Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.ru.gam.bar] | جوروݢمبر

Definisi : orang yg kerjanya mengambil gambar, tukang gambar, jurufoto. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.ru.gam.bar] | جوروݢمبر

Definisi : orang yg kerjanya mengambil gambar foto. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jurugambar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "photo opp" yang sering digunakan oleh wartawan/jurugambar?Dalam data kami terjemahan bagi photo opp (Photo Opportunity) masih belum ada lagi. Cadangan daripada pihak kami, terjemahan yang sesuai bagi photo opp (Photo Opportunity) ialah peluang bergambarMakna13.06.2017
adakah perkataan fotografer boleh digunakan dalam bahasa Melayu?Padanan yang sesuai ialah jurugambar.Tatabahasa14.08.2020
Salam sejahtera. Soalan saya: Adakah "mengambil foto" penggunaan bahasa melayu yang betul and diterima? Contohnya, "Jurugambar mengambil foto haiwan di taman negara." dan "Zali mengambil foto buaya di tepi kolam." Penggunaan "mengambil foto" dijumpai di banyak artikel ahkbar, ensiklopedia dan laman web. Akan tetapi sekolah anak menyatakan istilah ini salah dan penggunaan istilah yang betul ialah "mengambil gambar". Minta tolong jelaskan mana yang betul atau kedua-duanya pun betul. Ribuan terima kasih.Salam sejahtera,

Foto dan gambar mempunyai maksud yang sama.

Oleh itu, mengambil gambar dan mengambil foto betul penggunaannya.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa15.10.2018
penggunaaan perkataan studio pada iklan. contohnya studio perabot.Perkataan studio sudahpun digunakan dalam bidang pengiklanan.Tetapi penggunaan perkataan studio untuk perabot adalah tidak sesuai, jadi dicadangkan kedai perabot. Makna ialah 1. bilik tempat pelukis, pengukir, jurugambar, dsb bekerja; 2. bilik yg dilengkapi pelbagai peralatan utk siaran program radio atau televisyen, atau rakaman piring hitam; 3. bangunan yg digunakan oleh sesebuah syarikat penerbitan sbg tempat pembuatan filem. Sekian, terima kasih.Lain-lain01.11.2006
Adakah ayat-ayat di bawah betul dalam tatabahasa dan strukturnya ? Jika tidak, tolong berikan ayat yang betul. Terima kasih. (1) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan fasih dan menarik di atas pentas. (2) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan lancar dan menarik di atas pentas. (3) Amy yang mahir bercerita sedang mempersembahkan ceritanya dengan lancar dan menarik di atas pentas. (4) Penonton-penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali kepada Amy. (5) Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali untuk Amy. (6) Seorang jurugambar sedang mengambil gambar Amy yang sedang bercerita menggunakan camera. (7) Tiga orang pengadil sedang menyaksikan persembahan Amy sambil memberi markah. (8) Terdapat banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita. (9) Banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita.Berikut merupakan ayat yang betul:

(1) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan fasih dan menarik di atas pentas.

(2) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan lancar dan menarik di atas pentas.

(3) Amy yang mahir bercerita sedang mempersembahkan ceritanya dengan lancar dan menarik di atas pentas.

(4) Penonton-penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali kepada Amy. 


(6) Seorang jurugambar sedang mengambil gambar Amy yang sedang bercerita menggunakan kamera.
 
(7) Tiga orang pengadil sedang menyaksikan persembahan Amy sambil memberi markah.

(8) Terdapat banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita.

(9) Banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita.
Tatabahasa29.07.2014

Kembali ke atas