Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ji.sim] | جيسيم

Definisi : Ar 1. isi segala benda yg tidak bernyawa; 2. (Fiz) kuantiti jirim dlm benda yg tidak bernyawa yg tidak tertakluk pd graviti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.sim] | جيسيم

Definisi : kumpulan jirim yg tidak mempunyai bentuk tetap dan merupakan jumlah isi sesuatu benda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jisim
Bahasa Asal :Arab
Rujuk :jasad


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
jisimmassKuantiti jirim dalam sesuatu jasad. Jisim berbeza daripada berat kerana jisim tidak dipengaruhi oleh graviti. Jisim disukat dalam unit kilogram, kg.Menengah Rendah
jisimmassKuantiti jirim dalam jasad. Kuantiti ini tetap, tidak kira sama ada jasad tersebut berada di bumi, di bulan, atau di planet lain. Jisim berbeza daripada berat kerana jisim bebas daripada pengaruh graviti. Jisim disukat dalam unit kilogram.Menengah Atas
jisim atom relatifrelative atomic massJisim purata satu atom sesuatu unsur berbanding dengan jisim satu atom karbon-12.Menengah Atas
spektrometer jisimmass spectrometerAlat untuk menentukan jisim atom relatif sesuatu atom unsur. Dalam spektrometer jisim, suatu campuran ion positif bergerak dengan halaju yang sama melalui medan magnet, yang akan memesongkan ion positif tersebut. Lihat RajahMenengah Atas
jisim molekul relatifrelative molecular massJisim purata satu molekul sesuatu bahan berbanding dengan 112 jisim satu atom karbon-12.Menengah Atas
jisimmassJumlah jirim dalam jasad, tanpa bentuk yang tertentu. Jisim merupakan jumlah isi padu sesuatu benda. Contohnya, jisim buku ialah 100 gram. Lihat RajahSekolah Rendah
prinsip keabadian jisimlaw of conservation of massPrinsip yang menyatakan bahawa jumlah jisim bahan sebelum berlakunya perubahan kimia, iaitu bahan tindak balas, adalah sama dengan jumlah jisim bahan sesudah berlakunya perubahan kimia, iaitu hasil tindak balas.Menengah Atas
unit jisim atom (u.j.a)atomic mass unit (a.m.u)Unit yang digunakan untuk menyatakan jisim sesuatu atom, yang bersamaan dengan 112 jisim atom karbon-12.Menengah Atas
jisim molarmolar massJisim satu mol bahan dalam unit gram per mol.Menengah Atas
makromolekulmacromoleculeMolekul yang mempunyai jisim molekul yang sangat besar. Makromolekul juga biasanya merujuk kepada polimer yang mempunyai jisim molekul yang tinggi. Contohnya, protein dan asid nukleik.Menengah Atas
1234

Kembali ke atas