3. Jika diterima manuskrip itu, maka satu penilaian pakar luar akan dilakukan. Tempoh penilaian bergantung isi kandungan, tahap ilmu dan ketebalan halaman manuskrip.
4. Setelah peringkat penilaian pakar luar, manuskrip itu dimurnikan oleh penulis.
5. Setelah dimurnikan oleh penulis, manuskrip tersebut dinilai oleh Jawatankuasa Penerbitan (JKP) sama ada manuskrip itu layak diterbitkan atau sebaliknya.
6. Jika memperoleh kelulusan JKP, proses penebitan akan dikira selama 9 bulan selepas kelulusan JKP tersebut.
7. 9 bulan tempoh proses penerbitan itu mengambil kira proses antaranya beberapa penyuntingan, pembacaan pruf, penyediaan naskhah sedia kamera dan sebagainya sehingga diterbitkan sebuah buku.


Untuk maklumat dan keterangan lanjut, bolehlah hubungi En. Rusdi Abd Rahman, Bahagian Buku Umum DBP (03-21479430).
Lain-lain15.06.2020
Salam sejahtera Tuan/Puan. Saya ingin bertanya, Bagaimana caranya untuk saya menceburi bidang penulisan? Saya ingin berjinak-jinak dengan bidang ini. Sekian.Mohon menghubungi Siti Irni Yuslinda binti Mosman melalui talian 03-2147 9217 untuk maklumat lanjut.Lain-lain06.08.2017
Nirmala Agung Jan 19th, 11:32pm Salam, saya seorang graduan yang bukan dari bidang bahasa. saya sedang berjinak-jinak untuk menjadi penulis, tujuan saya mengirim pesanan ini adalah untuk menyuarakan kerisauan tentang kandungan kamus dewan. saya berharap kata serapan arab dan inggeris. saya cuma risau nanti bahasa melayu di nusantara ini akan jadi bahasa inggeris pada akademik, sosial dan ekonomi (Malang tidak dapat dielak perkataan Sosial,ekonomi dan akademik adalah serapan dari barat) dan arab pada agama. anak muda-mudi kini semakin hanyut dan hanya tidak sampai sesuku per 100 dari perkataan melayu dari kamus dewan digunapakai. Saya berharap sangat pakar bahasa kembali waras dan sedar tanggungjawab mereka untuk anak cucu melayu di tahun-tahun yang jauh ke dihadapan.. sedangkan penulisan ini pun sudah rosak dengan kata serapan. Sekian,.. Nirmala agungAntara konsep pembentukan istilah ialah mengambil istilah yang ada dalam pelbagai dialek dan kemudiannya barulah bahasa asing. Cara mengejanya adalah mengikut kaedah ilmiah pembentukan istilah. Bahasa Melayu sebagai bahasa yang dinamik tidak terkecuali dalam hal ini dan menerima unsur/pengaruh daripada bahasa luar termasuk bahasa Inggeris atau bahasa yang lain juga mengikut konteks penggunaannya. Walau bagaimanapun proses ini tidaklah dilakukan dengan sewenang-wenangnya, melainkan telah mematuhi syarat pembentukan istilah yang sedia ada.Lain-lain19.01.2015
Apakah istilah Bahasa Melayu untuk 'petting zoo'? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "petting zoo" ialah zoo haiwan jinak.Istilah28.03.2017
Nak tanya. Puisi yang bertajuk Negaraku Permai ciptaan Khadijah Hashim ini merupakan syair ke? Saya tidak berapa jelas perbezaan antara puisi, pantun, gurindam kerana saya baru nak berjinak-jinak.Untuk makluman, pantun, syair, seloka dan gurindam merupakan puisi Melayu tradsional atau puisi lama/klasik. Manakala sajak dikenali sebagai puisi moden.

Pantun terdiri daripada empat baris serangkap. Dua baris awal dikenali sebagai pembayang atau sampiran. dua baris akhir dikenali sebagai isi atau maksud. Manakala rima ujung bagi pantung empat kerat ialah a-b-a-b.

Bagi syair pula mengandungi empat baris serangkap. Keempat-empat baris ini terdiri daripada isi. Rima akhir pula a-a-a-a.

Seloka juga dikenali sebagai puisi tradisional yang disusun secara berangkap. Namun setiap rangkap tidak tetap, justeru rima akhir adalah bebas. Isi seloka biasanya bersifat menyindir atau mengejek seperti Seloka Pak Kaduk.

Gurindam yang juga dikenali sebagai puisi lama hanya terdiri daripada dua baris serangkap. Dalam baris pertama tersimpul fikiran yang berupa soalan. dalam baris kedua pula termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama tadi. Contoh dalam salah satu Gurindam Dua Belas karangan Pujangga Raja Ali Haji, iaitu "Jika ada tidak dilatih/Bila besar bapanya letih"/ Rima akhir pula a-a.

Sajak yang dikenali sebagai puisi moden atau baru adalah bebas daripada peraturan-peraturan penciptaan berbanding puisi Melayu tradsional yang dibincangkan tadi. Oleh itu,  susun baris, rangkap, dan rima adalah berdasarkan tujuan penulis atau penyair. Sifat sajak sedemikian adalah untuk memberi kebebasan kepada penulisnya untuk menyampaikan fikiran dan perasaan dengan cara yang sesuai dengan semangat sesuatu zaman.

Sastera15.04.2020
Salam sejahtera, saya masih kurang pasti untuk membezakan kiasan sandar dengan kiasan terus. Bolehkan Munsyi Dewan menjelaskan perbezaan antara dua jenis kiasan ini dan bagaimanakah untuk membezakannya. Adakah kedua-dua kiasan ini merupakan simpulan bahasa? Sekian, terima kasih.

Tiada maklumat berkaitan dengan kiasan sandar dan kiasan terus dalam pangkalan DBP. Namun daripada maklumat daripada web, kiasan sandar ialah kiasan yang dikaitkan dengan benda lain yang serupa dengan perkara yang dikiaskan. Contohnya :mandi kerbau (mandi seperti kerbau, tidak bergosok dan sebaliknya menambah daki); tidur ayam (tidur tidak lelap betul); pening lalat dan jinak merpati.

Kiasan terus pula ialah kiasan yang menyatakan sesuatu perkara secara terus dengan perkara lain. Contohnya kutu embun (orang yang suka merayau-rayau dengan tidak tentu tujuan pada malam hari), mabuk laut dan naik darah.

Makna08.08.2014

Kembali ke atas