Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jual] | جوال

Definisi : bp = berjual, menjual; ~ lagak me­nunjuk-nunjukkan lagak, (berlagak) som­bong; ~ mahal tidak mudah atau segera menerima atau menyetujui sesuatu; ~ murah a) menjual barang dgn potongan harga yg banyak; b) mudah atau lekas menerima atau menyetujui sesuatu; harga ~ harga barang tertentu yg dijual; berjual 1. mencari rezeki (nafkah, pen­da­patan, dsb) dgn memperniagakan sesuatu, berniaga: di Taiping banyak orang yg ~ nasi di tepi jalan; 2. Mn sudah (akan) dijual: kain-kain tiada ~ lagi; berjualan (bkn beberapa atau ramai bilangan peniaga) berniaga, berdagang: di situ ramai juga orang ~; menjual menukar barang dgn wang (memberi barang utk mendapat wang): seorang pegawai Inggeris pernah melihat buku itu dan di­mintanya aku ~ buku tersebut kepadanya; ~ akad menjual dgn perjanjian; ~ aksi Id = ~ lagak (tampang) terlalu berlagak mem­peragakan diri; ~ bangsa mengkhianati bangsa dan negara sendiri; ~ bicara = ~ omong Id pandai bercakap sahaja tetapi tidak berbuat apa-apa; ~ diri bp melacur; ~ kepala a) mem­buat sesuatu hanya utk faedah orang lain; b) menjadi askar sewaan; ~ lepas = ~ mutlak men­jual tanpa sesuatu perjanjian (tidak boleh ditebus lagi); ~ muka = ~ rupa mencari nafkah dgn menunjukkan rupa kpd orang ramai; ~ nama menggunakan nama orang utk ke­pentingan sendiri dll; ~ rugi menjual barang dgn menanggung rugi; ~ petai hampa = ~ tangkai cangkul sekah = ~ tangkai pangkur dedap prb percakapan yg tidak ada kebenarannya, omong kosong; dijual dahulu maka dibeli = telah dijual, maka dibeli prb difikirkan dahulu masak-masak, barulah dikerjakan; menjuali acap kali menjual, banyak barang yg dijual; menjualkan menjual sesuatu utk orang lain: jikalau nenek hendak ke dalam, tolonglah jual­kan beta cincin ini; terjual 1. sudah dijual: semua barang dagang­an di kedai itu habis ~; 2. sahaja hendak dijual;~ terbeli prb Mn apa yg dikehendaki drpd orang lain hendaknya berani pula dikerjakan sendiri; jualan 1. barang-barang yg dijual, dagangan: hasil tanamannya adalah utk ~; 2. berjualan; ~ garaj jualan barang-barang peribadi yg sudah digunakan, di kawasan rumah seseorang (biasanya di garaj); ~ lambak jualan pelbagai barang, biasanya dgn harga yg murah; ~ langsung jualan sesuatu barangan secara terus oleh pengedar kpd pengguna; ~ lelong jualan sesuatu barangan dgn harga yg sangat murah, biasanya si penjual memanggil-manggil pe­langgan; ~ murah jualan barang-barang dgn tawaran potongan harga yg agak banyak; ~ penghabisan stok jualan yg dilakukan utk menghabiskan stok barang di sesebuah kedai, pasar raya dsb, biasanya dgn harga yg lebih murah drpd harga biasa; ~ singkat (Eko) jualan saham yg dilakukan oleh penspekulasi utk saham yg tidak dimilikinya bagi tujuan men­dapatkan keuntungan; ~ tender jualan barang dsb dgn cara membuat tawaran harga; penjualan 1. perbuatan (kerja) menjual: ada kemungkinan ~ candu akan dihalalkan oleh kerajaan; 2. Id tempat menjual: ~ karcis (garam dll); penjual orang yg menjual sesuatu: ~ akhbar; ~ bangsa pengkhianat kpd nusa dan bangsa; menteri ~ ark pegawai negeri yg diberi tugas menjual candu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jual] | جوال

Definisi : ; berjual berpencarian dgn memperniagakan sesuatu; berniaga; berdagang: Bapanya ~ nasi lemak di perhentian bas. ~ beli menjual dan membeli barang-barang; berniaga. menjual memberikan barang dgn mengambil wang: Pekedai itu ~ barang-barangnya dgn harga yg berpatutan. ~ nama memakai nama orang utk kepentingan sendiri atau utk menipu. menjualkan menjual sesuatu utk orang lain. terjual telah atau dpt dijual. jualan barang-barang yg dijual; dagangan. ~ langsung cara menjual sesuatu barangan secara terus oleh pengedar kpd pengguna. penjualan perbuatan atau hal menjual: ~ rumah-rumah mewah agak lembap sekarang. penjual orang yg menjual. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jual

Puisi
 

Kalau ubi hendak dijual,
     Jual sekali pegaga di sawah;
Berdetak di hati terbit kesal,
     Manalah terduga akannya padah.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Laksana cempedak mambung,
     pulur saja jual tak laku.

Bermaksud :

Perempuan gemuk yang tidak disukai orang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bai‘ fasidjual beli fasid/jual beli tak sahPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli yang pada asalnya mengikut syarat dan rukun jual beli tetapi kemudian terdapat pelanggaran syarat dan rukun jual beli tersebut. Contohnya, pembeli menerima produk yang telah rosak. Oleh itu, pembeli berhak mendapat ganti rugi atau menamatkan jual beli. Mengikut mazhab Syafii, jual beli ini dianggap batal. Lihat juga bai‘ batil.
bai‘ batiljual beli batalPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli yang pada asalnya tidak menepati syarat dan rukun jual beli. Jual beli ini tidak sah di sisi syarak kerana wujud unsur penipuan.
bai‘ ghararjual beli gharar/jual beli tak pastiPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli yang melibatkan ketidakpastian pada produk atau harga. Contohnya, menjual produk yang belum pasti wujud, spesifikasi produk tidak jelas, tidak mampu menyerahkan produk kepada pembeli dan harga tidak ditentukan. Jual beli ini tidak sah kerana salah satu pihak mengalami kerugian. Lihat juga gharar.
بيع العربونjual bercengkeram/jual bercagarAgama IslamFiqhJualan yang didahulukan dengan cengkeram yang diberikan kepada penjual sebelum akad.
bai‘ salamjual beli salamPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli yang dilakukan dengan bayaran tunai semasa akad, manakala penyerahan produk ditangguhkan. Jual beli salam hanya bagi produk yang dapat disifatkan secara tepat dari segi bentuk, bilangan, jenis, kualiti dan bukan daripada produk jenis ribawi. Jual beli tempahan juga termasuk dalam jual beli salam sekiranya bayaran diserahkan terlebih dahulu dan produk yang ditempah diterima kemudian. Sekiranya produk belum ada dan tidak yakin boleh disediakan, jual beli ini ditegah dan dikenali sebagai bai‘ ma‘dum. Jual beli salam merupakan pengecualian daripada prinsip am jual beli kerana produk yang hendak dijual belum ada dalam pemilikan penjual, tetapi penjual berkeupayaan untuk menyediakannya. Sinonim bai‘ salaf.
bai‘ fuduliyjual beli fuduli/jual beli tanpa izinPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli barangan milik orang lain tanpa keizinan atau tanpa diberi kuasa oleh pemiliknya. Urus niaga ini tidak sah mengikut Mazhab Syafii, tetapi Mazhab Hanafi menerimanya dengan syarat mendapat pengesahan pemilik barangan tersebut.
bai‘ mauqufjual beli dengan persetujuanPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli yang bergantung pada persetujuan daripada pemilik barang. Sekiranya dilakukan tanpa persetujuan, jual beli ini dikenali sebagai jual beli fuduli. Contohnya, menjual sebuah kenderaan yang tidak mendapat persetujuan pemilik asal. Apabila mendapat persetujuan, bai‘ mauquf menjadi jual beli yang sah mengikut mazhab Hanafi dan Maliki. Mengikut mazhab Syafii dan Hambali, jual beli barang tanpa persetujuan pemilik adalah terbatal walaupun kemudian mendapat persetujuan pemilik. Sinonim mauquf.
recurring salejual beli istijrarEkonomiEkonomi IslamJual beli dengan mengambil barangan sedikit demi sedikit secara berterusan dan membayar keseluruhan harganya kemudian. Jual beli ini boleh berlaku dalam dua keadaan, iaitu tanpa deposit atau bersama deposit. Contohnya, jual beli istijrar tanpa deposit ialah pembeli sentiasa mengambil barang keperluan harian daripada pekedai pada sebarang masa dan membayar keseluruhan harga secara tunai pada hujung bulan. Jual beli istijrar bersama deposit pula ialah pembeli meletakkan sejumlah wang terlebih dahulu kepada pekedai dan mengambil barang keperluan harian daripada pekedai tersebut pada sebarang masa dan membayar keseluruhan harga pada hujung bulan menggunakan wang deposit berkenaan. Sekiranya wang deposit melebihi harga, wang tersebut akan dikembalikan atau dibawa ke hadapan. Sekiranya wang deposit tidak mencukupi, maka pembeli akan melunaskannya. Sinonim bai‘ istijrar jual beli istijrar.
bai‘ batjual beli sempurnaPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli yang muktamad dengan menepati syarat dan rukun jual beli. Penjual dan pembeli tidak boleh membuat khiyar, iaitu pilihan sama ada meneruskan atau menamatkan akad jual beli.
bai‘ ja’izjual beli dibolehkanPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli yang boleh dilakukan dalam keadaan logik seperti akad yang wujud di bawah pelbagai akad apabila pihak berkontrak mempunyai pilihan untuk menggunakan akad yang bersesuaian mengikut pilihan mereka. Jual beli yang tidak logik tidak boleh dianggap sebagai suatu jual beli, seperti ingin menjual burung yang masih berterbangan di langit.
12345678910...

Kembali ke atas