Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jum.lah] | جومله

Definisi : 1. campuran drpd beberapa bilangan menjadi satu bilangan besar: ~ kerosakan ditaksirkan lebih drpd lima ratus ribu ringgit; 2. banyaknya, bilangannya: ~ wang yg diberi itu tidak memadai; sejumlah 1. sebanyak (yg dinyatakan): ke­rajaan telah membelanjakan ~ RM3 juta utk membina bangunan itu; 2. sebilangan (yg tidak dinyatakan jumlahnya): ~ besar penduduk negara ini beragama Islam; berjumlah mempunyai jumlah: hutangnya di kedai itu ~ dua ratus ringgit; menjumlah membuat kira-kira campur; menjumlahkan mencampurkan bilangan-bilangan menjadi satu: jika dijumlahkan semuanya wang itu cukup utk membeli se­buah rumah; terjumlah 1. terkumpul, telah dicampurkan; 2. termasuk dlm bilangan, terhitung: ke­luarganya ~ dlm golongan orang yg berada; terjumlahkan terkumpulkan, tercampur­kan; tidak ~ tidak terkira (terhitung); penjumlahan perihal atau perbuatan men­jumlahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jum.lah] | جومله

Definisi : 1 campuran drpd beberapa bilangan menjadi satu bilangan besar; jawapan drpd mencampurkan beberapa bilangan: Berapa ~nya jika 6981 dicampurkan dgn 1007? 2 banyaknya; bilangan: ~ anggota dlm persatuan itu ialah 300 orang. berjumlah mempunyai jumlah; banyaknya sekalian yg ada: Anak muridnya ~ 42 orang. menjumlah membuat hitungan campur: Dia sudah pandai ~ dan mendarab. menjumlahkan mencampurkan beberapa bilangan menjadi satu: Selepas ~ undi itu, didapati banyak orang yg tidak mengundi. terjumlah 1 terkumpul; telah dicampurkan. 2 termasuk dlm bilangan; terhitung: Namanya ~ dlm senarai orang jahat. sejumlah 1 sebanyak; banyaknya: Kerajaan telah mengeluarkan wang ~ dua juta ringgit utk projek itu. 2 sebahagian; sebilangan: ~ besar sebahagian besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jumlah (kata nama)
Bersinonim dengan banyaknya, bilangan, amaun, gunggung;,
Kata Terbitan : sejumlah, menjumlahkan, terjumlah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya menghadapi masalah dalam penggunaan perkataan 'hingga' dan 'sehingga'. Contoh: .. jumlah perbelanjaan sehingga Disember 2020 .. jumlah perbelanjaan hingga Disember 2020 .. jumlah perbelanjaan dari bulan Januari hingga Jun 2020 .. jumlah perbelanjaan dari bulan Januari sehingga Jun 2020Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, hingga membawa maksud 1. garis yang terakhir, batas 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll), sampai pada ketika ini, 3. sehingga, hinggakan , sehinggakan sampai pada keadaan (masa dll), sampai menjadi 4. sastera lama setelah (sudah)  (muka surat 538)

Berdasarkan maksud ini, kedua-dua hingga dan sehingga boleh digunakan dalam ayat contoh yang diberikan.

Sekian, terima kasih.
Istilah03.09.2020
Jumlah kamus yang diterbitkan oleh DBP dan tahun penerbitan

Dua kamus ekabahasa, iaitu Kamus Pelajar Edisi Terkini(2008) dan Kamus Dewan Edisi Keempat(2005). Kamus dwibahasa, iaitu Kamus Inggeris Melayu Dewan( 1992) dan Kamus Dwibahasa, Bahasa Inggeris -Bahasa Melayu. Selain itu DBP ada menerbitkan kamus istilah pelbagai bidang yang boleh diperoleh di Kedai Buku Koperasi DBP, Menara DBP, KL.    

Lain-lain05.02.2009
Adakah penggunaan 'oleh' dalam ayat berikut diperlukan? Berapakah jumlah tenaga yang diperoleh oleh remaja ini? atau Berapakah jumlah tenaga yang diperoleh remaja ini?Kata "oleh" boleh hadir atau tidak dalam ayat tersebut. Berapakah jumlah tenaga yang diperoleh oleh remaja ini? atau Berapakah jumlah tenaga yang diperoleh remaja ini? Kedua-dua ayat tanya ini betul.Tatabahasa28.08.2015
Berapakah jumlah entri dalam kamus pelajar edisi pertama dan edisi kedua ? Sekian terima kasih.Jumlah entri Kamus Pelajar ialah 24,000 dan jumlah entri Kamus Pelajar, Edisi Kedua ialah 28,000.Lain-lain24.10.2011
Saya Jusmawati pensyarah dari UIAM. Saya sedang menjalankan kajian leksikal menggunakan Kamus Dewan edisi keempat. Saya perlukan maklumat tentang kamus tersebut: 1) berapakah jumlah entri untuk adjektif 2) Jumlah entri untuk kata nama 3) Jumlah entri untuk kata kerja. Kalau boleh dapatkan jumlah entri untuk semua jenis perkataan dalam kamus tersebut adalah lagi baik. Harap dapat bantuan dari pihak DBP. Terima kasihSila berhubung dengan Pegawai Perancang Bahasa di Bahagian Perkamusan.Lain-lain26.04.2010
berapakah jumlah kesemua perkataan dalam bahasa Melayu?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) jumlah kesemua perkataan dalam bahasa Melayu melebihi 120 000 entri dan subentri dan jumlah tersebut bertambah dari masa ke masa mengikut perkembangan penggunaan bahasa tersebut oleh masyarakat penuturnya. Entri dan subentri ini termasuklah kata umum, kata nama khas, istilah, kata dialek, kata pinjaman, kata klasik dan sebagainya.Lain-lain26.07.2021
Pemilik kedai runcit itu mengehadkan jumlah gula yang dibeli oleh pelanggan-pelanggannya. Tuan, sesuaikah perkataan 'jumlah' digunakan dalam ayat di atas atau ada perkataan lain? terima kasih.Jumlah lazimnya digunakan untuk barangan yang boleh dilihat secara fizikal seperti sejumlah wang ... dan lagipun gula biasanya disukat mengikut timbangan. Ayat yang betul Pemilik kedai runcit itu mengehadkan dua kilogram gula yang dibeli oleh pelanggan-pelanggannya.Tatabahasa08.06.2012
Adakah sesuai terjemahan "Total Relationship Balance" (Perbankan) kepada "Jumlah Baki Hubungan"? Atau lebih sesuai diguna pakai "Jumlah Baki Minima"?Cadangan kami bagi Total Relationship Balance ialah Jumlah Baki Hubungan jika bersesuaian dengan konteks.Penyemakan dan penterjemahan25.12.2019
Bagaimanakah handak membuat pantun didalambahasamelayu

Untuk makluman saudara, serangkap pantun dibina oleh lima(5) ciri yang paling asas iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan dan jumlah suku kata. Contohnya seperti  Pantun Empat Kerat ini. Pucuk pauh delima batu/Air sembilan di tapak tangan/Sudah jauh di negeri satu/Jauh di mata di hati jangan.

1. Pembayang merupakan baris pertama dan baris kedua pantun .Contohnya, Pucuk pauh delima batu/ Air sembilan di tapak tangan

2. Maksud pantun pula pada baris ketiga dan keempat pantun. Contohnya, Sudah jauh di negeri satu/ Jauh di mata di hati jangan.

3. Rima akhir (persamaan bunyi suku kata pada baris akhir  pantun tersebut ialah ab,ab)

4. Jumlah perkataan dalam sebaris umumnya pantun 4 kerat terdiri daripada 3 perkataan sebaris, 4 perkataan sebaris dan 5 perkataan sebaris. Contohnya seperti pantun di atas.

5. Jumlah suku kata dalam baris pantun ialah antara 8-12 suku kata.

 

 

Lain-lain28.07.2010
saya mahasiswa YIU ingin bertanya,bagaimanajaramembuwatpantaug

Untuk makluman saudara, pantun dibina/dibuat oleh lima(5) ciri yang paling asas, iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan, dan jumlah suku kata.Contohnya untuk pantun 4 kerat,

1.Pembayang ( baris pertama dan baris kedua). Contoh: Padi muda jangan dilurut/Kalau dilurut pecah batangnya,

2. Maksud( baris ketiga dan baris keempat). Contoh: Hati muda jangan diturut/Kalau diturut susah datangnya.

3. Rima akhir( Persamaan bunyi suku kata pada baris akhir pantun iaitu ab,ab)

4. Jumlah perkataan dalam sebaris. Umumnya pantun 4 kerat terdiri daripada 3 perkataan sebaris, 4 perkataan sebaris dan 5 perkataan sebaris.Contoh: Pisang emas bawa belayar/Masak sebiji di dalam peti/Hutang emas boleh dibayar/ Hutang budi dibawa mati.

5. Jumlah suku kata dalam baris pantun, antara 8-12 suku kata.

Lain-lain14.07.2010
12345678910...

Kembali ke atas