Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jual] | جوال

Definisi : bp = berjual, menjual; ~ lagak me­nunjuk-nunjukkan lagak, (berlagak) som­bong; ~ mahal tidak mudah atau segera menerima atau menyetujui sesuatu; ~ murah a) menjual barang dgn potongan harga yg banyak; b) mudah atau lekas menerima atau menyetujui sesuatu; harga ~ harga barang tertentu yg dijual; berjual 1. mencari rezeki (nafkah, pen­da­patan, dsb) dgn memperniagakan sesuatu, berniaga: di Taiping banyak orang yg ~ nasi di tepi jalan; 2. Mn sudah (akan) dijual: kain-kain tiada ~ lagi; berjualan (bkn beberapa atau ramai bilangan peniaga) berniaga, berdagang: di situ ramai juga orang ~; menjual menukar barang dgn wang (memberi barang utk mendapat wang): seorang pegawai Inggeris pernah melihat buku itu dan di­mintanya aku ~ buku tersebut kepadanya; ~ akad menjual dgn perjanjian; ~ aksi Id = ~ lagak (tampang) terlalu berlagak mem­peragakan diri; ~ bangsa mengkhianati bangsa dan negara sendiri; ~ bicara = ~ omong Id pandai bercakap sahaja tetapi tidak berbuat apa-apa; ~ diri bp melacur; ~ kepala a) mem­buat sesuatu hanya utk faedah orang lain; b) menjadi askar sewaan; ~ lepas = ~ mutlak men­jual tanpa sesuatu perjanjian (tidak boleh ditebus lagi); ~ muka = ~ rupa mencari nafkah dgn menunjukkan rupa kpd orang ramai; ~ nama menggunakan nama orang utk ke­pentingan sendiri dll; ~ rugi menjual barang dgn menanggung rugi; ~ petai hampa = ~ tangkai cangkul sekah = ~ tangkai pangkur dedap prb percakapan yg tidak ada kebenarannya, omong kosong; dijual dahulu maka dibeli = telah dijual, maka dibeli prb difikirkan dahulu masak-masak, barulah dikerjakan; menjuali acap kali menjual, banyak barang yg dijual; menjualkan menjual sesuatu utk orang lain: jikalau nenek hendak ke dalam, tolonglah jual­kan beta cincin ini; terjual 1. sudah dijual: semua barang dagang­an di kedai itu habis ~; 2. sahaja hendak dijual;~ terbeli prb Mn apa yg dikehendaki drpd orang lain hendaknya berani pula dikerjakan sendiri; jualan 1. barang-barang yg dijual, dagangan: hasil tanamannya adalah utk ~; 2. berjualan; ~ garaj jualan barang-barang peribadi yg sudah digunakan, di kawasan rumah seseorang (biasanya di garaj); ~ lambak jualan pelbagai barang, biasanya dgn harga yg murah; ~ langsung jualan sesuatu barangan secara terus oleh pengedar kpd pengguna; ~ lelong jualan sesuatu barangan dgn harga yg sangat murah, biasanya si penjual memanggil-manggil pe­langgan; ~ murah jualan barang-barang dgn tawaran potongan harga yg agak banyak; ~ penghabisan stok jualan yg dilakukan utk menghabiskan stok barang di sesebuah kedai, pasar raya dsb, biasanya dgn harga yg lebih murah drpd harga biasa; ~ singkat (Eko) jualan saham yg dilakukan oleh penspekulasi utk saham yg tidak dimilikinya bagi tujuan men­dapatkan keuntungan; ~ tender jualan barang dsb dgn cara membuat tawaran harga; penjualan 1. perbuatan (kerja) menjual: ada kemungkinan ~ candu akan dihalalkan oleh kerajaan; 2. Id tempat menjual: ~ karcis (garam dll); penjual orang yg menjual sesuatu: ~ akhbar; ~ bangsa pengkhianat kpd nusa dan bangsa; menteri ~ ark pegawai negeri yg diberi tugas menjual candu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jual] | جوال

Definisi : ; berjual berpencarian dgn memperniagakan sesuatu; berniaga; berdagang: Bapanya ~ nasi lemak di perhentian bas. ~ beli menjual dan membeli barang-barang; berniaga. menjual memberikan barang dgn mengambil wang: Pekedai itu ~ barang-barangnya dgn harga yg berpatutan. ~ nama memakai nama orang utk kepentingan sendiri atau utk menipu. menjualkan menjual sesuatu utk orang lain. terjual telah atau dpt dijual. jualan barang-barang yg dijual; dagangan. ~ langsung cara menjual sesuatu barangan secara terus oleh pengedar kpd pengguna. penjualan perbuatan atau hal menjual: ~ rumah-rumah mewah agak lembap sekarang. penjual orang yg menjual. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jual

Puisi
 

Kalau ubi hendak dijual,
     Jual sekali pegaga di sawah;
Berdetak di hati terbit kesal,
     Manalah terduga akannya padah.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Laksana cempedak mambung,
     pulur saja jual tak laku.

Bermaksud :

Perempuan gemuk yang tidak disukai orang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara "dagang" dan "jual"? Adakah "sold and traded" boleh diterjemah kepada "dijual-beli"?Jual lazimnya diterjemahkan daripada sale/sold, manakala dagang ialah terjemahan trade/commerce. Berdasarkan konteks penggunaan, kita boleh lihat perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan berkenaan. Jual digunakan dalam konteks yang lebih umum, manakala dagang dalam konteks yang lebih khusus dalam skala yang lebih besar.Penyemakan dan penterjemahan25.01.2020
Melalui semakan kami, “stamp vending machine” dalam PRPM ialah “mesin jual setem” dan terdapat juga padanan bagi “vending machine” ialah “mesin layan diri”. Oleh itu, adakah istilah “water-vending machine” ialah “mesin jual air” atau “mesin air layan diri”? Apakah pula padanan bagi “machine-vended water”? Adakah “vended water” pula ialah air daripada mesin tersebut? Bagaimana pula dengan padanan bagi istilah “self-service machine”? Adakah padanan bagi “bottler” dalam ayat di bawah ini iaitu “pembotol” adalah betul? “machine-vended water” means any water that is dispensed by a water-vending machine, which is not placed by a bottler in sealed containers for human consumption. “air daripada mesin jual air” ertinya apa-apa air yang didispens oleh mesin jual air, yang tidak diletakkan oleh pembotol di dalam bekas kedap untuk kegunaan manusia.”.

Kami mencadangkan water vending machine diterjemahkan sebagai mesin air layan diri, manakala machine vended water diterjemahkan sebagai air mesin layan diri. Bagi istilah bottler, puan boleh merujuk cadangan kami sebelum ini.

Kami mencadangkan sebaiknya puan menghubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia (PPM) melalui telefon 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com atau Institut Terjemahan dan Buku Malaysia untuk membantu pihak puan. Terima kasih.

Penyemakan dan penterjemahan27.07.2021
Salam sejahtera, pertanyaan saya: Ayah contoh - "Apabila En. Ahmad jual rumah kepada Siva" adakah perkataan JUAL di sini betul dan gramatis, atau perlu ditulis "menjual" ?
Ayat yang lebih gramatis ialah "Apabila En. Ahmad menjual rumah kepada Siva".
Tatabahasa23.04.2024
Apakah istilah bahasa Melayu untuk trade-in, iaitu proses pertukaran jual barang semasa pembelian barang. Contohnya jual kereta lama untuk beli kereta baharu, kita akan trade-in kereta lamaIstilah bahasa Melayu untuk "trade-in" ialah tukar beli.Istilah11.09.2013
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "vended water". Adakah tepat ia dipadankan sebagai "air daripada mesin jual air". Selain itu, kami ingin memohon nasihat sama ada terjemahan ayat di bawah ini adalah betul dari aspek tatabahasa dan penggunaan perkataan seperti perkataan "mendispens" dan "didispens". Vended water 360c. (1) For the purpose of this regulation— “water-vending machine” means any self-service machine that upon insertion of a coin, token or by any other means automatically dispenses unit volume of water for drinking or other purposes involving a likelihood of the water being consumed by human; and “machine-vended water” means any water that is dispensed by a water-vending machine, which is not placed by a bottler in sealed containers for human consumption. Air daripada mesin jual air 360c. (1) Bagi maksud peraturan ini— “mesin jual air” ertinya apa-apa mesin layan diri yang apabila dimasukkan syiling, token atau melalui apa-apa cara lain akan secara automatik mendispens unit isi padu air untuk diminum atau kegunaan lain yang melibatkan kemungkinan air itu diminum oleh manusia; dan “air daripada mesin jual air” ertinya apa-apa air yang didispens oleh mesin jual air, yang tidak diletakkan oleh pembotol di dalam bekas kedap untuk kegunaan manusia.

Untuk makluman, tiada istilah khusus untuk vended water. Walau bagaimanapun, cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah vended water ialah mesin air layan diri, manakala bagi perkataan mendispens dan didispens boleh digunakan dalam ayat seperti yang berikut:

1. Mesin jual air - Apa-apa mesin air layan diri yang apabila dimasukkan syiling, token atau melalui apa-apa cara lain akan secara automatik dapat mendispens unit isi padu air untuk diminum atau kegunaan lain yang melibatkan kemungkinan air itu sedia diminum oleh manusia.

2. Air daripada mesin jual air - Apa-apa air yang didispens oleh mesin air layan diri, yang tidak diletakkan oleh pembotol di dalam bekas kedap untuk kegunaan manusia.

Istilah18.07.2021
salam sejahtera saya ingin menyemak perkara berikut untuk kepastian. 1) Jika perkataan "Jadi" digunakan di awal ayat, perlukah diikuti dengan koma? Contohnya, "Jadi, kita perlu makan epal" atau tidak perlu koma? 2) Apakah beza penggunaan "jual" dan "menjual" dalam konteks ini - "Ali jual kereta kepada Ahmad" atau "Ali menjual kereta kepada Ahmad", adakah kedua-duanya betul?

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 851, perkataan “jadi” bermaksud berhasil, berjaya, dan banyak lagi maksud yang dirakamkan dalam kamus. Perkataan ‘jadi” tidak tergolong dalam kategori penanda wacana. Oleh itu, perkataan “jadi” tidak boleh digunakan pada awal ayat. Contoh ayat yang diberikan dalam soalan adalah tidak tepat. Ayat tersebut perlu dilengkapkan dengan ayat sebelumnya. Contohnya, “Kita telah kehabisan bekalan makanan, jadi kita perlu makan buah epal.” Tanda koma lazimnya digunakan sebelum perkataan “jadi”.

SOALAN 2.

Perkataan “menjual” merupakan kata kerja terbitan daripada kata dasar “jual” yang menerima awalan meN- yang membawa maksud perbuatan menjualkan atau menukar barang dengan wang. Oleh yang demikian, ayat “Ali menjual kereta kepada Ahmad” adalah gramatis dan boleh digunakan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 151 dan laman web https://prpm.dbp.gov.my/




Tatabahasa17.04.2024
Zainal Abidin ada jual buku teks tak? mana saya blh beli secara onlineTerima kasih saudara Zainal Abidin. Moga saudara dan keluarga dilingdungi Allah. Ada. Boleh layari laman seswang ini http://prpm.dbp.gov.my/ pada pautan e-NiagaLain-lain20.01.2014
MAKSUD PERIBAHASA SEPERTI MUARA JUAL KUALABoleh rujuk Buku Kamus Peribahasa Kontemporari tulisan Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, terbitan PTS Publications atau buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain21.09.2007
Sukado Nald 17:49 DBP ade jual buku ni x?Salam dan salam sejahtera, Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasihLain-lain08.11.2016
assalam.. saya nak tanya ada tak jual buku teknologi pembinaan yang ditulis oleh tan boon tong.?Waalaikumussalam wrt. Terima kasih bersahabat dengan DBP. Mohon jasa baik saudara untuk menjadikan http://prpm.dbp.gov.my/ pada capaian e-Niaga untuk mencari buku tersebut. Moga dengan matlamat ini dapat membantu saudara. SEkian.Lain-lain05.04.2014
123456

Kembali ke atas