Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.lung] | جولوڠ

Definisi : 1. pertama, utama; warna ~ warna utama; 2. belum ada lagi sebelumnya, mulai, baharu; gadis ~ bersubang = bujang ~ berkeris prb orang yg sangat berlagak (kerana baru mendapat kekayaan atau dinaikkan pangkat); julung-julung mula-mula, pertama-tama; buah ~ buah yg mula-mula; ~ kali = ~ sekali ark pertama sekali, mula-mula sekali, buat pertama kali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.lung] | جولوڠ

Definisi : Jw (orang yg) mempunyai nasib yg buruk sejak lahir lagi (spt akan dibunuh dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.lung] | جولوڠ

Definisi : 1 pertama; utama: warna ~ warna utama. 2 belum ada lagi sebelumnya; mula; baru: Anak muda ~ berkeris. julung-julung pertama sekali; mula-mula: buah ~ buah yg mula-mula sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
julung
Kata Terbitan : julung-julung,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Appreciate advice on the correct usage: "Buat julung kalinya" or "Buat julung-julung kalinya"? When to use 'julung' & 'julung-julung'? Thank you.Frasa yang betul ialah "buat julung-julung kalinya", julung-julung bermaksud pertama-tama atau mula-mula, manakala julung bermaksud pertama atau utama.Tatabahasa30.07.2012
julung kali atau julung-julung kali?Frasa yang betul ialah "julung-julung kali".Tatabahasa25.10.2011
Diharap DBP dapat membantu saya. Antara berikut, yang manakah betul dari segi tatabahasa? pertama kali atau kali pertama julung kali atau julung-julung kali kata-kata aluan atau kata alu-aluan penghawa dingin atau pendingin hawa Saya mendahului dengan ucapan terima kasih.

Frasa yang betul ialah:

1. kali pertama

2. julung-julung kali

3. kata alu-aluan

4. pendingin hawa/penyaman udara

Istilah04.07.2009
Nur Dhabitah Nov 6th, 7:39pm salam. saya nak bertanya, mana yg betul, Majlis Khatam Al-Quran Kali Ke-1 @ Majlis Khatam Al-Quran Kali Pertama?Bentuk penulisan yang betul ialah "Majlis Khatam Al-Quran", lazimnya majlis yang julung-julung kali diadakan tidak diberikan nombor, melainkan majlis yang berikutnya seperti "Majlis Khatam Al-Quran ke-2".Tatabahasa06.11.2015
1.Pertandingan E-sukan 2.Pertandingan e-Sukan 3.Pertandingan E-Sukan yang manakah yang betul terima kasih

Ejaan perkataan e-sukan (menggunakan huruf kecil atau besar) mengikut konteks seperti berikut:

(1) Penggunaaan perkataan e-sukan digunakan sebagai tajuk/ kata nama khas: 
     
Pertandingan E-sukan Peringkat Kebangsaan Tahun 2023

DBP menganjurkan E-sukan DBP buat julung-julung kalinya....

(2) Penggunaan umum dalam ayat:

Majlis Olimpik Asia (OCA) telah mengumumkan e-sukan akan menjadi sukan rasmi pada Sukan Asia 2022. 


Ejaan19.09.2023
Saya Khaled daripada Bahagian Dakwah JAKIM Putrajaya. Saya akan anjurkan pertandingan Pidato Belia untuk julung kalinya diadakan, soalan saya: 1) Adakah sesuai dimasukkan perkataan "KALI PERTAMA" di dalam tajuk pertandingan tersebut? 2) Sekiranya boleh, adakah perkataan tersebut ditulis dengan penuh seperti "KALI PERTAMA" atau "Ke-1" ?
Tajuk yang dicadangkan oleh kami ialah Pertandingan Pidato Belia Tahun 2015. Penggunaan "KALI PERTAMA" tidak diwajibkan dalam tajuk. Penggunaan tajuk yang dicadangkan sudah memadai dan mantap.
Lain-lain08.10.2015
Mengapa menggunakan perkataan "pertama" bukannya "kesatu" ?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud pertama ialah kesatu, julung kali, terdahulu sekali, terutama atau terpenting. Untuk makluman tuan, kata bilangan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu kata bilangan kardinal (menyatakan jumlah secara keseluruhan, contoh: dua, tiga puluh, empat puluh sembilan) dan kata bilangan ordinal (ditulis dengan angka, contoh: 2, 30, 49). Kata ordinal "kesatu" boleh bertukar ganti dengan "pertama" yang merupakan pinjaman bahasa Sanskrit.Istilah17.02.2024

Kembali ke atas