Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.ru.san] | جوروسن

Definisi : 1. arah, tujuan: kapal terbang itu datang dr ~ Singapura; mereka berjalan ke satu ~; 2. bahagian pengajian (ilmu penge­tahuan): dia mengambil kursus dlm ~ eko­nomi; sekolah aneka ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.ru.san] | جوروسن

Definisi : 1 tujuan; arah. 2 aliran bahagian pengajian atau mata pelajaran: ~ sains. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jurus2 (adjektif)
Bersinonim dengan lurus, terus, langsung, tegak, lantas, lulus, lempang;,
Kata Terbitan : berjurus-jurus, menjurus, menjuruskan, jurusan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SAYA PELAJAR JURUSAN BAHASA ARAB DI UIA, INGIN MEMBUAT LATIHAN PRAKTIKAL DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA(DBP) PADA JULAI 2015. BAGAIMANA CARA ATAU KAEDAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN UNTUK MEMOHON DAN PADA SIAPA HARUS SAYA HUBUNGI?

Sila hubungi Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-2147 9594 atau hantarkan permohonan rasmi melalui institusi tempat anda belajar kepada Encik Azhar bin Mohd Dora, Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 7, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau e-mel azhar@dbp.gov.my.

Lain-lain09.01.2015
salam.sy ni seorang pelajar jurusan pengajian melayu di UM.apakah prospek kerjaya jurusan sy ini.

Sdr,

Pemegang Ijazah Sarjana Muda seperti yang dimiliki oleh sdr layak dipertimbangkan untuk menjawat jawatan gred 41 seperti Pegawai Perancang Bahasa dan/atau Pegawai Tadbir di DBP. Sdr boelhlah mengemukakan permohonan jawatan sebaik sahaja kami mengiklankan kekosongan jawatan yang berkenaan. Namun, sebagai makluman sdr, iklan bagi jawatan Pegawai Perancang Bahasa sudah disiarkan dan ditutup pada 11 Februari 2008. Tiada kekosongan bagi jawatan Pegawai Tadbir buat masa ini.

Lain-lain16.02.2008
Saya salah seorang pelajar dari jurusan Bahasa Melayu dari IPTA ingin bertanya apa skop kerjaya bagi jurusan saya? dan sekiranya saya berminat untuk mendapatkan pekerjaan di DBP apakah jenis pekerjaan tersebut? Harap pihak DPB boley menjawab soalan saya.Pemegang Ijazah Sarjana Muda seperti yang dimiliki oleh tuan layak dipertimbangkan untuk menjawat jawatan gred 41 seperti Pegawai Perancang Bahasa dan/atau Pegawai Tadbir di DBP. Tuan boleh mengemukakan permohonan jawatan sebaik sahaja kami mengiklankan kekosongan jawatan yang berkenaan. Tuan boleh mengemukakan permohonan kepada Bahagian Pengurusan Personel. Walau bagaimanapun pengambilan kakitangan bergantung pada kekosongan jawatan yang ada.Lain-lain24.09.2013
Assalamualaikum Adik saya seorang lepasan jurusan ijazah sarjana muda bahasa arab dan kesusasteraan di UIAM .apakah prospek kerjaya jurusan adik saya ini, di DBP atau dimana mana sektor pekerjaan? mohon nasihat..Untuk maklumat lanjut, kunjungi Karnival kerjaya yang diadakan, juga lihat pemakluman dalam akhbar tentang peluang kerjaya yang sesuai. Sebarang kekosongan jawatan di DBP akan diiklankan dalam akhbar harian utama Negara dan laman web kami www.dbp.gov.my.Lain-lain03.03.2015
atas dunia ini atau di atas dunia ini?Atas ialah kata arah dan kata arah lazimnya hadir sebelum frasa nama atau sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Penggunaan atas dunia atau di atas dunia kurang tepat untuk frasa tersebut kerana dunia tidak menandakan arah atau jurusan.Tatabahasa13.09.2011
Salam, saya adalah pelajar tahun akhir di UIAM,kampus Gombak.. Saya belajar dalam jurusan Bahasa Inggeris linguistik dan kesusateraan. saya amat berminat ingin mengetahui tentang skop pekerjaan di DBP. Jika diberi peluang, saya ingin mencari pengalaman bekerja di DBP setelah tamat belajar nanti..

Sdr,

Terima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan.

Untuk pengetahuan sdr, DBP bergerak berlandaskan enam fungsi utama. Secara umumnya fungsi DBP bolehlah dirangkumkan sebagai berikut iaitu membina dan mengembangkan bahasa Melayu. Dalam skop membina dan mengembangkan bahasa Melayu, pelbagai aktiviti dijalankan antaranya membuat penyelidikan bahasa, menggubal istilah dalam pelbagai bidang, menyusun kata (entri) sesebuah kamus, berceramah, menyediakan kursus bahasa, menerbitkan buku dalam pelbagai bidang untuk pelbagai peringkat pembaca dan sebagainya.

Dimaklumkan kami di DBP juga membuka peluang kepada siswazah dalam jurusan bahasa Inggeris seperti sdr untuk berkhidmat di DBP. Sdr boleh memohon jawatan dalam skim perkhidmatan Pegawai Perancang Bahasa Gred S41 untuk dilantik sebagai Editor bagi buku berbahasa Inggeris, buku berbahasa Melayu, atau menjalankan aktiviti pembinaan/pengembangan bahasa atau sdr juga boleh memohon untuk berkhidmat dalam skim perkhidmatan Pegawai Tadbir Gred N41.

Lain-lain16.12.2009
Assalamuaaikum, kami pelajar jurusan bahasa dan kesusasteraan dari UIAM. Kami ingin bertanya berkenaan dengan kandungan perkataan dalam kamus dewan bahasa dan pustaka, 1. Adakah perkataan-perkataan yg terdapat dalam kamus edisi pertama masih boleh didapati didalam kamus yg terkini? 2. Adakah perkataan-perkataan yg tidak digunakan lagi di dalam kamus edisi yg lama telah digugurkan daripada senarai perkataan di dalam kamus dewan bahasa dan pustaka yg terkini? 3. Jika ya, mengapa ia digugurkan?Soalan ini akan dipanjangkan kepada Bahagian Perkamusan untuk mendapatkan bantuan jawapan.  Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel.  Terima kasih.Lain-lain09.11.2019
Assalamualaikum, Saya pelajar jurusan master di UM yang sedang melakukan kajian ke atas buli siber menggunakan data daripada twitter. Saya mahu tahu, jika pihak DBP mempunyai senarai Kata-kata yang dikategorikan sebagai kata makian/nista/kesat/ejekan yang boleh membantu saya menjalankan kajian tersebut. Bagaimana boleh saya mendapatkannya atau dengan siapa saya perlu berhubung mengenai perkara ini?Tuan,

Untuk makluman, DBP tidak menyediakan senarai khusus berkenaan kata-kata yang boleh dikategorikan sebagai kata makian, nista, kesat atau ejekan. Mohon tuan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau melayari Pusat Rujukan Persuratan Melayu kami melalui laman web http://prpm.dbp.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Lain-lain23.04.2019
Assalamualaikum, saya pelajar dari jurusan Docyor in Business Admin dari UiTM Sabah, saya ingin memohon terjemahan untuk tajuk penyelidikan saya iaitu (Social Media Influencer Towards Pro-Environmental Intention)Sila bagi terjemahan yang saudara maksudkan dalam bahasa Melayu dan pihak kami akan membuat semakan dan pembetulan jika terdapat kesalahan.Lain-lain04.03.2019
Assalamualaikum. Saya merupakan pelajar jurusan Bahasa Arab, ingin memohon untuk membuat latihan industri di DBP. kepada siapa saya boleh rujuk untuk menghantar resume dan surat permohonan rasmi?Waalalaikumussalam.
Puan boleh menghantar surat permohonan kepada Ketua Akademi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.  Sertakan resume bersama-sama surat tersebut.
Lain-lain09.01.2017
1234567

Kembali ke atas