Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.ru.la.tih] | جورولاتيه

Definisi : orang yg melatih orang lain (spt ahli sukan dll) supaya mahir; kejurulatihan yg berkaitan dgn jurulatih dlm segala aspeknya: di manakah salahnya yg menyebabkan kekalahan ini ataupun sistem ~ yg menjadi puncanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jurulatih


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah kata ganda bagi perkataan "jurulatih"? Adakah ia disebut sebagai "jurulatih-jurulatih" atau "juru-juru latih"? Mohon penjelasan. Terima kasih.Jurulatih-jurulatih.Ejaan30.05.2014
Ayat-ayat berikut yang manakah betul? Tolong membuat penerangan. Kata bilangan jamak & kata adjektif 1 Banyak ikan yang besar belaka ditemui di situ. 2 Ikan-ikan yang besar belaka ditemui di situ. 3 Ikan yang besar-besar belaka ditemui di situ. 1 Semua jurulatih di situ garang belaka. 2 Jurulatih-jurulatih di situ garang belaka. 3 Jurulatih di situ garang-garang belaka. 1 Saya dan keluarga di sini sihat belaka. 2 Saya dan keluarga di sini sihat-sihat belaka.

Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Kata adjektif pula ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama atau frasa nama. Kata adjektif dikenali juga sebagai kata sifat.


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa21.01.2022
Apakah perbezaan antara 'pelatih' dengan 'jurulatih'?Pelatih bermaksud orang yang melatih, manakalah jurulatih bermaksud  orang yang melatih orang lain supaya mahir. Berdasarkan makna yang tersebut, pelatih dan jurulatih membawa maksud yang hampir sama, namun jurulatih khusus untuk melatih orang lain supaya mahir.Makna22.08.2015
Apakah maksud dalam bahasa bagi 1. managerial coaching 2. coaching Bolehkah kita menyatakan peranan coaching itu sebagai membimbing atau perkataan membimbing sesuai utk mentoring. untuk area pengurusan sesuaikah kita menggunakan perkataan coaching sebagai jurulatih...kerana jurulatih lebih sesuai untuk area sukan. Ataupun kita boleh gunakan perkataan coaching atau coach dalam bahasa. Terima KasihUntuk makluman terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "coaching' dalam pangkalan data istilah DBP, iaitu latihan, latih, melatih, bimbingan, ajar dan tunjuk ajar. Oleh itu, puan boleh memilih istilah yang sesuai dengan konteks penggunaan.  Istilah "membimbing" boleh juga digunakan bergantung pada ayat dan konteks penggunaan. Istilah "jurulatih" biasanya digunakan dalam bidang sukan. "Coaching" atau "coach" tidak boleh digunakan kerana telah ada padanan bahasa Melayu.Istilah18.03.2016
Yang Mana satu betul:- 1. Lantikan Sebagai Jurulatih Utama dan Urus Setia Program. atau 2. Lantikkan Sebagai Jurulatih Utama dan Urus Setia Program. - Mohon beri panduan berkaitan ejaan perkataan "Lantikan' atau "Lantikkan" Terima kasih.

Lantikan bermaksud tindakan melantik, iaitu mengangkat seseorang untuk memegang sesuatu jawatan dan tidak ada kata lantikkan kecuali apabila kita menggunakannya dalam ayat perintah. Satu lagi kata terbitan ialah pelantikan yang merujuk perihal melantik. Oleh itu, penggunaan yang paling tepat ialah "Pelantikan sebagai Jurulatih Utama dan Urus Setia Program".

Tatabahasa17.07.2011
betulkah tajuk surat seperti ini - "Bayaran Elaun Pengurus dan Jurulatih Pasukan Ke Kejohanan Sukan 2012"?Ejaan yang betul ialah "Bayaran Elaun Pengurus dan Jurulatih Pasukan ke Kejohanan Sukan 2012".Ejaan27.06.2012
apakah maksud kejurulatihan?dalam bidang sukan.Menurut Kamus Dewan, jurulatih bermaksud orang yang melatih orang lain seperti ahli sukan dll supaya mahir. Kejurulatihan berkaitan dengan jurulatih dalam segala aspeknya. Contoh ayat : Di manakah salahnya yang menyebabkan kekalahan ini ataupun sistem kejurulatihan yang menjadi puncanya.Lain-lain25.07.2007
Bekas pemain badminton negara itu telah menerima surat lantikan sebagai jurulatih badminton kebangsaan.(TOLONG BETULKAN)Bekas pemain badminton negara itu telah menerima surat pelantikan sebagai jurulatih badminton kebangsaan.Tatabahasa20.09.2012
1.Apakah yang di maksudkan sistem pemantauan dalam kejurulatihan? 2. Kesan negatif dan positif sistem pemantauan dalam kejurulatihan(MENTORING SYSTEM)?Sistem pemantauan tersebut meliputi pengurusan, penyelarasan, pengawalan ,pelaporan keatas Jurulatih. Kesan positif ialah pelaksanaan nya dapat ditadbir dan diurus dengan baik dan prestasi mereka dapat di tingkatkan. Kesan negatif ketidakselesaan dipihak Jurulatih kerana setiap aktiviti nya sentiasa dipantau.Lain-lain22.08.2007
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Jangan membaca buku dalam cahaya yang malap. 2. Jurulatih melatih kami dengan tegas. 3. Bahan yang mudah meletup mesti dijauhi daripada api. 4. Kerusi-kerusi di dalam dewan telah disusun memanjang. 5. Dia menamakan kucingnya Si Comel. 6. Para penjaja takut akan Mak Cik Aishah yang suka menawar. 7. Pekerja itu didapati berniat menderhaka kepada / terhadap majikannya. 8. Mereka mengasingkan buah catur putih daripada / dengan buah catur hitam. Terima kasih.Berikut merupakan ayat yang betul setelah pindaan dibuat.

1. Jangan membaca buku dalam cahaya yang malap.
2. Jurulatih melatih kami dengan tegas.
3. Bahan yang mudah meletup mesti dijauhi daripada api.
4. Kerusi-kerusi di dalam dewan telah disusun memanjang.
5. Dia menamai kucingnya Si Comel.
6. Para penjaja takut akan Mak Cik Aishah yang suka menawar.
7. Pekerja itu didapati berniat menderhaka terhadap majikannya.
8. Mereka mengasingkan buah catur putih dengan buah catur hitam.
Tatabahasa04.03.2013
1234

Kembali ke atas