Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jing.ga] | جيڠݢ

Definisi : kuning yg agak kemerah-merahan, oren; kejingga-jinggaan seakan-akan warna jing­ga, hampir menyerupai warna jingga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jing.ga] | جيڠݢ

Definisi : warna kuning yg kemerah-merahan; oren. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jingga


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Soalan: Adakah berwarna jingga juga boleh disebut sebagai berwarna oren? Sekian, terima kasih.Waalaikumussalam,
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud jingga ialah warna kuning yang kemerah-merahan atau oren. Maka warna oren dan jingga adalah sama.
Makna20.04.2016
1-Boleh atau tidak mengunakan partikel -kah dipertengahan ayat ? Meja siapakah itu? Buku siapakah ini? 2-Warna jingga boleh dijelaskan sebagai warna oren atau perlu dijelaskan sebagai kuning kemerah-merahan.1. Partikel -kah boleh digunakan  di pertengahan ayat. Sila rujuk halaman 447, buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

2. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud jingga ialah warna kuning yang kemerah-merahan atau oren. Maka warna oren dan jingga adalah sama.
Tatabahasa12.10.2016
Assalamualaikum, Ada pendapat mengatakan 'oren' bukanlah satu istilah/nama bagi warna. Apa pendapat tuan? Katanya nama bagi oren yang tepat ialah 'jingga'. Tepatkan pendapat itu? Mohon penjelasan tuan. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, (orén) 1. sj buah limau (kulitnya kuning kemerah-merahan) drpd tumbuhan Citrus sinensis; 2. = air ~ air limau; 3. warna kuning kemerah-merahan, jingga.Istilah05.06.2010
Assalamualaikum WBT. Mengapa "carrot" dipadankan dengan kata "lobak merah" yang pada asasnya berwarna jingga jika dilihat dengan mata kasar? Dalam bidang morfologi, "merah" berfungsi sebagai penerang bagi kata nama "lobak". Walaupun begitu, kata "merah" dilihat tidak sesuai untuk menerangkan kata "lobak merah" yang dipadankan dengan "carrot" dalam bahasa Inggeris. Minta penjelasan daripada pihak tuan.Dalam Kamus Dwibahasa: Bahasa Inggeris - Bahasa Malaysia, terbitan DBP, 1979 telah ada perkataan carrot dan diterjemahkan kepada lobak merah, malah Kamus Dewan, terbitan DBP, 1970 telah ada entri lobak dan dimasukkan juga di bawahnya lobak merah. Hal ini bermakna perkataan dan padanan lobak merah bagi carrot telah ada sekian lama tetapi tidak diketahui etimologinya dan sumber rujukan kami tidak menemukan maklumat yang berkenaan.Lain-lain25.09.2021
Rafaad Roslan 10.26 PAGI Salam siang DBP, saya ada mengemukakan pantau tegur bahasa di PRPM, kerana terdapat entri 'murasaki obi' daripada bahasa Jepun yang diterjemahkan oleh PRPM kepada 'sabuk jingga', penterjemahan ini tidak tepat kerana 紫 (murasaki) dalam bahasa Jepun bermaksud 'ungu'.Sepatutunya Istilah Sasar yang tepat ialah 'sabuk ungu' bagi istilah 'murasaki obi'. Tarikh pemantaun adalah pada 7hb Julai 2016, dan sehingga kini masih belum ada kemas kini. Maaf kerana menghubungi Tuan/Puan melalui aplikasi Facebook, segala kerjesama dari pihak DBP amatlah saya hargai. Terima Kasih.Salam sejahtera. Kami mengambil maklum aduan ini dan akan menyerahkan kepada bahagian yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya. Kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan tuan.Lain-lain28.07.2017
Salam..betul/salah ayat-ayat ini dan jelaskan. Terima kasih. 1.Antara acara yang dipertandingkan ialah mewarna dan melukis poster. 2.Apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan. 3.Ayah telah menggali di belakang rumah sebuah perigi batu. 4.Baju kurung moden yang berwarna jingga itu bagi kakak long saya. 5.Benar tepat jawapan tatabahasa yang diberikan oleh murid itu. 6.Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak atas meja Cikgu Ali. 7.Encik Mutu bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sejak tahun lepas. 8.Guru Besar berterima kasih di atas pandangan guru-gurunya. 9.Kata Ustaz lshak kepada anak muridnya,"Yang kekal cuma Allah." 10.Kedua pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin. 11.Kejayaan cemerlang yang diperolehi Mustafa kerana usaha gigihnya. 12.Lain-lain perkara turut dibincangkan dalam mesyuarat PIBG itu. 13.Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya sepinggan kuih seri muka. 14.Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak zat dan protein. 16.Pemandu muda itu menafikan dia memotong garisan berkembar. 17.Seekor lembaga putih pernah dilihat olehnya di teratak usang itu. 18.Semenjak dari hari itu, abangnya tidak pernah lagi datang ke sini. 19.Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh. 20.Siapatah yang suka membuang sampah di kawasan ini.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

  1. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah mewarna dan melukis poster.
  2. Apa-apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan.
  3. Ayah telah menggali sebuah perigi batu di belakang rumah.
  4.  Baju kurung moden yang berwarna jingga itu untuk kak long saya.
  5. Jawapan tatabahasa yang diberikan oleh murid itu tepat.
  6. Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak di atas meja Cikgu Ali.
  7. Encik Mutu bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sejak tahun lepas.
  8. Guru Besar berterima kasih kepada guru-gurunya atas pandangan yang diberikan.
  9. Kata Ustaz lshak kepada anak muridnya,"Yang kekal cuma Allah."
  10. Pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin.
  11. Kejayaan cemerlang yang diperoleh Mustafa kerana usaha gigihnya.
  12. Perkara lain turut dibincangkan dalam mesyuarat PIBG itu.
  13. Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya dengan sepinggan kuih seri muka.
  14. Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak zat dan protein.
  15. Pemandu muda itu menafikan bahawa dirinya memotong garisan berkembar.
  16. Satu lembaga putih pernah dilihat olehnya di teratak usang itu.
  17. Semenjak hari itu, abangnya tidak pernah lagi datang ke sini.
  18. Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh.
  19. Siapalah yang suka membuang sampah di kawasan ini.
Tatabahasa20.01.2015
Salam sejahtera, 1. Apakah perbezaan antara limau dan oren ? 2. Kalau ada perbezaan,bagaimanakah kita dapat menjelaskan perbezaannya kepada murid ? Terima kasih.

"Limau" ialah buah yang berbentuk bulat, bulat leper atau bujur berulas, banyak air dan berasa masam-masam manis atau manis. Terdapat pelbagai jenis limau seperti limau bali, limau nipis, limau purut dan lain-lain lagi. "Oren" pula ialah buah yang sederhana besar, berkulit tebal berwarna jingga, berasa masam-masam manis, biasanya dimakan mentah dan dibuat jus. Secara keseluruhannya, tidak banyak perbezaan antara kedua-duanya.
Tatabahasa27.11.2022
Mohon terjemahkan warna-warna ini di dalam Bahasa Malaysia: Powder blue Mint green Pale green Dusty pink Banana Toffee Beige Pink champagne Burnt orange BrownBerikut ialah cadangan terjemahan sekiranya sesuai dengan konteks penggunaan:

i. Powder blue - Biru serbuk
ii. Mint green - Hijau pudina
iii. Pale green - Hijau pucat
iv. Dusty pink - Merah jambu pudar
v. Banana toffee - Perang muda
vi. Beige pink - Merah jambu kuning air
vii. Champagne burnt - Merah tua perang
viii. Orange brown - Perang jingga
Makna29.01.2021

Kembali ke atas