Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.ru.gam.bar] | جوروݢمبر

Definisi : orang yg kerjanya mengambil gambar, tukang gambar, jurufoto. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.ru.gam.bar] | جوروݢمبر

Definisi : orang yg kerjanya mengambil gambar foto. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jurugambar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STEICHEN, EDWARD

Steichen, Edward (1879–1973) ialah jurugambar

Amerika yang membantu memajukan fotografi

sebagai satu seni kreatif. Pada awal kerjayanya,

Steichen seorang pelukis di samping jurugambar.

Dia menjadi terkenal kerana kualiti fotonya yang

lembut dan kabur tentang landskap dan manusia.

UMUM 
STRAND, PAUL

Strand, Paul (1890–1976) ialah jurugambar

Amerika yang membantu menjadikan fotografi

sebagai suatu seni. Strand mengambil gambar foto

yang tertumpu serta terperinci, yang memaparkan

sesuatu objek secara mudah dan tepat. Dia

menolak gaya mengambil foto yang kabur dan

terkeluar daripada fokus yang popular sewaktu

akhir tahun 1800-an.

UMUM 
STIEGLITZ, ALFRED

Stieglitz, Alfred (1864–1946) ialah jurugambar

Amerika yang telah merintis bidang fotografi

sebagai satu bentuk seni. Dia juga membantu

memperkenal dan menggalakkan seni lukis moden

di Amerika Syarikat.

UMUM 
ADAMS, ANSEL

Adams, Ansel (1902–1984) ialah jurugambar

Amerika yang terkenal kerana gambar yang

dramatik tentang bahagian barat Amerika Syarikat.

Dia mengambil gambar landskap yang luas yang

termasuk gunung-ganang, hutan, dan sungai.

Minatnya untuk memelihara alam semula jadi

mendorongnya menjadi aktif dalam gerakan

pemuliharaan alam sekitar.

UMUM 
RIIS, JACOB AUGUST

Riis, Jacob August (1849–1914) ialah wartawan,

jurugambar, dan reformis sosial Amerika Syarikat.

Pada akhir tahun 1800-an dan awal tahun 1900-an,

dia membantu memperbaiki keadaan hidup di

kawasan setinggan New York City dengan cara

mendedahkan mereka kepada orang ramai melalui

penulisan dan gambar fotonya. Gambar foto yang

diambil oleh Riis adalah antara yang pertama

muncul di akhbar.

UMUM 
LICHFIELD, PATRICK, EARL OF

Lichfield, Patrick, Earl of (1939– ) ialah

jurugambar British yang terkenal kerana

gambar potret keluarga diraja. Nama penuhnya

ialah Thomas Patrik John Anson, dan merupakan

anak kelima Earl Lichfield.

UMUM 
IBU MERTUAKU

 IBU MERTUAKU, filem Melayu karya dan arahan P. Ramlee. Filem ini adalah produksi filem hitam putih Malay Film Productions pada tahun 1962, dan penerbitnya ialah Run Run Shaw. P. Ramlee juga mencipta muzik dan lagu untuk filem ini, manakala S. Sudarmaji mencipta seni kata lagu-lagu tersebut. A.V. Bapat pula menjadi pereka bangunan dan juruhias dan A. Bakar Ali sebagai jurugambar.

BUDAYAKarya

Kembali ke atas