Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.ru.te.ra] | جوروترا

Definisi : orang yg terlatih dlm mereka, mem­buat, dan menggunakan (menjaga) jentera atau terlatih dlm mana-mana cabang ke­juruteraan; ~ awam orang yg terlatih dlm mereka, membuat (membina) dan menjaga kemudahan awam spt jalan raya, jambatan, empangan, terusan, pelabuhan, bangunan-bangunan besar, dll; ~ elektrik orang yg terlatih dlm mereka, membuat (membina), dan men­jaga peralatan elektrik, peralatan peman­caran tenaga elek­trik, dan sistem per­hubungan; ~ jentera orang yg terlatih dlm mereka, mem­bina, dan menjaga jentera, kereta, mesin, dsb; ~ kapal terbang orang yg terlatih dlm mereka, mem­bina, dan menjaga kapal terbang; ~ kimia orang yg terlatih dlm mereka, membuat (mem­­bina), dan menjalan­kan loji atau jentera yg digunakan dlm proses kimia industri; menjuruterai merancang, mengatur, dan me­laksanakan sesuatu (tugas, kerja, dsb) dgn bijaksana: editorlah yg merancang dan ~ penerbitannya; kejuruteraan kepandaian atau perbuatan mereka atau membuat jentera (jambatan dll): ~ awam; ~ elektrik; ~ jentera; ~ kapal ter­bang; ~ kimia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.ru.te.ra] | جوروترا

Definisi : orang yg terlatih dlm hal mereka, membuat dan menggunakan jentera atau mesin. kejuruteraan hal-hal yg berkaitan dgn jentera atau mesin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jurutera


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan untuk Junior Engineer dalam bahasa melayu?Cadangan terjemahan bagi perkataan "Junior Engineer" ialah Jurutera Rendah, Jurutera Muda, Penolong Jurutera atau Pembantu Jurutera.Penyemakan dan penterjemahan24.03.2022
Salam sejahtera. Apakah terjemahan paling sesuai bagi "mechanical engineer"? Jurutera mekanikal atau jurutera jentera kerana terdapat kedua-dua istilah di laman ini. Terima kasih.Kedua-dua padanan iaitu, “Jurutera Jentera” dan “Jurutera Mekanikal” betul dan boleh digunakan untuk merujuk pada “Mechanical Engineer”. Namun, pengunaan yang lebih kerap dalam masyarakat sekarang ialah “Jurutera Mekanikal”.Istilah13.02.2014
senior highway engineer senior geotechnical engineer service engineer senior quality surveyor assistant quality surveyor/estiomatorjurutera lebuh raya kanan jurutera geoteknik kanan jurutera perkhidmatanLain-lain27.03.2007
Jurutera mekanikJurutera mekanikalEjaan20.05.2011
1. Tuan, dalam konteks Malaysia, adakah singkatan "Ir." bagi Jurutera Profesional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (Board of Engineers Malaysia) dan lulusan universiti tempatan atau United Kingdom merujuk kepada gelaran "Insinyur" atau "Ingenieur"? Di Eropah, singkatan "Ir." adalah untuk gelaran "Ingenieur". Bukankah istilah "Insinyur" berasal dari Bahasa Indonesia dan bermaksud sarjana keteknikan lulusan negara tersebut? 2. Seperkara lagi, apakah sebutan yang betul untuk singkatan "Ir."? Apakah ianya disebut dengan nama penuh "Ingenieur/Insinyur" atau I R (disebut dengan dua huruf ini sahaja) kerana dalam sesetengah majlis rasmi ada pengacara majlis menyebutnya dengan sebutan I R sahaja. Dalam masa yang sama, singkatan "Dr." tidak pula disebut D R tetapi dengan nama penuh "Doktor".Dalam Kamus Dewan, ejaan "Ir" dilabelkan sebagai bahasa Indonesia dan kependekan bagi Insinyur. Sedikit maklumat yang kami peroleh, mengikut amalan di negara kita gelaran "Ir" d iberikan kepada jurutera bertauliah yang telah lulus ujian kelayakan profesional. Gelaran tersebut disebut mengikut ejaan huruf yang diwakili, iaitu Ir (I.R) sama seperti Ar (A.R) bagi Arkitek, berbeza dengan amalan di negara jiran kita yang menyebut dengan ejaan penuh Insiyur. Untuk amklumat lanjut, tuan boleh menghubungi pihak Lembaga Jurutera Malaysia, pihak yang berwenang dalam hal berkenaan.Penyemakan dan penterjemahan18.10.2015
Selamat sejahtera. Adakah perkataan 'jurutera' merupakan gabungan imbuhan dan akronim iaitu 'juru' + 'jentera'? Sebahagian pelajar subjek bahasa Melayu berpendapat bahawa 'tera' ialah morfem terikat dan digabungkan dengan imbuhan 'juru'. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama.Jurutera ialah kata terbitan daripada awalan juru + jentera, namun mengalami pengguguran suku kata "jen" dan terhasillah jurutera. Bagaimanpun jika ada pandangan lain dan disertakan dengan dapatan ilmiah maka bolehlah dikemukakan kepada pihak yang lebih pakar untuk diperhalusi atau dikemukakan dalam seminar untuk perbincangan yang lebih tuntas.Tatabahasa14.03.2017
"Kumpulan perkataan ' tempurung, gelanggang, maharaja, jurutera, juruterbang' ini tergolong daripada gabungan morfem bebas atau morfem terikat?"Perkataan tempurung, gelanggang, jurutera, juruterbang ialah morfem bebas, iaitu morfem yang dapat wujud bersendirian.Tatabahasa18.10.2013
Bagaimanakah penulisan 'Short Form' untuk Jurutera 'Engineer' dalam Bahasa Melayu? Contoh: Ir. Mohd Salaim bin Ali Adakah betul penggunaan (Ir.) tersebut?

'Ir.' ialah kependekan 'Insinyur' (Jurutera). Penggunaan Ir. dalam contoh yang diberikan adalah betul.

Lain-lain08.10.2008
sila semak...1. jurutulis atau juru tulis 2. jurutera atau juru tera 3. jururawat atau juru rawat ....begitu juga perkataan lain, bagaimanakah hendak kita tahu yang mana perlu dijarakkan dan yang mana perlu dirapatkan?Jawapan yang betul ialah jurutulis, jurutera, jururawat. Perkataan yang perlu dijarakkan ialah perkataan yang ada makna dan boleh berdiri sendiri. Selain daripada perkataan perlulah dirapatkan. Harap maklumTatabahasa05.08.2007
Adakah perkataan 'higien' boleh digunakan dalam bahasa Melayu bagi menggantikan perkataan 'hygiene' dalam bahasa Inggeris?. Contohnya adalah 'hygiene technician' dan 'hygiene engineer' diterjemahkan bahasa Melayu menjadi 'juruteknik higien' dan 'jurutera higien' dalam bidang kejuruteraan. Adakah boleh diterima?Untuk makluman, tidak terdapat perkataan "higien" dalam bahasa Melayu. Padanan bahasa Melayu untuk "hygiene" ialah kesihatan atau kebersihan. Oleh itu, "hygiene engineer" dan "hygiene technician" boleh diterjemahkan kepada jurutera kesihatan dan juruteknik kesihatan atau jurutera kebersihan dan juruteknik kebersihan, bergantung pada konsep dan konteks penggunaan.Istilah05.01.2017
123

Kembali ke atas