Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.ru.ka.mé.ra] | جوروکاميرا

Definisi : (jurukaméra) orang yg kerjanya mengambil gambar atau filem utk surat khabar (televisyen, filem, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.ru.ka.mé.ra] | جوروکاميرا

Definisi : /jurukaméra/ orang yg tugasnya mengambil dan mengendalikan gambar utk filem, televisyen dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jurukamera


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jurukamera merakam video di tepi pentas. Adakah rangkai kata di tepi pentas sesuai digunakan?Penggunaan perkataan di tepi pentas adalah sesuai digunakan.Tatabahasa31.10.2016
"Saya wartawan dari Syarikat Rakaman TV10 dan ini jurukamera kami." Dalam penggunaan ayat di atas, kata sendi manakah yang paling tepat? "dari" atau "daripada"Jika Syarikat Rakaman TV10 dianggap sebagai tempat, kata sendi yang seduai ialah "dari"Tatabahasa29.03.2017
Bolehkah pihak dbp membuat senarai pekerjaan yang bermula dengan juru? Terima kasih.Senarai pekerjaan yang bermula dengan juru adalah seperti yang berikut:

JURUTERA, JURUSELAM, JURUHIAS, JURURAWAT, JURUKAMERA, JURULATIH, JURUUKUR, JURUKIMPAL, JURUWANG,  JURUTAFSIR, JURUULAS,  JURUUKUR, JURUTEKNIK, JURUFOTO, JURUNILAI, JURUHEBAH, JURUTERBANG dan lain-lain yang bersesuai.
Lain-lain14.04.2019
Ali Imran 15:36 Salam Saya ingin berkongsi maklumat tentang sebuah papan iklan yang saya kira, menggunakan tatabahasa yang salah. Lokasi: Tepi Lebuhraya MEX, menghala Kuala Lumpur, selepas tol Tarikh gambar diambil: 10 November 2016 Jurukamera: Ali Imran (saya sendiri) Apakah tindakan yang boleh dibuat DBP berkaitan hal sebegini. Sekian. Ali Imran Kuala LumpurWassalam, Tuan, Pihak tuan boleh menghantar gambar berkenaan kepada pegawai kami melalui e-mel: mulia@dbp.gov.my untuk tindakan dan makluman kami. Pihak kami akan menghantar surat teguran kepada pihak yang berkenaan dan meminta pihak majlis mengambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih.Lain-lain11.11.2016

Kembali ke atas