Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.ru.gam.bar] | جوروݢمبر

Definisi : orang yg kerjanya mengambil gambar, tukang gambar, jurufoto. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.ru.gam.bar] | جوروݢمبر

Definisi : orang yg kerjanya mengambil gambar foto. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jurugambar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
photographerjurugambarPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
amateur photographerjurugambar amaturKomunikasiTiadaTiada
amateur photographerjurugambar amaturKimiaTiadaTiada
still photographerjurugambar pegunKomunikasiTiadaPetugas yang bertanggungjawab mengambil gambar pegun semasa penggambaran untuk membantu jurukamera, pengarah dan jurupenyambung membuat padanan dengan tangkapan lain.
excavation teamkumpulan ekskavasiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKumpulan yang terdiri daripada pengarah lapangan, penyelia petak, pelapor, buruh, juruukur, jurugambar, pelukis pelan, ahli botani, ahli kaji tanah dan konservasi. Ahli kumpulan ini dibentuk untuk melancarkan aktiviti kajian kerana masing-masing mempunyai tugas mengikut tanggungjawab yang diberikan. Rekod daripada setiap ahli kumpulan akan dirujuk untuk tujuan analisis dan laporan akhir. Pengarah lapangan akan menentukan keputusan yang berkaitan dengan penyelidikan dan kerja-kerja teknikal di lapangan. Sinonim kumpulan gali cari.
macrophotographymakrofotografiKomunikasiKorporatProses pengambilan gambar melalui lensa kamera berkuasa tinggi yang dilakukan dengan kadar pembesaran objek sehingga 20 kali ganda daripada saiz asal. Lensa kamera jenis ini sangat berguna dalam bidang perubatan dan biologi, seperti untuk mengkaji sel haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Makrofotografi juga digunakan untuk melihat sesuatu objek yang jauh dengan lebih dekat. Golongan yang kerap menggunakan makrofotografi ialah jurugambar, karyawan industri, dan ahli sains seperti dalam perubatan, zoologi, dan botani. Proses ini biasanya dijalankan di dalam makmal fotografi. Proses ini juga kerap digunakan penyelidikan dan pembangunan serta penciptaan barangan. Proses dan alat fotografi ini biasanya diamalkan dan dimiliki oleh unit fotografi di sesebuah organisasi di bawah pengawasan bahagian komunikasi korporat. Makrofotografi dikenali juga sebagai fotomakrografi.

Kembali ke atas