Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata julai;

Puisi
 

Buah labu masak,
     Masak hujung julai;
Apa jamu kakak,
     Jamu nasi gulai.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
20 Julai 200820 Julai 2008Lain-lain31.07.2008
Salam sejahtera. Saya merupakan seorang guru sekolah rendah. Saya ingin mengetahui cara yang betul semasa menulis tarikh. Sebagai contoh, 3 Julai 2009 dan 3hb Julai 2009. Format yang manakah merupakan format yang harus digunakan sekarang semasa mengajar dan dalam semua urusan rasmi? Saya tidak ingin memberikan ajaran sesat kepada anak-anak murid saya. Sekian, terima kasih. Salam hormat, Lau Faang Chyi

Biasanya untuk penggunaan  '3 Julai 2009' (tanpa hb.) boleh  digunakan dalam situasi biasa spt. pada gegantung, latar pentas, dsb.

'3hb. Julai 2009' biasanya digunakan dalam dokumen 'legal' dan sebenarnya cara inilah yang paling tepat.

Lain-lain03.07.2009
Salam sejahtera, 1.Pameran perabot akan bermula dari bulan Jun hingga bulan Julai.(perlu bubuh bulan di depan Julai lagi?) Terima kasihPameran perabot akan diadakan dari bulan Jun hingga bulan Julai. Ini ayat lengkap untuk penulisan yang gramatis, namun sedikit kelonggaran diberikan untuk penggunaan dalam iklan. Pameran perabot akan diadakan dari Jun hingga Julai 2020. Tatabahasa20.07.2020
Mana yang betul dan tepat? 1. Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan ke-151 bertarikh 17 Julai 2014 telah membuat keputusan....atau Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan Ke-151 pada 17 Julai 2014 telah membuat keputusan... 2. Setelah diteliti dan dipertimbangkan permohonan tuan... atau Setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan tuan...Klausa yang betul ialah:

1. Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan ke-151 bertarikh 17 Julai 2014 telah membuat keputusan....



2.  Setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan tuan...
Tatabahasa01.10.2014
Syafiq Abdullah 9HB JULAI 12.01 PTG Salam. Saya ada satu persoalan mengenai "sebatang kara" yang bermaksud tinggal seorang diri tiada sanak saudara. Persoalannya adalah apakah itu "kara"? Merujuk kepada apa. Sekian, terima kasih.Waalaikumussalam. “Sebatang kara” tergolong dalam peribahasa. Peribahasa ialah warisan nenek moyang orang Melayu. Orang Melayu dahulu kala mencipta peribahasa melalui pemerhatian mereka terhadap keadaan atau persekitaran kehidupan mereka. Sekian. Terima kasih.Makna09.07.2017
Syafiq Rosnawi 15HB JULAI 12.29 PTG Salam Alaik. Bila pertandingan Forum peringkat kebangsaan akan dijalankan utk tahun ini??Waalaikumussalam Untuk maklumat dalam perkara ini, sila hubungi Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-21479464, e-mel: razali3@dbp.gov.my. Sekian. Terima kasih.Lain-lain26.07.2017
Esther Xiaoying 18HB JULAI 12.52 PTG Selamat tengahari. Apakah kata nama bagi tablet (Ipad / samsung tab) dalam bahasa malaysia!Salam Sejahtera Puan Esther Xiaoping. Dalam bahasa Melayu, kita mengekalkan perkataan tablet sebagai padanan untuk bahasa Inggeris “tablet”. Sekian. Terima kasih.Istilah18.07.2017
Yvonne May 13HB JULAI 3.29 PTG Hi, selamat ptg. Smlm saya ada buat pembayaran online utk iklan 6258/2017 dan pembayaran sudah diterima. Duit sudah ditolak tapi kat website ckap kena bayar lagi. Saya call dari pagi tadi kat phone 03-21479100 - 9400 semua tak jawab.Pihak kami akan hubungi tuan/puan pada kadar segera. Harap maaf atas kesulitan.Lain-lain26.07.2017
Sudirman Aminin 5HB JULAI 2.44 PTG Bahasa Melayu Nusantara harus dibina dan dikembangkan, sehingga menjadi bahasa dunia ... aminTerima kasih atas pandangan yang tuan berikan.Lain-lain05.07.2017
Liew Yann Pei 6HB JULAI 2.25 PTG Selamat petang kepada pihak DBP, saya ingin tanya pejabat utama DBP di KL ada buka pada hari sabtu? Saya ingin memohon rakan DBP hari sabtu saya bekerja separuh hari sahajaSelamat petang. Pusat Dokumentasi Melayu hanya beroperasi pada hari isnin hingga jumaat sahaja.Lain-lain13.07.2017
1234567

Kembali ke atas