Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ji.wa] | جيوا

Definisi : 1. nyawa, roh (yg ada dlm tubuh manusia); berhutang ~ berhutang nyawa (kerana membunuh orang lain); melayang ~nya mati; membuang ~ membunuh diri; merentang ~ hampir akan mati; putus ~ mati; 2. batin (perasaan, fikiran, cita-cita, dll yg terkandung dlm hati manusia): buku itu mencerminkan ~ pengarangnya; ilmu ~ pengetahuan me­nge­nai batin manusia, psikologi; penyakit ~ penyakit batin (gila dll); 3. benda atau orang yg memberi kegiatan serta semangat kpd sesuatu pertubuhan dll: dialah yg merupakan ~ pergerakan pemuda di kampung itu; 4. buah hati, kekasih: oh ~ku, hanya engkau seoranglah yg kucintai; 5. penjodoh bilangan dlm menghitung penduduk, orang: kampung ini mempunyai beberapa ratus ~ penduduk; cacah ~ = pencatatan ~ penghitungan jumlah penduduk, banci; 6. maksud yg sebenarnya, maksud yg tersirat: segala tindakan yg diambil haruslah sesuai dgn ~ perjanjian per­sahabatan yg telah ditandatangani itu; ~ bergantung di hujung rambut prb dlm ke­adaan yg sangat berbahaya; bertukar ~ dgn semangat prb sedang berkasih-kasihan; sejiwa keadaan hubungan yg sangat bulat dan sepakat: sehati ~; berjiwa 1. mempunyai jiwa, bernyawa, hidup: dijumpainya di tepi sungai tubuh yg tidak ~; 2. bersemangat: banyak pegawai yg masih ~ penjajah; bahasa kebangsaan sbg alat utk membina kesatuan nasional serta mewujudkan warganegara ~ Malaysia; ~ besar a) mempunyai sifat tidak mahu di­kuasai (dipengaruhi dll) orang; b) mem­punyai cita-cita yg mulia dgn tidak segan memberi pengorbanan; ~ kecil lwn berjiwa besar; ~ rakyat bersemangat kuat utk me­nolong rakyat; menjiwai memberi jiwa (semangat, hidup) kpd: semangat dan perjuangannya telah ~ seluruh pergerakan itu; kejiwaan kerohanian, kebatinan: ini agak pelik kalau ditilik dr sudut ~ orang Melayu; sebenarnya gejala-gejala buruk daripadanya adalah besar sekali baik dr segi kejasmanian mahupun dr segi ~; kesejiwaan perihal atau keadaan sejiwa: percampuran dan ~ kata-kata; penjiwaan perihal menjiwai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.wa] | جيوا

Definisi : 1 roh yg ada dlm tubuh manusia; nyawa: ~ melayang mati; membuang ~ membunuh diri. 2 seluruh kehidupan batin manusia; perasaan atau fikiran batin manusia: Cerpen itu menggambarkan ~ pengarangnya. ilmu ~ pengetahuan ttg batin manusia; ilmu psikologi; sakit ~ sakit batin atau gila. 3 orang yg dikasihi; buah hati; kekasih. berjiwa 1 mempunyai jiwa; bernyawa; hidup: Orang tua itu sudah tidak ~ lagi. 2 bersemangat: Anaknya yg pertama ~ pahlawan tetapi anak yg kedua ~ seni. ~ besar mempunyai cita-cita yg tinggi dan sentiasa bersikap terbuka kpd ilmu atau kebenaran. ~ hamba mempunyai pegangan hidup yg sempit (sentiasa tunduk kpd sesuatu kuasa atau kehendak orang lain) sehingga tidak terbuka kpd ilmu atau kebenaran. ~ kecil a. mempunyai pegangan hidup yg sempit dan sentiasa berusaha mempertahankan segala pendapat dan tindakannya walaupun terbukti salah (dan memandang sepi terhadap pendapat orang lain walaupun benar). b. suka membesar-besarkan perkara yg remeh-temeh atau yg tidak penting. menjiwai memberi jiwa (semangat) kpd; menghidupkan: Hasan ~ watak penjahat yg diserahkan kpdnya. kejiwaan hal-hal mengenai jiwa; kerohanian; kebatinan. penjiwaan perbuatan atau hal menjiwai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jiwa (kata nama)
1. Bersinonim dengan nyawa: roh, semangat, atma, sukma, tubuh halus,
Berantonim dengan jasad

2. Bersinonim dengan batin: rohani, urat nadi, punca hidup,
Berantonim dengan zahir

3. Rujuk kasih kekasih

Kata Terbitan : berjiwa, kejiwaan,

Puisi
 

Baju putih bukanlah kebaya,
     Pakai hias Baba Melaka;
Hilang jiwa tidak mengapa,
     Asalnya boleh berjumpa mata.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Bertukar jiwa dengan semangat.

Bermaksud :

Sedang berkasih-kasihan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
solace n 1. comfort in grief or distress, ketenangan (jiwa): he found ~ in prayer, dia mendapat ketenangan jiwa dgn bersembahyang; he sought ~ in his work, dia mencari ketenangan jiwa melalui kerjanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heartachen seksaan jiwa, penderitaan batin: the ~ of unrequited love, seksaan jiwa akibat cinta yg tdk berbalas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
psychen jiwa: it’s not easy to fathom the human ~, tdk mudah utk memahami jiwa manusia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
soul 2. deep feelings, jiwa; (expressed in works of art etc) mengusik jiwa: only the ~ of an artist can appreciate this, hanya orang yg berjiwa seni sahaja tahu menghargainya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
body~ and soul, (seluruh) jiwa raga: he flung himself into the project ~ and soul, dia menceburkan diri dlm projek itu dgn seluruh jiwa raganya; heavenly bodies, cakerawala; keep ~ and soul together, menyara hidup: she hardly earns enough to keep ~ and soul together, pendapatannya hampir tdk mencukupi utk menyara hidup; to have ~, (of wine, whisky, etc), (full-bodied) sedap dan berperisa; (strong) kuat perisanya; in a ~, bersama-sama, dlm satu kelompok: they marched to the town hall in a ~, mereka berjalan bersama-sama ke dewan bandaran; over my dead ~, langkah mayatku dulu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
single-minded adj sepenuh jiwa raga; (of person) semata-mata mempunyai satu tujuan: a ~ search for the truth, mencari kebenaran dgn sepenuh jiwa raga;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shell shockn /renjatan jiwa, gangguan saraf/ (akibat peperangan): many of the soldiers were suffering from ~ after the battle, ramai askar yg mengalami renjatan jiwa akibat peperangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heartput o’s ~ and soul into, menumpukan seluruh jiwa raga thdp: he put his ~ and soul into welfare work, dia menumpukan seluruh jiwa raganya thdp kerja-kerja kebajikan; set o’s ~ on, a. (st) berkenan pd: if you’ve set your ~ on this house, we won’t look any further, jika kamu sudah berkenan pd rumah ini, tdk perlu kita mencari-cari lagi; b. (doing st) /benar-benar, betul-betul/ berhasrat utk : she has set her ~ on becoming a doctor, dia benar-benar berhasrat utk menjadi doktor; o’s ~ is not in st, hati sso tdk sepenuhnya pd sst: his ~ is not in his work, hatinya tdk sepenuhnya pd kerjanya; take ~, jangan putus asa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
soul 5. (of nation, people, etc) jiwa: no other book has captured the ~ of the Kalahari nomads like this, tdk ada buku yg telah dapat menghayati jiwa kaum nomad Kalahari spt buku ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
soul paintings that are flawless but lack ~, lukisan-lukisan yg tdk ada cacat-celanya tetapi tdk mengusik jiwa; ~ music, muzik yg mengusik jiwa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas