Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.rai] | جوراي

Definisi : 1. jalur (kain dll) yg panjang, lajur: rangka bentuk dibuat drpd ~ besi tuang yg tebalnya ”; 2. ikat benda yg terjuntai (spt benang, rambut, dll); 3. susunan yg berturut-turut, rangkaian: Haeckel telah menyelidiki ~ keturunan alam haiwan; ~ keturunan raja-raja; ~-jemarai jatuh bertitik-titik: hujan panas ~-jemarai; berjurai 1. mempunyai jalur (bahagian yg berjalur): tegakkan di atas kuburku bendera ~ dua, sejurai hadapkan ke rumah marhum ibuku, sejurai hadapkan ke laut; 2. = berjurai-jurai, terjurai berumbai-rumbai, berjumbai-jumbai: pokok itu diselaputi urat yg ~; 3. = berjurai-jurai, berjuraian jatuh bertitik-titik, berderai-derai (bkn air mata, peluh); menjurai Kl memotong (kuih dll) dgn memanjang; juraian sesuatu yg terjuntai: dia merengus dan jemarinya menyirati ~ rambut separas bahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.rai] | جوراي

Definisi : 1 jalur (kain dll) yg panjang; lajur. 2 ikatan benda yg berjuntai (rambut dll). 3 susunan yg berturut-turut; rangkaian; rentetan: ~ keturunan raja-raja. berjurai bergantung berumbai-rumbai; berhelai-helai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jurai (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalur: lajur

2. Bersinonim dengan juntai: jumbai, rumbai,

Kata Terbitan : berjurai, berjurai-jurai, berjurai-jurai, berjuraian,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DINASTI ANTIGON

Dinasti Antigon ialah nama jurai raja-raja yang

memerintah Macedonia, sebuah negara beraja

di utara Yunani. Pemerintahan dinasti Antigon

bermula pada tahun 294 SM hingga pada tahun

168 SM.

UMUM 
SULTAN MAHMUD SYAH

Sultan Mahmud Syah (1680–1699), Sultan Johor

terakhir daripada jurai keturunan Iskandar

Zulkarnain-Sriwijaya Bukit Siguntang-Melaka. Sultan

Mahmud Syah terkenal dengan gelaran Sultan

Mahmud Mangkat Dijulang sesudah kemangkatannya.

UMUM 
MAHAVIRA

Mahavira (599?–527? S.M.) ialah guru agama

Jainisme. Dia tinggal di India. Para pengikutnya

percaya bahawa dia ialah anggota ke-24 daripada

jurai guru yang agung. Mahavira menganjurkan

sikap tidak berkeras dan mendesak para

pengikutnya menunjukkan belas kasihan kepada

semua makhluk, dan menjadi vegetarian supaya

haiwan tidak dibunuh untuk makanan.

UMUM 
STALAKTIT

Stalaktit ialah sejenis pembentukan batu yang

cantik, yang ditemui dalam sesetengah gua batu

kapur. Stalaktit tergantung dari dinding atau

bumbung gua. Kebanyakannya kelihatan seperti

jurai air batu yang besar tetapi sesetengahnya

menyerupai langsir atau jerami dengan lubang di

tengah-tengahnya.

UMUM 
NEBUCHADNEZZAR

Nebuchadnezzar ialah nama dua raja Babylon.

Nebuchadnezzar I (memerintah dari tahun

1124 S.M. hingga tahun 1103 S.M.) ialah raja yang

agung dalam dinasti kedua Isin, iaitu jurai raja-raja

Kassite di Babylon. Baginda memperoleh

kegemilangannya dengan membebaskan Babylon

daripada kekuasaan orang Elam dan meluaskan

pemerintahan Babylon ke Elam, sebuah negeri di

utara Teluk Parsi. Pengisahan Nebuchadnezzar

tentang pertempuran Elam ialah dokumen Babylon

purba yang menarik.

UMUM 
STALAGMIT

Stalagmit ialah pembentukan batu yang timbul

dari lantai gua, khususnya di dalam gua batu kapur.

Kebanyakan stalagmit terbentuk apabila air yang

menitis ke lantai dari dinding dan bumbung

sesebuah gua, membawa bersamanya kalsit terlarut,

iaitu satu bentuk kalsium karbonat. Apabila air

memasuki persekitaran gua itu, air tersebut

kehilangan karbon dioksida dan meninggalkan

kalsit. Kalsit bertimbun menjadi bentuk batu yang

berwarna-warni, yang kelihatan seperti jurai air batu

yang terbalik.

UMUM 

Kembali ke atas