Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ji.ran] | جيرن

Definisi : orang yg tinggal berhampiran dgn rumah seseorang, tetangga: ~nya ialah keluarga Cina yg telah memeluk agama Islam; kawan se~ kawan-kawan yg rapat; berjiran tinggal berhampiran dgn rumah seseorang, bertetangga; negeri-negeri yg ~ negeri-negeri yg berhampiran (berdekatan); berjirankan 1. mempunyai seseorang sbg jiran: mereka ~ keluarga Melayu yg prihatin; 2. ki mempunyai sesuatu tempat (kawasan, daerah dsb) sbg kawasan yg berdekatan atau bersebelahan: sebuah kawasan perumahan yg ~ Putrajaya dan Cyberjaya; kejiranan yg berhubungan dgn jiran atau hidup sbg jiran: pertalian sejarah dan ~ adalah amat penting dan perlu diambil kira dlm sebarang usaha promosi dlm ASEAN; jalinan ~ antara keluarga di kawasan setinggan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.ran] | جيرن

Definisi : orang yg tinggal berhampiran dgn rumah sendiri; tetangga. berjiran tinggal berhampiran dgn; bertetangga: Saya ~ dgn Cik Kamariah. Negara-negara yg ~ haruslah berbaik-baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jiran (kata nama)
Bersinonim dengan tetangga, orang sebelah rumah;,
Kata Terbitan : berjiran, kejiranan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Ising modelmodel IsingFizikModenModel kasar bagi bahan feromagnet atau sistem yang serupa, yang digunakan untuk mengkaji peralihan fasa. Atom-atom dalam satu, dua, atau tiga dimensi bersaling tindak melalui gandingan Ising antara jiran-jiran terdekat dan komponen spin atom berganding dengan medan magnet seragam.
haqq jiwarhak jiranPerniagaan IslamTiadaKekuasaan yang dibenarkan oleh syarak pada individu atau entiti terhadap jiran. Contohnya, kawasan perumahan teres, kediaman bertingkat atau kawasan perindustrian yang berhampiran dengan kawasan kediaman. Perlindungan daripada ditimpa kemudaratan ialah hak jiran dan sekiranya berlaku musibah, pihak yang mengalami kerugian berhak menuntut ganti rugi.
Anycastsiar jiranTeknologi MaklumatTiadaPenghantaran isyarat kepada penerima yang terdekat dalam kumpulan dengan penyiar. Contohnya hos akan menghantar isyarat seperti jadual laluan kepada penerima yang terdekat dengan penyiar. Penerima yang menerima jadual laluan tersebut bertanggungjawab untuk menyiar semula jadual laluan tersebut kepada penerima tedekat dalam kumpulan. Kaedah ini digunakan dalam protokol Internet IPv6 versi 5. Banding siaran, multisiar.
neighbouring countrynegara jiranGeografiTiadaTiada
neighbouring atomatom jiranKimiaTiadaTiada
nearest-neighbour analysisanalisis jiran terdekatGeografiTiadaTiada
nearest neighbour indexindeks jiran terdekatGeografiTiadaTiada
nearest neighbour frequencyfrekuensi jiran terdekatKimiaTiadaTiada
good neighbour policypolisi jiran baikGeografiTiadaTiada
vicinal isolationpemencilan luar jiranSosiologiTiadaTiada
12345

Kembali ke atas