Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jur.nal] | جورنل

Definisi : 1. terbitan atau majalah berkala yg khusus bagi sesuatu perkara, profesion, atau bidang tertentu; 2. akhbar harian atau ming­guan; 3. buku catatan harian tentang pe­ristiwa-peristiwa yg berlaku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jur.nal] | جورنل

Definisi : 1 buku akaun permulaan yg di dlmnya terdapat rekod segala perbelanjaan keluar masuk (jual beli) dr sehari ke sehari. 2 majalah (biasanya yg termuat karangan-karangan ilmiah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jurnal
Rujuk :majalah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya dimanakah saya boleh mencari jurnal-jurnal bahasa melayu dan jurnal-jurnal bahasa inggeris yang berkaitan dengan bidang sosiolinguistik dan linguistik selain di perpustakaan univerisiti dan internet ?Puan boleh datang ke Dewan Bahasa dan Pustaka kerana kami juga mempunyai perpustakaan yang menyediakan pelbagai bahan rujukan.Lain-lain04.05.2017
MAKNA PENDIDIKAN SECARA HOLISTIKSila buku-buku, artikel-artikel atau jurnal-jurnal yang berkaitan dengan pendidikan untuk mendapatkan maknanya secara holistik (menyeluruh).Lain-lain06.08.2009
berikan maksud jurnal berserta jenis-jenis jurnal.terima kasihJurnal ialah terbitan atau majalah berkala yg khusus bagi sesuatu perkara, profesion, atau bidang tertentu
(biasanya yg termuat karangan-karangan ilmiah). Terdapat pelbagai jenis jurnal mengikut bidang, misalnya jurnal berkaitan bahasa, sejarah, politik, sains dan lain-lain.
Makna14.03.2013
SAYA MAHU MENGELUARKAN JURNAL MUALLIM - JURNAL PENYELIDIKAN 2011 BAGI JBATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI UNTUK IPG KSM. BAGAIMANA SAYA BOLEH MENDAFTAR DAN MENDPATKAN NO ISSN?

Sila hubungi Perpustakaan Negara Malaysia untuk mendaftar dan mendapatkan nombor ISSN.

Lain-lain04.12.2011
jurnal berkaitan teknologi maklumat1. Jurnal teknologi/ Universiti Teknologi Malaysia. 2. Jurnal teknologi D : elektronik, kawalan, telekomunikasi dan teknologi maklumat = electronics, control, telecommunications and information technology Publisher: Skudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1999- 3. Jurnal teknologi maklumat dan sains kuantitatif Publisher: Shah Alam : Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif, Universti Teknologi MARA, [199-]- 4. Jurnal teknologi maklumat = Journal of information technology Publisher: Sekudai : UTM, 1990-Lain-lain06.08.2007
berapakan bilangan jurnal (BM/BI) yang diterbitkan oleh DBP sejak daripada penubuhannya. Bolehkah saya mendapatkan data tentang jurnal yang diterbitkan oleh DBP?

Jurnal yang diterbitkan oleh DBP

Jurnal Bahasa( Bahasa Melayu)

Kanun( Bahasa Melayu)

Malay Literature( Bahasa Inggeris)

Perisa(Bahasa Melayu)*

Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu( Bahasa Melayu)*

* Jurnal ini tidak lagi diterbitkan

 

 

 

Lain-lain08.04.2010
bagaimana cara penulisan jurnal?

Sesebuah jurnal mengandungi abstrak, pendahuluan, isi, dan kesimpulan. Abstrak ialah inti pati makalah, pendahuluan mengajak pembaca mengikuti perbincangan tentang isu yang dibangkitkan dalam makalah, manakala kesimpulan menyimpulkan isi makalah.

 Dalam jurnal, setiap ayat mestilah fakta yang didukung oleh rujukan yang berwibawa. Ulasan terhadap fakta ini pula mestilah objektif, setiap ayat mestilah menjurus kepada inferens yang logik, dan apa yang disebut itu dapat membetulkan sebarang kekeliruan.

 

 

Lain-lain14.01.2009
JURNAL ADVERBA

Untuk mendapatkan keterangan lanjut  tentang kata adverba, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (hlm. 287-289), buku Liku-liku Bahasa (Nik Safiah Karim), Eksiklopedia Bahasa Melayu (Asmah Haji Omar).  Saudari juga boleh membuat rujukan di perpustakaan awam.

Lain-lain16.03.2010
ingin mencari jurnal untuk kegunaan belajar

Assalamualaikum,

Sebelum saudara mencari jurnal untuk belajar saudara harus pastikan hendak belajar apa? Apa bila telah tahu apa yang hendak dipelajari barulah susun strategi mencari bahan rujukan sama ada buku, jurnal dan-lain lain lagi.

Jika saudara ingin belajar mencari jurnal saya nasihatkan saudara pergi ke Perpustakaan universiti seperti Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia atau Perpustakaan Universiti Malaya. Di Perpustakaan tersebut ada banyak jurnal yang boleh saudara baca.

Lain-lain31.01.2010
contoh-contoh jurnal tentang bahasa melayuDBP ada menerbitkan jurnal Dewan Bahasa dan majalah Pelita Bahasa. Bagi jurnal bahasa yang diterbitkan oleh penerbit luar, sila rujuk Perpustakaan Negara Malaysia.Lain-lain30.09.2007
12345678910...

Kembali ke atas