Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.ru.ca.kap] | جوروچاکڤ

Definisi : orang yg tugasnya memberikan keterangan rasmi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jurucakap


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
testimonial formatformat pembuktianKomunikasiKorporatKaedah pengiklanan yang menggunakan cara pengendorsan melalui seorang jurucakap. Jurucakap yang dipilih adalah terdiri daripada individu yang mempunyai kedudukan yang dihormati dan dikenali serta pakar bidang yang pernah melalui pengalaman menggunakan barangan atau perkhidmatan yang diiklankan. Contohnya, seorang ketua jurutera pasukan pelumbaan Formula 1 yang memberikan kenyataan pembuktian tentang kehebatan minyak pelincir yang diiklankan. Kekuatan pendekatan iklan ini bergantung pada kewibawaan jurucakap yang memberikan bukti sebenar keistimewaan sesuatu barangan.
personapersonaKesusasteraanTiadaPencerita yang bertindak sebagai jurucakap bagi pihak pengarang. Dalam novel dan puisi naratif, pesona dikenali sebagai pencerita pertama atau pencerita �aku�. Persona juga merujuk kepada �suara� yang dapat didengar dalam puisi. Pencerita mungkin tampil sebagai watak dalam sesebuah karya fiksyen, contohnya watak Marlow dalam novel Heart of Darkness oleh Joseph Conrad. Sebagai pencerita atau jurucakap, pandangan mereka dalam cerita merujuk kepada pendirian dan perspektif pengarang. Dalam drama, persona merujuk kepada Dramatis Personae atau watak yang dilakonkan. Persona berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �topeng�.
spokesmanjurucakapEkonomiTiadaTiada
spokesperson formatformat jurucakapKomunikasiKorporatLihat pengendorsan.
news sourcesumber beritaKomunikasiTiadaPunca sesuatu berita itu diperoleh sama ada daripada pakar-pakar, jurucakap, pemimpin dan sebagainya.
scientific testimonialpembuktian saintifikKomunikasiKorporatKaedah pengiklanan yang memaparkan ciri saintifik kandungan barangan yang diiklankan. Melalui kaedah ini, perincian mengenai unsur pembuatan dan kandungan barangan dipaparkan. Cara pemaparannya adalah pelbagai, seperti menggunakan pendekatan tiga dimensi (3D), menyenaraikan bahan yang digunakan, dan menonjolkan aspek saintifik sesuatu kandungan barangan yang diiklankan. Proses pemaparannya kadangkala menggunakan jurucakap yang terdiri daripada pakar dalam sesuatu bidang yang berkaitan dengan barangan. Contohnya, seorang doktor veterinar menyebut tentang khasiat sesuatu jenis vitamin yang terdapat dalam barangan makanan binatang yang diiklankan. Tujuan pengguna kaedah ini adalah untuk meyakinkan khalayak yang berpendidikan tinggi kerana dalam banyak keadaan, pendekatan secara emosi atau format endorsan tidak cukup berkesan untuk meyakinkan mereka.
endorsementpengendorsanKomunikasiKorporatPenyataan akaun pengesahan yang diberikan oleh individu atau organisasi bagi pihak syarikat pengiklanan tentang keistimewaan sesuatu barangan, idea, perkhidmatan, atau sebarang subjek yang diiklankan. Penyataan ini biasanya diberikan oleh individu terkenal dan berpengaruh, pemimpin pendapat, personaliti terkenal, pakar, atau pengguna biasa. Matlamat pengiklanan yang menggunakan pendekatan ini adalah untuk mendapatkan, mengekalkan, dan meningkatkan keyakinan pengguna terhadap barangan dan mengukuhkan pengaruh barangan berbanding barangan lain dalam pasaran. Sinonim format jurucakap. Lihat juga format pembuktian.
value expressivepenyataan nilaiKomunikasiKorporatCitra yang diperagakan melalui penyataan tingkah laku dan sikap yang melambangkan nilai individu secara positif. Proses peragaan ini dilaksanakan dalam bentuk tanpa lisan. Kesemua gerak-geri dan penyataan wajah melambangkan nilai kendiri yang meninggalkan kesan positif kepada khalayak. Dalam perhubungan awam atau komunikasi korporat, individu yang mempamerkan penyataan nilai kendiri yang positif kerap dipilih untuk mewakili organisasi untuk berinteraksi dengan khalayak luar dan juga menjadi jurucakap atau duta dalam kempen, perundingan, dan perbincangan. Kesemua aktiviti tersebut berkaitan dengan proses pemujukan, dan penyataan nilai merupakan unsur yang bermakna dalam proses tersebut.
advertorialiklan rencanaKomunikasiKorporatSalah satu daripada genre iklan media elektronik dan media cetak. Genre iklan ini dikenali dengan sifat persembahan- nya yang menyerupai sebuah artikel, berita atau sebuah rancangan bicarawara. Pendekatan penulisan dan persembahannya menggunakan teknik penulisan sebuah berita atau artikel dan penerbitan sebuah rancangan radio atau televisyen. Pendekatan ini juga menekankan aspek realiti barangan atau perkhidmatan, dan kerap mengaitkan hasil penyelidikan barangan tersebut dengan fakta tentang kebaikan barangan. Kadangkala pendekatan ini melibatkan jurucakap profesional serta individu terkenal dan berwibawa bagi membina kesedaran jenama dalam kalangan khalayak.
news conference/ press conference/ media conferencesidang mediaKomunikasiKorporatPertemuan yang diadakan oleh pihak pengurusan organisasi dengan para wartawan yang mewakili agensi media cetak dan media elektronik. Pengurusan sidang media merupakan salah satu fungsi penting bahagian perhubungan awam. Tujuan utama pertemuan ini antaranya untuk menyampaikan perkembangan terbaru organisasi, menjelaskan sesuatu isu yang berkaitan dengan organisasi, dan menerangkan pendirian organisasi mengenai sesuatu perkara yang berkepentingan dengan organisasi. Semasa pertemuan dengan media, pihak pengurusan tertinggi organisasi bertindak sebagai jurucakap untuk meningkatkan kewibawaan dan kesahihan maklumat yang disampaikan. Maklumat bertulis biasanya diedarkan kepada wakil media sebagai pelengkap kepada maklumat yang disampaikan secara lisan. Maklumat bertulis juga berfungsi sebagai rujukan kepada wakil media untuk mengemukakan soalan sewaktu sesi soal jawab.
12

Kembali ke atas